Showing posts with label Klang. Show all posts
Showing posts with label Klang. Show all posts

Monday, December 24, 2012

Kedai Sport Rim murah dan berbaloi2x

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Alhamdulillah. Tahun ni dapat merasa bonus. Dah dekat 3 tahun berkhidmat dengan TNB. 1st year dengan TNB Research. Masuk second year until now kerja dengan TNB. Tahun ni baru dapat merasa bonus penuh dari TNB. Berapa bonus dapat? Hehehe. Sorry. Cant share. Tapi rata2x dah tahu bonus TNB berapa kan? Takdelah sehebat Sime Darby sampai 6 bulan, mahupun Bank Rakyat sampai 16 bulan gaji. Tapi alhamdulillah.. Rezeki tu ada la sikit. Cuma PCB and KWSP potong sampai sebulan gaji burn. Nak buat camane. Redha je la.

Talking about bonus, dah ade listing untuk bonus saya. Biasalah, as anak sulong, bonus tu bukan bonus saya. Bonus ibu, bonus adik2x.. Ingat nak bagi gift untuk suami jugak.. Ada la budget untuk diorang. Untuk cik and toki, untuk mother and father in law.Tapi saya punya part.... Of course bila dah ada duit lebih, saya nak tukar rim kereta. Dah lama cakap kat husband. Lagipun memang saya minat kereta. Minat menghias. Dulu saya habiskan RM5000 duit hadiah pelajar cemerlang semata2x cat and convert kereta kelisa jd mini cooper wannabe. Mungkin minat saya ni lain sikit kut dari perempuan lain. Okaylah. Abaikan.

Bercerita tentang kereta, rim kereta, rata2x ramai orang kata rim kereta murah dekat Klang. Sejauh mana keberkesanan dan kesahihan dia, saya pun tanyalah Mr Google. Saya pernah pergi ke Klang, tempat orang semua cakap rim murah la ape la. Yes! Memang saya pergi ke sana, time tukar sport rim kereta kelisa dulu. Murah jugak. Tapi kali ni, saya dapat review lagi terbaik dari one of blogger ni. Dia buat comparison between top sport rim shop dekat Malaysia ni which is Klang, Rawang and Sunway.

Based on these blogger punya review:


- KLANG -


Kedai yang paling famous is Perniagaan Tayar Tyre Services. Saya pun pernah tukar rim dan tayar disini. Memang tak dinafikan kedai ni sentiasa penuh dengan orang. Tambah pulak akhir tahun. Ramai orang tengah masyukkkk! Terkenal sebagai kedai rim termurah di Klang. Drawbacknye kalau nak cari and survey rim area Klang ni is because kedai lain semua jauh2x yang need us to travel by car. Trade in value is actually not too high la. Sbb kawan saya cakap suzuki swift dia trade in value tayar and rim dalam RM600/RM700. 


- BANDAR SUNWAY -


Sunway Pusat Tayar Tek Ming Auto Service adalah kedai rim yang popular di bandar sunway. Kenapa popular? Sebab kedai ni selalu buat promotion dekat lelong.com. Takde la murah sangat. Based on review, orang cakap bandar sunway tak best sebab price can't be negotiated. Rim pun hanya boleh tengok sahaja dan tak boleh pegang. Kalau compare between Sunway, Klang and Rawang, Sunway la paling mahal among these 3 shops. Tapi inilah kedai rim termurah di bandar sunway. 


- RAWANG -



Pusat Servis Tayar V care tyre & Auto Services. Kedai termurah sport rim! Based on review, kedai ni mempunyai trade in value yang sangat tinggi. Kelebihan kedai rim dekat rawang ni banyak and semua dekat2x and u can just travel by walking. Harga orang cakap tak banyak beza dengan Klang. Sejauh mana kesahihannya, saya dan husband pun tekad untuk cuba survey kedai rim dekat Rawang


Terkejut tak bila husband tanya pekerja V care tyre & Auto Services berapa value nak trade in my standard suzuki rim plus tayar. And he checked on our tyre condition dan bukak harga RM1000. After some negotiation, dapat jugak la naik RM1100. Gila tinggi trade in value dia kan? Saya sendiri terkejut. So dah boleh save banyak untuk tukar rim. Total rim saya tak sampai RM2000! Lepas trade in la. Kalau tak, dekat RM3000 jugak. Alhamdulillah. My review pulak pasal kedai rim ni:

KLANG
Dulu masa pergi sana, pekerja dia semua nice. Tapi sebab selalu ramai customer, so mungkin tak terlayan. Proses nak tukar rim pun ambil masa agak lama. Trade in value rendah. Rim murah and banyak sangat choice!

SUNWAY
Tak pernah pergi. And based on review, tak nak pergi

RAWANG
Tukar rim swift saya di sini. Best. Semuanya best. Layanan best, baik, peramah, they will entertain u wherever u go. Kalau nak try tengok and match rim dengan kete pn boleh eventhough tak beli rim pun. Trade in value dia sangat tinggi. Up to RM1000 okay! Sape nak bagi? Proses pun tak lama macam dekat Klang. Satu hari saya tanya dia punya pekerja, sales diorang 1 ari penah habis la 1 buku cheque tu. Banyak tak banyak. Gila kan? Sekali, sehari orang abes berapa untuk kereta? Ribu riban tau! 


So, you choose. hehe. Ini lah rim baru saya










Saya tukar dari 15" ke 17". So far okay je. Ada orang kata berat lah, ape la. Bagi saya mungkin pickup kurang sikit la sebab dah berat sikit. Tapi once dia pickup, memang best! Kereta terasa stabil terus. Yang penting corner best. Kereta saya tak lagi terasa ditiup angin nak melayang. Tunggu husband nak belanja sound system pulak. Amin sejuta kali. hihihihi.



Sumber: Cheapest Sport Rim




Photobucket

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP