Wednesday, April 23, 2014

Working mom should buy this slow cooker. Jimat masa, jimat tenaga. :)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Lama betul tak update. 2 months kut. Hahaha. Sekarang Fakhira dah nak masuk 8 bulan dah! Sekejap je masa berlalu. Actually I would like to share with you pasal slow cooker. Sebab ramai sangat orang tanya pasal slow cooker dan cara penggunaan dia, so saya rasa ini salah satu ilmu yang saya boleh share dengan semua ibu2x..

As our child turn 7 m.o, kita dah boleh start kenalkan diorang dengan bubur nasi. Tapi bubur yang di blend ok! hehe.So for the first time saya try buat bubur nasi. Disebabkan saya ni tak pandai sangat nk buat bubur2x ni, saya try and error jela masak. First time masak atas dapur. Letak banyak air orang kata tapi still kering jgk. Keep on tambah air. Kena kawal api dapur segala bagai, then second time, saya try pulak masak dalam rice cooker. Ok la but I have to wake up early in the morning jugak. Alih2x tak tahan daulat, dengan hasutan ramai blogger2x (padahal diri sendiri pun yang gatal gi baca experience orang), saya pun decide nak beli slow cooker.

Slow cooker ni sangattttttttttttttttttttt membantu saya. Likeeeee a lot! Me as a working mother, memang tak sempat la rasa nak masuk dapur pagi2x.. salute la untuk mommy yg boleh bangun awal n masak n so forth. Let me share with you my slow cooker:


Ini merupakan contoh slow cooker saya. 1.1L je and saya beli dengan harga RM 75. Dia ada button low, high and auto shift. Kalau ikutkan mode yang paling biasa saya guna ialah mode "low". Kenapa?

Low - within 6 hours
High - within 3 hours

So, senang untuk saya masak. Saya akan letak semua2x bahan ni (beras, sayur, ayam/bilis and kurma) dalam pukul 12 tengah malam. Then I just leave it as it is, bangun pagi, sambil2x siapkan diri, saya blendkan bubur tadi dan terus bawak pegi pengasuh. Actually saya guna beras yang takde kanji. Saya guna beras Jasmine Sunwhite. Untuk sape2x yang guna beras ni, setting cun untuk buat bubur adalah 1/2 pot beras + 2 1/2 pot air. Kalau buat 1 pot beras = 3 pot air. Bagi die lebih 2x pot untuk air. Tapi untuk beras sunwhite ni sahaja la sebab penah try guna beras yang berkanji, susah nak setting. Mungkin kena lebihkan air sikit :)

Boleh refer gambar dibawah



Ni bubur yang telah dimasak. 


Ni bubur yang telah diblend. Dan siap sedia di dalam thermos untuk dibawa ke rumah babysitter.

Sebelah kanan tu adalah stok buah. Pengasuh Fakhira akan bagi dia makan buah dulu every morning as a breakfast. Manakala dalam thermos Foogoo tu adalah bubur yang dah diblend untuk makan tengahari dan petang. Actually, doctor suggest dekat saya untuk introduce baby dengan fruit/vege in the morning then for lunch n dinner bagi makan berat. Kenapa? Untuk train sistem digestion die untuk mudah poo. Alhamdulillah, anak saya senang sangat poo and she will poo on time, daily. You can try this method.

Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Wallahualam.





Photobucket

13 comments :

EIKA

gud info dear :) boleh guna untuk masa depan ni :)
tetiba nak beli juga slow cooker ni :P

Gieya Empire

u shud buy! eh... you must buy! hehehe

mummy

Assalamualaikum Iera : Nak tanya, awak guna slow cooker ni tak naik ke bil elektrik, just asking... hehe..kena servey jugak la kan takut kos tinggi pulak huhuhu...

Gieya Empire

tak naik pn dear.. sama je bil elektrik bulan2x.. kalau naik pn mungkin ringgit2 je sbb mmg tak byk beza dr bil sblm pakai :)

LiLy

Slm..nk tnye..kalo ltk bubur dlm termos tu, kna panaskn blk x utk mkn tghari?

Gieya Empire

dear.. tak perlu panaskan dh once dh letak dalam termos :)

Unknown

dear sy pn pkai slow cooker pensonic tu jgk hehe.. nk tnya.... beras jasmine tu elok x?

Gieya Empire

ok sgt dear. beras ni sgt ok. x basi pn smpai petang.

masturah zainordin

sy pun pakai slow cooker ni jugak. baru je beli sbb nk guna dkt kolej. hehe. tpi tk pasti mknan apa yg boleh masak guna slow cooker ni. stkat ni yg ok msakan dlm tin je. nasi belum pernah..hehe.

Hurein

Slm. Sis tau x fungsi auto tu camne.. dan antara auto dan high mana lebih cpt.. 1 more.. slma ni sy ingat sunwhitela byk kanji sbb dia cam beras wangi.. kalau yg less kanji mcm basmathi dan Ponni.. maksudnya elokla kan

Anonymous

Dah masak buburnya...tunggu sejuk dan baru blendkn ya?

Gieya Empire

aa dear.. tggu sejuk skit je.. klu nk cpt blh je trus blend. :)

Unknown

mcmna nk guna yg auto tu sis

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP