Showing posts with label Marriage. Show all posts
Showing posts with label Marriage. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

Before vs After Married.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Lama sungguh tak menulis blog. Kinda having long holiday. Time for me to get enough rest. I am currently staying with my family in Melaka. Tiba2x saya terfikir untuk share dengan sesiapa yang bakal berkahwin atau yg dah berkahwin. Rasanya rata2x juga mengalami pengalaman seperti saya kut?

What is the difference between bujang dan berkahwin. Sebenarnya banyak beza. Okay. Let me share with you something that I have treasured enough for the past 4 months. Ini sebenarnya khas untuk perempuan lah, yang lepas berkahwin, duduk dengan suami, jauh dengan family. Untuk yang lepas kahwin still duk dengan family not applicable tau. huahua

1st - Yang paling obvious bila dah kahwin, bila dah duduk berdua, you have to cook! Yes. You HAVE to cook. Which is sebelum ni kalau duduk dengan family (macam saya, ade ibu dan 2 orang adik perempuan), agak2x kalau hari ni malas nak masak, suruh adik pulak masak. Kadang-kadang kalau gedik sikit, suruh ibu masak. hehehe. Jahat ke? Tapi beza bila dah kahwin, you have to cook. Malas atau tidak. Kalau paling malas pun beli dekat luar la jawabnya. Tapi sampai bila? Mungkin ada je yang lepas kahwin hari-hari makan luar. Depends. Tapi macam saya dan husband, kami lagi prefer makan dekat rumah even masak nasi lauk daging goreng je.

2nd - Masa dengan family makin berkurang. Quality time with family become lesser. Tambah pulak bila dah duduk jauh. My family di Melaka, my PIL dekat Perak and we're living in KL. Awal2x dlu boleh kata selalu jugak balik kampung. Tapi sekarang, ada je program. Kalau nak balik sorang pulak, dah nampak lain macam? Even kadang-kadang saya free on weekend and my husband tak free, tak boleh jugak balik. Kalau lah rumah parent dekat, sure husband bagi je balik selalu. Kalau nak balik sorang2x nanti alasan bimbang lah, ape orang cakap lah. So ended up habiskan masa sorang2x dekat rumah.

3rd - Bila korang dah kahwin, mostly, bukan semua lah tapi most of husbands dia mesti nak raya Aidilfitri pertama as husband and wife di kampung halaman dia. Kalau yang lagi worst bila both raya nak start dengan kampung dia. Gila tak syok. Ada pulak yang tak kisah. Tapi usually yang tak kisah ni biasanya yang dah berusia sikit, yang pampered wife sangat2x, yang tak berapa rapat ngn family, or anak yatim piatu nauzubillah. So, be prepare okay? Saya inshaAllah bakal raya di rumah PIL on Aidilfitri tapi inshaAllah juga raya haji di kampung saya di Terengganu this year sebab last year dah rasa beraya Aidiladha di kampung Perak. Tapi bukan kata tak best, raya tak meriah. So tak rasa macam raya sangat. Sama keadaan di Melaka juga. Mungkin Aidiladha ni memang negeri lain macam rasa tak raya kut unless di Terengganu/Kelantan. Tapi I can't imagine how my Aidilfitri would be. First Aidilfitri jauh dengan keluarga. T__________T . Most of wife mesti akan nangis on the first raya. Hahahaha. I am one of them kut soon?

4th - Bila dah kahwin, orang kata responsibility makin besar kan? Yes. Besar sangat. Sebelum kahwin, you need to take care of your own family. Sekarang family makin bertambah. Saya ni pula bukanlah jenis yang selalu nak call2x ibu sangat. Tapi when we're at home memang kami have a really good quality time la. Cuma mungkin sebab dah biasa "independent" pun sebelum ni so macam ibu pun jenis tak kisah and percaya je anak dia hidup kat mana2x pn. Bila lama tak call cik pula nanti cik merajuk. So sekarang, bukan saja hati ibu dan cik nak kena jaga, hati mak and ayah sama. Tapi saya jenis susah nak call. Tak reti. Kalau call pun at least sekali seminggu je. Mungkin sebab dulu selalu balik kut. So rasa macam call is not really an important matter pon kut? Adoi. Payah jugak sebenarnya. So, bila anda dah berkahwin, keluarga anda makin bertambah, makin ramai hati kena jaga depends on how many family members you and your husband have. So, practice make perfect kan? Tapi saya tengok my aunt yang kawen dengan my uncles takde pun nak keep call PIL diorang tanya khabar? Okay. That's not a good example. Adoi!

