السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
Saya dah lama berhasrat nak share dengan kawan-kawan tentang supplement sepanjang pregnancy. The do's and the dont's. Kadang-kadang untuk first pregnancy boleh kata majority ramai yang masih kurang pengetahuan tentang supplement yang perlu diambil. Saya ni bukanlah doctor. Hanya kategori doctor machine je. Bukanlah doctor manusia. Hehehehe. Tapi let me share with you something yang saya grab from experience selama 6months+ of pregnancy plus apa yang doctor and gynae suggest to me.
1st experience dapat tahu pregnant dan 1st ubat yang doctor bagi dekat saya hanyalah ACID FOLIC. Kalau tanya orang pregnant ni acid folic ni memang glamour lah. Jom kita tengok apa kebaikan acid folic untuk ibu mengandung dan juga bakal-bakal ibu:
ACID FOLIC (Vitamin B)
1. Bagi individu yang berhasrat untuk mendapatkan zuriat
Doctor suggest siapa yang berhasrat untuk conceive, amalkan makan acid folic. Kenapa? Kerana acid folic berfungsi untuk merawat kesuburan. Harus diingat bahawa acid folic bukanlah ubat ajaib untuk kesuburan, semua bergantung pada rezeki dari Allah swt. Tapi kita boleh cuba sebagai salah satu usaha ke arah itu. InshaAllah.
2. Bagi ibu mengandung
Bila dapat tahu je conceive, doctor akan bagi acid folic untuk dimakan. Apa pentingnya acid folic ni? Acid folic :-
- diperlukan oleh bayi untuk membina sel-sel baru.
- membaiki DNA yang rosak dalam sel.
- mengurangkan masalah bayi yang dilahirkan dengan kecacatan saraf seperti
spina bifida dan
neural tube defect
- mengurangkan kebarangkalian mendapat anak mempunyai masalah bibir dan lelangit bercelah
- mengelakkan kecacatan jantung dan risiko kelahiran pramatang untuk bayi
- mengelakkan kecacatan tulang belakang bayi
- meningkatkan sel darah merah dalam badan ibu mengandung (pembekalan oksigen)
Pengambilan acid folic penting untuk awal kehamilan (12 minggu pertama) kerana perkembangan sistem saraf dan otak bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Acid folic boleh diberhentikan ketika usia kehamilan menjangkau 2nd trimester iaitu pada 13 minggu kehamilan tapi tidak menjadi masalah jika ianya diteruskan.
Akibat kekurangan acid folic:
- boleh menyebabkan peningkatan kandungan homocysteine dalam darah dan akan menyebabkan keguguran secara tiba-tiba
- komplikasi pada kehamilan seperti pendarahan disebabkan oleh placental abruption atau sawan ketika hamil.
OBIMIN
Sekarang masuk pulak pasal obimin. Kebanyakan mommy to be akan diberikan obimin sejurus selepas memasuki fasa 2nd trimester kehamilan. Apa fungsi obimin sebenarnya? Macam saya cakap tadi, acid folic diperlukan diawal fasa kehamilan. Semakin besar baby, semakin banyak zat yang diperlukan dan tak tertanggung oleh acid folic semata. Sebab tu doctor akan suggest untuk kita amalkan makan obimin sebab dalam obimin terkandung Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin B3, Vitamin B5, Folic Asid, Iron, Calcium, Copper, Iodine.
Semua vitamin dah terkandung dalam obimin. Itu lah perbezaan antara obimin dan acid folic. Sebenarnya sama je cuma dengan obimin, kita dapat tambah lagi nutrien2x untuk penyerapan kepada baby itu sendiri
ZINCOFER
Masa saya pergi checkup for the first time dekat KK, memang doctor awal2x lagi bagi saya zincofer instead of obimin. Mulanya saya taktau pulak kenapa doctor tak bagi obimin until one point saya tanya la dekat nurse and doctor KK tempat saya checkup. They said that zincofer is better than obimin. Die punya nutrien composition lbh kurang sama je dengan obimin tp based on pandangan dan review berkaitan dengan zincofer ni, zincofer mempunyai zat besi yg lbh drp obimin. Dan buat sesiapa yang hb rendah, msti doctor akan bagi zincofer utk stabilkan balik hb. Tapi they said that if dah ambil Zincofer, tak perlu lagi ambil obimin. Takut nanti overdose pulak :)
NEUROGAIN
Dengan nasihat ramai orang, suggestion dari ramai orang, akhirnya beli juga saya NeuroGain PB ni. It is just an additional supplement je. Kenapa nak kena ambil neurogain ni? As I said earlier, neurogain ni is just an additional supplement. Tak ambil pun takpe. Ambil pun takpe. Haritu saya beli NeuroGain PB ni RM48 after sale. Tak silap harga dia dalam RM60+. 30 tablet kesemuanya. Alhamdulillah. Semakin rajin makan ubat sejak ada neurogain. Neurogain ni basically has been called as supplement for baby's IQ. When we talk about IQ, mesti la korang dah boleh agak kan the effect of this supplement. Neurogain membantu dalam perkembangan otak bayi supaya menjadi lebih fokus dan aktif. Takdela pasif kan. InshaAllah. With Allah's will kan.
Macam saya cakapkan tadi, acid folic is suitable for early pregnancy. Dari conceive until 12 weeks or about 3 months. After that biasanya doctor akan bagi Obimin (untuk kebanyakan orang) dan some of them akan diberikan Zincofer. Itu standard. Jangan terkejut. Neurogain PB is only suitable untuk kandungan yang mencecah 6bulan dan keatas or to be more specific, biasanya disuggest untuk consume on last trimester.
Sebenarnya banyak je lagi ubat yang doctor akan bagi depending on your health. Family background and so forth. Kalau kurang darah, mungkin doctor akan tmbah dengan iron tablet. Kalau kurang kalsium, mungkin doctor akan bagi calcium tablet. Macam2x lah. This is just a basic tablet sepanjang pregnancy yang saya tahu. Saya ni bukanlah doctor. Tapi based on review, based on apa yang saya tahu dari klinik, dari review blog ibu mengandung, saya terfikir untuk share ape yang saya tahu. Semoga ilmu ni sampai kepada bakal-bakal ibu mengandung. Hope it helps you a lot. :)