Expect nothing, appreciates everything!
Monday, October 1, 2012
Thursday, September 13, 2012
Make Up Gorgeous but affordable!
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
When we talk about make up, make up is a very crucial thing for any wedding sekalipun. Bagi setiap perempuan kan, bila masa nak make up je rasa teruja. Yalah, bukan selalu make up pun kan. Selalu kalu make up mesti pakai compact powder semata tu je, pastu pakai blusher skit2x.. Saya sebenarnya suka make up yang sangat simple tanpa mengubah structure rupa dan kulit pun nampak natural je. Tapi bila saya deal dengan any MUA (Make Up Artist) they will say that reception mesti la kena vogue in d vase gitu. Kena pakai tebal2x baru nama raja sehari. Tapi saya tak suka!
Saya lebih sukakan simple (mungkin makeup bagai nak rak kut) tapi still nampak natural. Saya suka make up yang lebih mementingkan bahagian mata sebab saya mata sepet. So nak la nampak bulat so that nampak cam anime gitu.. Awwww! BUDGET. I know! hehehe. Nak yang boleh buat smokey eyes yang terbaik la dengan cost yang tak berapa mahal. LOL. demand!
Contoh saya suka sangat makeup2x dibawah ni:
Ni saya ambil dari website Kak Zila Ziman. Dia ni sangat baik lah. Tapi sayang tak dapat ambil dengan dia on my wedding day sebab sekarang dia tengah sarat mengandung so can't travel back and forth to Melaka. Takut terberanak katanya sebab due bulan Oktober. Sob2x.. Tapi dia baik sangat. If siapa2x berminat dengan hasil kerja dia, boleh la pm or call dia sendiri tanya quotation. Tak berani nak reveal. Tapi ape yang saya boleh bagitau, harga dia sangat affordable :)
OK! Make up dia ni pun gorgeous gila okay! Harga pun memang sangat affordable. Bagi saya kalau below than RM500 tu affordable lah untuk this kinda make up kan.. Boleh tengok hasil akak Anna ni dan boleh contact dia sendiri untuk quotations:
Tolong!
I want smokey eye! :(
Posted by Gieya Empire at 4:56 PM 2 comments
Labels: Make Up , Make Up Artist (MUA) , Vendor , Wedding Preparation
Tuesday, September 11, 2012
17 days left :)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
Harini dah 11 September 2012. Another 17 days left. Rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Dan macam miracle je nak jadi isteri orang. Tapi betul apa orang pernah cakap. Bila time bercouple which is dalam Islam pun cakap haram, rasa semuanya bahagia, rasa macam kurang masalah ape semua. Tapi when it comes to nak mendirikan masjid, which is dalam Islam merupakan satu ibadah, rasa macam semua masalah nak berkumpul satu tempat. Betapa besar dugaan dari syaitan itu sendiri. Kadang-kadang I almost give up.
Lagi 17 hari, dan saya harap hari ke-18, saya bahagia! Macam tak caya je. Dugaan tetap ada. Ni bukan lagi nama dugaan tunang, tapi dugaan untuk mendirikan masjid. Tunang saya kekuatan saya. Bila saya cerita masalah saya dekat dia, he will chill me up. Lately saya suka menangis secara tiba2x. Dan bila saya menangis, bila saya sedih, dia orang pertama yang saya akan cari. He will make a silly jokes until I finally swipe my tears. Dia positive. Bila ada je menda negative yang saya adu, he will counter back by saying it in a positive way. I cant share with mom, because if I share with her, she'll be messed. I can't share with my sister too. Cause the final exam is in.
Tapi alhamdulillah, Allah tu adil. Sebab saya rasa memang betul orang kata, rezeki orang nak kahwin ni lain. Kami dah dapat cari rumah baru. Cantik dan affordable. Yang penting rumah atas tanah. Double storey. Alhamdulillah. Tunang saya pon rezeki makin murah. Dekat2x nak kahwin dapat banyak pula job besar2x. Alhamdulillah.
I hope that within this 17 days, I can manage to do the best for my wedding. Amin..
Posted by Gieya Empire at 2:56 PM 0 comments
Labels: Wedding Preparation
Tuesday, September 4, 2012
Update selepas fasa stress
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
30th August 2012, refer to previous post.
I thank Allah for giving me such a strong spirit and courage to actually proceed to the event.. He gave me my supportive siblings, helpful aunts and uncles.. Regarding beberapa isu sebelum ini. Refer to previous post and here are the feedbacks:
Pasal Make Up Artist (MUA) yang aritu tak dapat pergi reception, settled. Alhamdulillah, MUA saya sangat bertanggungjawab. Dia carikan orang yang make up macam mana dia makeup. Alhamdulillah. Saya malas la nak memilih sangat make up ni. Make up mahal2x. Mula2x dulu memang search for the best MUA. Tapi saya rasa make up ni something yang very subjective la kut. If you're born to be a naturally beautiful, make up macam mana pon tetap akan nmpk cantik. I'm not saying that I am beautiful. Not at all. But disebabkan oleh keadaan saya sekarang, saya rasa, tak perlu lah nak beria abes duit sangat kan.. Just a simple make up pon okay. So I'm done with the make up.
Next is the pelamin nikah yang kononnya RM3000 yang menang aritu kan. Alhamdulillah semalam saya dah pergi deal and finalizekan ape yang saya nak untuk reception and nikah. I am not sure how it will looks like. Hopefully it will turns out good sebab akak tu pon baik orangnya. Saya rasa lega sikit bila dah bawak akak pelamin tengok dewan.. Finalize kan semua ape yang perlu ada untuk both events. Alhamdulillah lega.
Pasal videographer, saya tak contact lagi my OV. I'm not going to call him. I will let my fiancee do. So, hopefully ok la. Ada juga backup plan. Tapi kalau dah takde sangat, mungkin video diconsider cancel. Sob3x. Besar effect OV pada saya. We will just see.
About my mom tu.. actually, saya rasa saya tak patut cerita. Takpelah. Sekadar berkongsi kesedihan dan kestressan saya di hujung2x majlis nikah saya. It gave a huge impact to my mum la. Which is byk benda tergendala. We have to really struggle a lot because its already 24 days left. I am counting days? OMG. Sebenarnya saya dah lama tak counting days since my previous relationship last 2 years. Sekarang ok kut nak counting days dengan husband-to-be kan.. InshaAllah.
I hope that it will turns out to be simple but meaningful to me. Amin.
Posted by Gieya Empire at 2:33 PM 2 comments
Labels: Mood , Wedding Preparation
Thursday, August 30, 2012
The disasters begun
Posted by Gieya Empire at 4:40 PM 20 comments
Labels: Vendor , Wedding Preparation
Friday, July 13, 2012
Booked! : Official Photographer
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
Sangat overwhelmed! Pheeww!~
Banyak
menda kena pikir. Kenduri lagi dengan nak puasa nya lagi. Saja nak
share my offical photographer for my 2 events: Solemnization and
Reception... Jeng... Jeng..... Jeng....
Kenapa saya pilih dia? Sebab tengah promotion. ahaks. Lagipun dia ni pun official photographer untuk Fasha Sandha juga. Sebenarnya dulu dah pernah book other photographer tapi macam tak berapa nak confident je. So decided to book him as my official photographer. Jom saya share sikit la artworks OP saya ni.. Hopefully menjadi OP kesayangan la kan.. Hash! hehe.
Comel tak? Comel kan.... So.... Hurry up! Boleh booking sekarang!

Posted by Gieya Empire at 11:53 AM 2 comments
Labels: Official Photographer , Vendor , Wedding Preparation
Thursday, May 31, 2012
Booked! : Official Videographer
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
Mula-mula dulu saya dengan tunang terfikir juga.. Nak ke tak nak ke ambil videographer. Tapi sebab fikir every moments should be documented so that one day boleh tengok balik sama-sama. Who knows kan. Nanti dah tua-tua dah tak cantik macam time muda. Cewah (perasan! abaikan).. Mungkin one day tengok balik pada video-video kawen buat kita tergelak sorang-sorang. Mane la tau kan. Semua adalah KEMUNGKINAN.
Cari punya cari. Tunggu promotion dari CST tapi hampa je. Rasa macam tak berbaloi kalau video saje starting price RM3,500. Memang la cantik. Well known.. Tapi bila dah ramai sangat customer, dia dah sub kerja pada orang lain. Hasilnya mungkin sama dengan OV luar yg byr tak mahal sangat. Since kami pun tu kne cut.. ni kena cut.. So akhirnya kami berani mencuba untuk hire..
as our official videographer. So far kami ambil untuk save the date and nikah sahaja. Rasanya sanding tak perlu video kut? Kalau ada duit lebih nanti tambah kemudian. Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya booked our videographer. Can't wait!
p/s: Video dia cantik tau! Teruja tengok kecomelan video Erien and Hud!~
Posted by Gieya Empire at 12:23 PM 4 comments
Labels: Official Videographer , Vendor , Wedding Preparation
Wednesday, May 30, 2012
Botol Jar for doorgift
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
I want to reveal something.. Rasa keterujaan pulak bila baca post b2b di facebook. Baru ada mood untuk share persediaan menempuh alam seterusnya. Alam yang diredhai oleh Allah. Sebagai permulaan, yang penting sekali setiap b2b macam saya kenalah budget berapa anggaran majlis yang anda akan buat. Tak boleh lebih dari budget.. Kalau terkurang.. alhamdulillah.. :)
Sekarang saya berniat untuk reveal doorgift saya. Tapi belum buat doorgift lagi.. baru beli bekas dia. Saya teringin nak buat macam trend zaman sekarang.. Bagi goodie bag in term of jar. Saya pun cari lah mana yg saya boleh dapat murah since saya pn tak nak byk. Bukan nak seribu pn.. tapi kalau biasanya diorang mesti charge mahal skit kalau taknak amik pukal 1000pcs.
Cari punya cari punya cari, alhamdulillah, dengan berkat usaha yang ada.. terjumpa la 1 blog menceritakan detik2x dia beli jar murah.. Credit to Shakina Farhan for your sharing dear.. sangat membantu saya untuk melaksanakan impian saya.. Saya dah compare 3 tempat yang ade jual jar ni..
Jar seperti diatas terdapat di Ikea dan Nilai dan mungkin jugak terdapat di mana-mana kedai lain yang invisible di mata saya. hehehe. ok.. Jom kita compare harga pulak.. Antara Ikea dengan Nilai
(ala.. mesti korang dah boleh agak jwpn dia kalau compare Ikea ngn Nilai)
Saya gunakan (1) sebagai doorgift utk VIP yang datang while (2) saya bercadang untuk bagi kepada para tetamu.. Besar sama sahaja cuma bentuk sahaja berbeza. Mana lagi cantik dengan yang ade kat Ikea n Nilai seperti diatas tadi? hikhikhik..Untuk VIP saya hanya memerlukan dalam 100 je bentuk hexagon manakala saya beli dalam 450 ke 500 ntah, lupa.. untuk yang num (2).
Harga untuk jar yang saya dah beli ni adalah seperti berikut
Plaza Puchong, Batu 7 1/2 Jalan Puchong,
58200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +60 3 80763311
Fax: +60 3 80763300
8:30am - 5:30pm (Monday - Friday)
8:00am - 1:00pm (Saturday)
Korang boleh telefon sendiri la. Diorang ni sangat friendly.. U can save a lot by having bigger jar.. Nanti tunggu saya deco dulu tau! :)
Posted by Gieya Empire at 5:15 PM 16 comments
Labels: Doorgift , Vendor , Wedding Preparation
Tuesday, May 8, 2012
Wedding Preparation
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
Ohmy! Headache!
Tapi alhamdulillah.. Banyak jugak benda yang dah buat.. Lega jugak. Alhamdulillah.. Nanti lah saya buat checklist.. Mungkin boleh membantu B2B yang lain kan.. InsyaAllah..
Ok.. berbalik pada wedding.. I guess, semua orang akn sibuk when it comes to a "wedding". Saya pun sama. Bila dah start engine tu, memang dah takde brek2x dah. Belasah je..
Kalau ikutkan, kami plan buat di rumah. Saya sendiri pn mmg nak buat dirumah.. sebab saya dah siap ada perancangan sendiri.. Susah la.. kalau kat dewan kena book la ape la.. so malas nk amik port sangat sbb memang dah nak stick pada that tarikh.. 1 september 2012..
Tapi sebabkan kena amik catering asing, khemah asing, and ibu pula banyak tu tak boleh, ni tak boleh, so saya rasa macam susah sangat when it comes to too many decisions.. and too many talks.. so I just called Dvillage Resort utk tanya quotation. sebab hospital pernah buat majlis dinner disana and makanan, ballroom, superb.
So I went there after a slight discussion with mom, she seems agreed to proceed with the dewan. so that semua org tak penat nak mengemas rumah. Tanya quotation.. dapat RM25 per pax. Tapi bukan makan shj la, ade adds on lain..
Ni contoh d village. Bagi overview je gambar depan.
So, alhamdulillah, dewan been booked. Barang hantaran besar2x pn dh beli, vid and photographer dh book. Baju nikah booked, cuma tinggal baju reception je.. and pelamin.. and now saya masuk beberapa contest. Alhamdulillah, dh menang dh 1.. Apa saya dpt dr contest 1st saya join tu are..
Best kan? Sekarang masuk contest from Qarmasutra pulak.. Jangan lupa like tau. Mana tau nak jadi rezeki orang nk kahwin sorg ni kan.. hehehehe.. korang kena like page ni tau! :D
Posted by Gieya Empire at 10:44 AM 0 comments
Labels: Ballroom , Wedding Preparation
- Prophet Muhammad (s) as narrated by A’isha (ra) in Sahih Bukhari, vol. 8, hadith 471 -
Husband & Wife
Name: Mohd Fakhorazi Samsudin
Most Known as: Wan/Dekwan
Born: Gunung Semanggol, Perak
D.O.B: 25 April 1987
Description: Happy-Go-Lucky person, Very Lovable, Easy to Handle, Pet and Child Lovers!
Name: Noor Hazirah Mohd Hamdan
Most Known as: Gie/Ieya
Born: Klang, Selangor
D.O.B: 11 June 1987
Description: Talkative, Strict, Dogged, Soft Hearted, Orderly, Child Lovers!
Our Kids
Most Known as: Fakhira/ Kira
Born: Ampang Puteri, Selangor
D.O.B: 13 August 2013
Most Known as: Hidzqi / Iki
Born: Ampang Puteri, Selangor
D.O.B: 15 January 2016
Our Small Family
Our Solemnization
Follow me on FB!
Twitter Updates
Shout !
Followers
Live Traffic
Popular Posts
-
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه, Alhamdulillah. Tahun ni dapat merasa bonus. Dah dekat 3 tahun berkhidmat dengan TNB....
-
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه, Saya dah lama berhasrat nak share dengan kawan-kawan tentang supplement sepanjang pr...
-
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه, I want to reveal something.. Rasa keterujaan pulak bila baca post b2b di facebook. B...
-
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه, Orang cakap bila nak membeli, kena beli sedikit demi sedikit. Tanya rata-rata orang ...
-
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه, Kandungan berusia 22 weeks 3 days. Ramai orang tanya, "dah nampak jantina ke be...
-
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه, Last week saya decide untuk buat check up di KK short form for klinik kerajaan. Rama...
-
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه, Alhamdulillah, there are some feedback/suggestion from my cliques to share this into...
-
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه, Bercakap pasal craft ni, saya pun sendiri pening kepala nak come out dengan idea gil...
-
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه, Fuh. Another 20 days to go. Menanti hari-hari untuk melihat baby kesayangan sangatla...
-
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه, Lama betul tak update. 2 months kut. Hahaha. Sekarang Fakhira dah nak masuk 8 bulan ...