5th - Bila dah kahwin juga kebiasaannya lelaki ni awal2x dia tak faham lagi yang dia dah ada keluarga baru. Tambah pula bila dah lama couple so still rasa ala2x macam kawan/girlfriend lagi. Kadang-kadang ada sesetengah lelaki awal2x kahwin pun still lepak dengan kawan macam tak kahwin lagi. I mean, lepak tak kisah tapi kena pandai beza waktu juga la kan. takkan nak lepak sampai 3...4 pagi, tinggal isteri sorang-sorang kat rumah. Nasib baik my husband takdela lepak dah ngn kawan2x sampai 3.. 4 pagi. Sesetengah lelaki yang baru berkahwin, dia still fikir tanggungjawab dia besar pada adik beradik, but for wife, they think that their wife can solve her problem sendiri. Ada juga sesetengah lelaki dia fikir keluarga dia keluarga dia. Tapi keluarga wife, wife la jaga. Macam sort of tak biasa. Macam2x lah gaya orang baru kahwin ni. Saya pun kira baru la kahwin. So some of the things I had faced before. Tapi alhamdulillah. Mungkin betul orang cakap anak itu rezeki Allah. Suami makin faham bahawa kami dah mempunyai "keluarga sendiri" yang perlu di taken care of. Penting tau. Nanti you all tau la. hehehe.

6th - Macam saya, sebelum kahwin, saya hidup berseorangan. Maksud saya, balik kerja, duk rumah tengok tv sorang2x. Kalau weekend ke, or adik saya takde klas, dia teman la saya kat rumah. Ad juga teman borak. Kalau time couple dulu pn bosan, gi lepak makan. Tapi bila dah kahwin, everyday you have friend to talk to. Perempuan, biasa lah. Bercakap la yang boleh hilangkan stress kan. So, best la bila hujan guruh petir ke dah tak takut macam dulu2x. Takde lampu ke dah tak takut. At least ade husband, kalau husband tak reti wiring pun boleh tolong cari orang. Kalau harap kita sorang2x? Sampai esok tidur dalam gelap. Kalau takde air kat rumah, gi tumpang tidur umah member yang ada air. Takkan nak angkut air sorang2x? Dah ada husband ni takde air kat rumah pun, ade orang nak tlong angkat air. Buat air spare untuk mandi and buang air. Everything is there. Sebab tu saya cakap this is not applicable to mana2 perempuan yang duduk dengan family before and after kahwin sebab diorang tak merasa kut menda2x macam ni. hehehehe

Panjang sangat. That's it la kut. This story is not based on my experience je. Semua yang saya cerita di atas cerita yang pernah orang share, pernah orang mengadu, yes, some of them happen to me also. So for those women out there, memang betul perempuan ni besar ganjaran dia di sisi Allah. Nanti bila dah ada anak, bertambah la lagi tugas yang perlu dipikul dan have to really sabar dengan all those things.. Mungkin sebelum ni tak pernah ada orang share. Mungkin some of them dont give a damn pun. I dont give a damn pun. Just sharing my thought. Alhamdulillah. Semoga semuanya berjalan dengan baik dan seperti kehendakNya.





Photobucket

Tuesday, December 25, 2012

It's already two weeks?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,


Dah masuk dua minggu. No sign of menstrual. Nak kata sign pregnant pun saya tak sure ape petanda specificnya sebab lain orang, lain petandanya. Tapi saya agak curious juga. Mungkin delay because of pregnancy. Mungkin juga sebab hormone. Sebelum kahwin, period cycle tetap. Lepas kahwin menjadi2x delay dia. Orang cakap it's normal sebenarnya. And I just take it as "normal" lah kut. After awhile, bila husband sendiri mula berkira2x tarikh period saya, saya rasa tak sampai hati pula. Seronok dia bila tau delay. Hari-hari dia mengira, hari-hari dia berdebar. Masuk hari kesepuluh dia mintak nak cek UPT. Tapi saya kata tunggu dululah sampai 2 minggu. Sebenarnya takut dia kecewa. Saya ada bertanyakan kepada kawan-kawan secret group saya. Ini response mereka:-



First response siap cakap 20 days delay? Lewat sampai 2 bulan!!!??? Gila lah. Hancur terus harapan. Takkan hormon tak menentu sampai delay 2 bulan? setahun? Memang kena gi check ni. Kalau delay sampai berbulan2x.. macam mana nak check time subur?



Lagi satu group kata delay 57 days. Delay 10 days.. banyaknya. semuanya delay! Tapi saya takut yang jenis delay lama2x ni memang sebab sebelum ni pun period tak menentu macam yang saudari Rina Hamid bagitau, delay sebulan tapi memang sebelum ni period tak menentu. So my inner positively said that mungkin sebab diorang ni jenis period tak tetap jugak kut? Takkan la seseorang yang period tetap before kahwin boleh delay sampai berbulan2x kan? Kawan saya yang lain yang period tetap or kdg2 fluctuate 1 or 2 days every mnth pn delay tak sampai bulan2x. Ntah la. Sebenarnya nak sedapkan hati sendiri. Saya dah cuba untuk relax, tak fikir. Sebenarnya tak fikir pun pada mulanya. Sampai suami saya tegur, sampai la saya sendiri bimbang nape la tak period2x lagi ni. Boleh camtu?

