Friday, May 17, 2013

Bilik dah siap kemas!!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Very hectic day betul semalam. We have decided to go home earlier (kebetulan dalam fieldwork, boleh la buat balik awal ni. Kalau dalam office, memang tak dapat la). Husband suruh rehat dekat rumah. Sebelum tu saya dah remind husband sebelum keluar kerja tolong machine kain baju. Nanti balik saya sidaikan. Tapi macam biasa la, husband tak bagi saya buat kerja berat2x.

Actually we are planning to decorate our new member's room! hehehe. Last weekend dah belikan langsir baru untuk hias bilik "dia". Karpet- karpet semua pun dah basuh. Gigih betul ayah awak basuh karpet bilik awak, ibu suruh anta dobi je, tapi ayah awak nak basuh sendiri tau wahai anak. Tinggal nak hias je. Plus baby cot ayah nak beli je takde lagi. Huahuahuahua. (Claim dengan ayah ek =P).

Balik kerja je tiba-tiba bersemangat. Rumah kami pun takde la berapa besar sangat. Ada 2 rooms je pun. Refer to this post untuk tengok keadaan rumah kami Our new life begins.. one room is the masterbedroom, apparently be our room la kan. The remaining room is decorated to our beloved children. Rahsia jantina. Hahahaha. Mula2x be our guestroom. Tapi nanti anak dah besar sikit.. no more guestroom la. Huahua

Semalam after balik kerja terus kemas bilik. Rearrange katil. Hamparkan karpet yang baru ayah dia basuh.. lap semua tingkap.. pasang langsir baru. Kemas barang baby yang dh kami beli.. sapu and mop lantai bilik. Penat sebenarnya sebab buat sorang2x. Husband pulak kerja. Tak berani nak bagitau sebab nnti takut kena bebel. Huahua. Excited sebenarnya. Kemas bilik sampai terketar2x lutut. Terpksa la si suami urut kaki malam2x. Berjaga kena urut lagi. Sensitif betul urat kaki sekarang.

Tapi anak semua dalam keadaan baik. Sambil kemas2x sambil borak dengan dia. Pesan jangan duduk buas2x.. ibu nk kemas bilik ni.. diam je.. tidur agaknya. After dah siap kemas semua2x baru lah dia bergerak aktif dalam perut. Kesian anak ibu. At least bilik dia dah cantik!!!

Seronok ayah dia balik tgk bilik die dah cantik. Tapi ayah die kena dera jemur baju and lipat baju. Huahua. Saya dah betul2x flat. Tp memang tugas suami pun jemur baju. Alhamdulillah. Sekarang kaki selalu cramp. Urat tegang. Dugaan mengandung. Takpe. Yang penting semua selamat. Alhamdulillah.




Photobucket

2 comments :

nurdani

eh baru perasan kat sidebar. kak Hazirah orang Klang? kat area mana?

Noor Hazirah

Mak akak dl duk shah alam. Nomad. Hehehe.

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP