السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
Hai!
Sambungan kepada engagement part 1. Actually memang taknak post lebih2x pun sbb orang kata nanti hilang serinya. hehehe. Just nak share sedikit cerita disebalik event 3hb dec lalu. Sehari sebelum event, iaitu hari Jumaat, 2hb dec, saya dah start annual leave sebab macam banyak je lagi benda tak settle. So I've decided to go back home early in the morning. Sesampainya dirumah terus rush pasang karpet, amik baju kat dobi, mop for the last time. Tukar tu tukar ni, susun goodie bag la ape la. Banyak sangat kerja and abg canopy plak janji nak pasang canopy hari ni. So a bit rush jgk la bl semua benda kne settle within this whole day before night.
Yang tak besnye, petang around 2pm, hujan turun dengan lebat. Sangat lebat. Kira-kira pukul 5 lebih baru dia nak berhenti. Sedih jgk la sbb halaman rumah abes banjir. Dalam jugak la airnye. lebih kurang 3 inci..Dah la tempat nak pasang canopy pulak tu. Wonder macam mana orang nak mkn esok harinya kalau dah hujan, banjir cmni..Sampaikan canopy pun tak jadi pasang hari jumaat tu. And call canopy dia kata nak pasang esok. Mampus! hahaha. hari kenduri baru nak sibuk pasang canopy. Cmana la kalu ujan jugak.
Hari yang dinanti telah tiba.. Canopy dipasang seawal jam 10.00am. Gelabah la jugak kan sebab of course dlm kul 11 tu org dah start datang. Alhamdulillah, tak hujan. Haritu siap panas terik lagi. Alhamdulillah. Syukur ke-hadratMu ya Ilahi. Tetamu yang hadir memberangsangkan since sebenarnya saya tak jemput ramai pun. Goodie bag sedia dalam 100+. Alhamdulillah tetamu yang hadir approx. 100+. Unexpected. Alhamdulillah.
Adik-adik saya semua bersepakat untuk pakai serba putih. Sangat match la dengan baju saya dan pelamin. Nampak macam pengapit.. Comel sangat. My angels.
Penat sungguh haritu. Malam pula sesi makan dengan keluarga tunang di Parameswara Ikan Bakar, Umbai. They were all enjoy the day. Alhamdulillah. Tak sempat pun nak tengok hantaran apa yang pihak lelaki bagi. Balik je makan terus terbongkang tidur. Esok pagi baru berkesempatan tengok hantaran satu persatu dan agihkan kepada ahli keluarga. Alhamdulillah. Semua berjalan seperti yang dirancang. Terima kasih Ya Allah.
Gambar selebihnya hak milik saya sahajalah. hehehe. Doakan kami selamat yer, my beloved readers :)
i'm so happy for you dear! may Allah bless your beautiful journey and may happiness always by your side :)
ReplyDeletethnk u sis! doakan kami yer :)
ReplyDelete