Tapi takpelah. Just wanna share with you my feeling right now. Bimbang pun ada. Sebenarnya saya dah tak pkir sangat pun samada ada atau tak sebab taknak mengharap sangat tapi hubby cakap kena jaga semua. Makan, jalan, tak boleh buat kerja berat2x. Sebab banyak je baca pengalaman orang, taktau pregnant, at last miscarriage. Nauzubillah. Tu yang husband takut sangat2x. Takpe. Kali ini, saya fikir dah masuk 2 minggu so saya rancang untuk check UPT la. Kalau ada rezeki, alhamdulillah. Kalau takde rezeki, ingat nak mintak advise dari doctor. Mungkin ada cara untuk kawal hormone ke ape ke kan. Kalau hormone tak tetap, susah la nak budget waktu subur kan.

Whatever it is, kena selalu bear in mind that Allah knows what best for us. Allah lebih tahu bila waktu sesuai, adakah kita sudah bersedia untuk pikul tanggungjawab yang besar and etc. Kalau pada pemikiran kita, pemerhatian kita, tengok ramai orang yang susah2x Allah bagi rezeki pada mereka, tapi yang senang, yang banyak duit, sampai sekarang tiada rezeki, kita akan fikir, "eh, orang tu lagi mampu", "kesian dia, susah, anak ramai". Tapi kena selalu ingat, sebenarnya Pencipta kita sahaja yang tahu what best for us. Wallahualam.




Photobucket

Wednesday, October 10, 2012

Fasa kehidupan baru dari seorang cik kepada puan..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Salam,

It's been awhile since I last updated my blog.
Busy dengan persiapan perkahwinan.

Friday, Sept 28, saya telah sah menjadi seorang isteri kepada tunangan saya, Mohd Fakhorazi bin Samsudin. Let me share with you my stories. Saya start cuti hari rabu. Maklumlah, anak sulong. Limited workforce. Semua nak kena buat sendiri. Kemas sendiri. Beli barang sendiri. Jumpa tok kadi pun sendiri. Agih kad kahwin pun sendiri. Penat kan? Tapi nak buat cmne. Saya kena faham bahawa saya dah xd ayah. Nak harap ibu sorang, ibu pun busy dengan hal dia. So, lagi better kalu saya buat sendiri semua sampaikan ibu pun terasa dengan saya sebab saya banyak buat sendiri tak bagitau dia.

Lots of thing happened sebenarnya. Cut it short, semua orang pressure kenduri kahwin tambah pula anak sulong pulak tu. Sebelum majlis akad, saya pergi dekat ibu, saya ambil tangan ibu, salam, peluk and cium ibu, minta maaf sebelum tanggungjawab itu beralih ketangan orang lain. Saya sebak bila ibu menangis. Ibu peluk saya, "ibu cakap ibu sayang kakak. Ibu tau akak pressure.."
Sebak, seriously sebak.

Majlis akad nikah berlangsung seperti yang dirancang. All set! Cuma regret sikit sebab time akad, tok kadi tak panggil saya keluar dari bilik. Nasib la ade microphone, boleh juga dengar en suami akad dengan jelas. Alhamdulillah.. cuma saya tak dapat dengar lafaz taklik. and ibu nk buat lafaz sakinah pon tak dapat nk buat. so a bit regret. But overall, saya puas hati. dengan kerjasama semua family, videographer dan photographer saya.

Sekali lafaz beb! hehe. Alhamdulillah.. Semuanya selamat..
Nak cerita balik moment bila dah sah bergelar suami isteri. Mula2x tu still rasa macam couple. Macam takde tanggungjwab. Tapi bila dah abes mjls resepsi, alhamdulillah. Mula rasa tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Bila kami imbas balik zaman dulu kala, rasa macam, tak rugi sebenarnya kahwin awal. Tapi, ntahla. Depends pada orang juga la kan.. Ape perbezaan between sebelum dan selepas kahwin? Banyak sangatttttttttttttttttt beza! Bila bercakap pasal kahwin, jangan pula fikir nafsu je semata2x. Ntahla. Honestly mind saya tak fikir nafsu pun untuk kahwin. Tapi more or less untuk mendapatkan ikatan yang halal. Ntahla, saya macam takut sikit bila dah couple lama2x.. makin hanyut.. makin hanyut.. nanti saya buat dosa, arwah ayah saya kena tanggung.. Tambah pula bila arwah abah sedih, dia akan muncul dalam mimpi cik (grandmother). So saya macam takut sikit bila jadi macam tu. Sekarang, apa nak jadi pada kehidupan akan datang, saya serahkan kepada Allah swt untuk tentukan. Yang saya tahu, arwah abah dah lepas tanggungjawab untuk menjaga saya, mendidik saya, menanggung dosa2x saya dan saya rasa sangat LEGA.

Bila dah kahwin, even tengok suami pun satu pahala. pegang apatah lagi. Kalau tak kahwin, semua adalah dosa. Sekarang saya rasa life saya macam baru bermula. Reset to zero. Dosa saya dah jatuh pada tanggungan suami saya. InshaAllah, saya akan berusaha untuk jadi yang terbaik untuk suami saya, jadi anak yang solehah untuk arwah abah saya.. dan jadi kakak yang terbaik untuk adik2x saya. Semoga Allah sentiasa merahmati keluarga baru dan keluarga besar saya. Semuanya saya lakukan lillahitaala..

Doakan kebahagiaan kami ya! Muah!





Photobucket

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP