Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Tuesday, December 4, 2012

Azab Allah Kepada Yang Meninggalkan Solat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,


Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :

  1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
  2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
  3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
  4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
  5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.
6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
  1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
  2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
  3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
  4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
  5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
  6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :

  1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
  2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
  3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus. 

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur : 
  1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya
  2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap
  3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah : 
  1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
  2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
  3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.

Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: 

“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)


Sumber :  http://khaulah-azwar.blogspot.com/


  
* Pedoman untuk manusia akhir zaman seperti saya, seperti kita semua. Jangan sesekali mengeluh bila mana rezeki kita sempit, bila mana kita rasa hidup tak pernah tenang, rezeki tidak pernah cukup. Doa tak pernah makbul (tapi takkan orang tak solat nak berdoa pula? macam pelik juga). Jangan mengeluh kerana kita tahu jawapannya ada pada diri kita. Pengajaran untuk diri sendiri dan saudara seagama. Wallahualam.




Photobucket

Thursday, November 15, 2012

Allah is everything..





Photobucket

Wednesday, November 14, 2012

Kelebihan Muharram & Doa Akhir Tahun / Awal Tahun

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Today is our last day before turning into our brand new year which is Muharram! Marhabban Ya Muharram! Counting days macam mana saya counting days tahun masihi juga. I would love to share you several advantages of our beloved Muharram :-

14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. [ Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini ]
  2. Memuliakan fakir miskin. [ Allah akan melapangkan kuburnya kelak ]
  3. Menahan marah. [ Di akhirat nanti, Allah akan masukkannya kedalam golongan2x orang yang redha ]
  4. Menunjukkan orang sesat. [ Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya ]
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. [ Allah akan mengurniakan sepohon pokok di Syurga bagi tiap2x rambut yang disapunya ]
  6. Bersedekah. [ Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini ]
  7. Memelihara kehormatan diri. [ Allah akan mengurniakan kehidupannya sentiasa diterangi oleh cahaya keimanan ]
  8. Mandi sunat. [ Tidak sakit pada tahun itu. Lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat Hari Asyura kerana Allah taala ]
  9. Bercelak. [ Tidak akan sakit mata pada tahun itu ]
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1000x. [ Allah akan memandangnya dengan pandangan ramah di akhirat. Amin ]
  11. Sembahyang sunat 4 rakaat. [ Allah akan mengampunkan dosanya walaupun telah berlarutan selama 50 thun melakukannya. Lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah taala. "Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11x.]
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer" [ Tidak mati pada tahun ini ]
  13. Menjamu orang berbuka puasa. [ Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa ]
  14. Puasa. [ Niat : Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah taala. - Diberi pahala seribu kali haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka ]

Amalan yang disunatkan untuk buat adalah membaca doa akhir tahun sebanyak 3x pada akhir waktu asar atau sebelum masuk waktu maghrib dan membaca doa awal tahun sebanyak 3x selepas maghrib iaitu pada malam 1 Muharram. Doa2x :-




 Wallahualam. Mula halaman baru, tutup halaman lama :)





Photobucket

Friday, November 9, 2012








Photobucket

Al-Quran yang cantik dan cute!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Dulu pernah terfikir, nak bagi Al-Quran sebagai hantaran perkahwinan. Tapi ada seorang hamba Allah bertanya pada saya, "Ya ada bagi hantaran kasut tak?"
Jawab saya, "Ada"

Dan dia cakap tak elok hantaran Al-Quran sebab kita meletakkan Al-Quran satu paras dengan kasut kita". Tersedar dari lamunan. Betul juga. Tak fikir pulak. Plus ada saya terbaca di artikel forward email yang saya dapat mengatakan tidak digalakkan memberi hantaran Al-Quran kalau ianya sekadar dijadikan hantaran tanpa niat untuk membacanya. Kadang2x orang sekarang main tangkap muat je. Bagi untuk penuhkan dulang hantaran. kan?

Al-Quran adalah ilmu yg tak lupuk dek zaman. Apa yang telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi, semuanya Allah dah tulis dalam Al-Quran cuma kita je yang malas nak explore. Bukan cakap orang, diri sendiri la ni saya maksudkan. Tertarik untuk share satu cerita di zaman Rasulullah s.a.w :

Rasulullah s.a.w bersabda "Bila seorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak dibahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan simati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah. Malaikat Mungkar dan Nakir datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal dunia itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah s.w.t
Tetapi lelaki kacak itu berkata, "dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya seorang diri walau apapun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam syurga"
Selepas itu dia berpaling pada teman yang meninggal dan berkata, "Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring, dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang, selepas soal siasat dengan Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih"
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat daripada syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi dengan bauan kasturi.
Rasulullah s.a.w bersabda, "Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Al-Quran mahupun dari nabi ataupun malaikat.

MasyaAllah. Kagum bila baca sabda Rasulullah ni. Bila saya dapat email, baca, meremang bulu roma. Selama ni tak pernah tahu akan cerita ni. Tahu akan syafaat Al-Quran. Patutlah al-hafiz mayat tak reput. Kagum sungguh dengan keajaiban Al-Quran.

Actually wanna share with you, kinda promote untuk beli Al-Quran. Mungkin certain orang sukakan benda yang colourful. There is one supplier yang jual Al-Quran memang cantik, for eye view pun cantik untuk dibaca sebab colourful. Here are the details :-

Rainbow AlQuran

RM130.00 (Include Postage)

Limited Edition

- No translation
- Resm Uthmani
- Velvet Cover
- Colour: Purple, Light Blue, Cotton Candy Pink, hot Pink
- Size: Medium (12cm X 16 cm)
- LIMITED STOCK


Kalau interested, boleh contact dia :-

PM her at Hawana Scarf (FB Page)
Email: hawanascarf@gmail.com
SMS: 017-6168903 (Leen)


Semoga kita sama-sama dapat manfaat daripadanya. InshaAllah. :)





Photobucket

Monday, October 29, 2012

Ilmu #1 : Rahsia Ayat Pengasih Nabi Yusuf

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,


Terbaca berkenaan ayat pengasih Nabi Yusuf kat blog Sarah Hernyzar dan sorang blogger, terdetik hati saya untuk try hafal ayat pengasih ni. Tambah pula sekarang dah kahwin. Selain tambat hati suami dengan masakan, dengan doa, kena usaha juga la untuk amalkan ayat pengasih. Tapi jangan salah faham. Bukan guna2x suami tapi tambat hati suami dengan ayat2x al-Quran. Insha Allah, dengan izin Allah, semuanya akan baik-baik sahaja.


Surah Yusuf Ayat 4:


"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Ya Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"

Maksudnya: "Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan, kelihatan semuanya sujud kepadaku.."



Kemudian sambung Surah Thaaha Ayat 39:


"Wa alqaytu 'Alayka Mahabbatan Minnii Wa Litusna' 'Alaa 'Ainii"

Maksudnya: "Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh dibawah pengawasanku"

Amalkan la baca doa ni ketika berhadapan dengan suami / isteri /  anak-anak. InshaAllah. Selain tu boleh juga amalkan baca TIGA kali selepas solat. 


Saya dah start hafal. Baca ulang2x kali alhamdulillah dah boleh ingat di mulut. Rupanya banyak manfaat ayat2x al-Quran tanpa kita sedari. Jom sama2x kita try. Mudah-mudahan diri kita sentiasa disayangi oleh suami/isteri/keluarga/masyarakat dan yang paling utama, Allah s.w.t. Wallahualam..






Photobucket

Thursday, June 21, 2012

Kata Ustaz Azhar... "Nikah awal adalah terbaik"

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,




Photobucket

Wanita itu hebat. Allahu Akbar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,





Photobucket

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP