Showing posts with label Wedding Review. Show all posts
Showing posts with label Wedding Review. Show all posts

Tuesday, November 13, 2012

Wedding Review 4 : Gorgeous Pelamin by Shayana Creation

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Dah lama tak buat wedding review. Saje nak share dengan readers sekalian, mana tau kut2x saya boleh membantu untuk mana2x b2b yang sedang mencari pelamin yang cantik2x dengan harga yang murah.

Sebelum ni penat saya fikir, penat saya surf cari pelamin dewan murah2x. Biasa saya cari mesti diorg quote RM3k dan ke atas. Dengan cost agak tight sebab mula2x plan nak buat kat rumah and pelamin idaman saya tu pn tak cecah RM3k. So bila tukar plan buat kat dewan dengan pelamin yang bukan pelamin idaman saya which cost me more than RM3k rasa macam sangat tak berbaloi.

Tapi dengan pertolongan kawan2x b2b saya yang lain, bila saya suarakan masalah saya dekat diorg, diorg banyak tolong saya suggest pelamin dewan yang murah2x and cantik2x. Lepas dari kekecewaan pasal menang contest Qarmasutra haritu, terpaksa la saya cari option lain.

Ada seorang kawan b2b saya suggest this vendor iaitu Shayana Creation atau juga dikenali sebagai D'Shayana Creation

 Lihatlah pelamin saya :-



Pelamin saya. Saya bagitahu kak nori yang saya nak tema purple. Variety of purple and saya ada bagi contoh pelamin yang saya suka. So saya rasa puas hati sangat kak nori dapat buat lebih kurang...I can say that 80% macam saya nak. Ala.. tak capai 100% sebab pelamin idaman saya tu pelamin outdoor. Saya buat indoor. hikhik.



Yang ni pulak contoh walkway. Kak Nori sediakan 6 walkways untuk saya. Ada beberapa jenis walkways yang anda boleh pilih. Saya pilih yang ni, ala2x sangkar gitu. Cantik kan? Pakej dewan yang saya ambil dari Kak Nori :-

  • Pelamin tirai *cover 4 pasu bunga freshflower, lampu chandelier, lanterns*
  • Set merenjis
  • 6 walkways *Fresh Flower*
  • Arch  *Fresh Flower* - lupa snap gambar
  • Red carpet *saya tak ambil since kat dewan pun dah ada red carpet*
Semua ni with the cost of less than RM2000!!
Gila tak? Gila kan. Fresh flower ok! Siap pekerja kak Nori suh saya ambil fresh flower tu simpan tapi sebab banyak sangat fresh flower, Arch pn fresh flower, walkways pun fresh flower and of course pelamin saya ada 4 pasu besar fresh flower! tak terdaya nak kutip semua. Tapi overall saya sangat puas hati

Testimoni :-
  1. Management Dewan D'Village Resort puji pelamin, nice, simple yet elegant
  2. Husband saya cakap cantik!
  3. Ibu cakap cantik, dia boleh compare pelamin saya dengan pelamin orang lain yang tak berapa nak cantik yang cost lagi mahal. Haish!
  4. Banyak lagi la cakap cantik dan saya dah lupa since orang yang puji pun guest yang datang wedding.
So, ape lagi? Sangat berbaloi! Serious!! :)

Macam mana nak contact dia? See this :-

Facebook : Shayana Creation
Contact Number : Kak Nori - 017-645 6098

 

Thank you Kak Nori for the great dais. Love it!




Photobucket

Wednesday, October 17, 2012

Wedding Review 3 : Reception Attire by Butik Marlina

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

My reception was held on 29th September 2012 at D'Village Resort, Ayer Keroh Melaka. Alhamdulillah, everything went well. Biasa la, anak sulung, ada banyak la cacat cela sana sini. But afterall puas hati sebab semua dah selesai. I don't get it why people wanna repeat this moment, for me, once in a lifetime je la kut sebab penat otak and penat badan untuk tempuh 2 busy days in a row. Previous post dah bagitau pasal baju nikah. Sama juga dengan baju reception. Saya tak mampu nak hire designer mahal2x. So saya buat dekat butik je. As usual lah, siapa2x yang kenal saya mesti diorang tau saya ni jenis yang rumit dan cerewet sikit. Kalau ada yang tak kena, saya suruh ubah itu ubah ini.. First trial, baju besar sikit. Biasalah... butik mesti la buat besar sikit kan baru fitting lain untuk betul2x kena dengan body.

Kali kedua fitting, baju ketat! Boleh pakai tapi husband tak bagi sebab fit sangat. So saya suruh alter lagi and tambah itu ini, buang itu ini.. buat tudung baru.. Kali ketiga fitting tak ok lagi! Butik tersalah kecikkan, memang tak muat la jwbnye.. hehe. Saya suruh betulkan lagi. Few days, tak silap saya 3 ari before event saya ambil baju dengan Kak Liza, tak fitting pon! Balik2x umah dah x sempat nak sentuh semua benda. Yang ada dalam kepala saya hanya preparation rumah, doorgift ape semua.

Pada hari reception baru rasa macam cuak kalau tak kena size sebab lepas last alter aritu tak test fitting langsung baju. Alhamdulillah, turned out well. Ramai juga cakap baju reception cantik. Bukan designer buat tau! Tailor buat. Ada juga yang nk tengok baju tu dekat2x.. Tapi ape yang saya tau bila masuk dalam gambar rasa macam princess. HAHAHAHA. ok. Abaikan..

Inilah hasil dari perbincangan saya, idea saya, idea kak liza untuk baju resepsi saya.




This is the detailing:


Veil yang saya design secara rambang. Thanks Kak Liza sudi layan karenah saya dan comeout with this gorgeous veil :)



Detail baju saya.





Alhamdulillah.. Gambar atas tu tak cantik sangat sebab dari kamera Note. hehe. Yang lain credit picture to my OP : Ryaniez Moment Photography. (will update about OP soon too!)

Saya tempah baju ini di butik Marlina. First jumpa butik ni masa saya nak teman kawan saya gi beli bunga pelamin. Kakak ni jual dengan harga murah sebab nak abeskan stock. Pastu usha2x baju dia banyak cantik2x.. Harga pon lagi murah dari butik2x yang saya dah survey. So saya decide untuk tempah baju disini. At least boleh la save dalam RM300-RM400 dari butik awal2x saya nak tempah.

Discussion demi discussion.. Akhirnya come out with this.
Alhamdulillah.. Baju lelaki dan perempuan paling murah saya jumpa. Yang baru. Tempah sewa. Orang first pakai tau! Tak mampu hire designer.. Lagipun pikir buat apa nak membazir teruk2x dekat baju sebab nanti lepas kahwin lagi banyak nak kena guna duit. Ada designer buat lagi teruk dari tailor. Based on review la. Tailor buat pun dah macam taraf designer gak kalau pandai cari :)

Nak up sikit vendor baju resepsi saya iaitu:


Butik Marlina



Contact Number : 017-2106656 (Kak Neli) / 017-9747316 (Kak Liza)
Address : No 10-2 dataran selayang batu caves.





Photobucket

Tuesday, October 16, 2012

Wedding Review 2: Hand Bouquet by Hana Zakaria

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Ingat lagi tak contest yang saya menang haritu. Satu dari.. what-so-ever vendor tu la kan. Satu lagi from Hana Zakaria Wedding Planner. Hana ni such a very lovely person la. Kenapa saya cakap dia lovely.. Ok. Refer to this post : Contest by Hana Zakaria. I had won 2nd runner up. Sebab pelamin dah ambil dengan vendor lain, veil pon dah buat sekali dengan baju (mula2x plan nak suruh hana buatkan veil. tapi tak ke pelik kalau guna material lain dengan baju. ish2x. tukar terus!) So, saya request Hana untuk buatkan saya two (2) Fresh flower HB. Ganti dengan hadiah lain. hehehe.

She's so lovely. She kept on updating me and asking me about the prize. The details and so on. Bayangkanlah, benda free beb! But she kept her promise so well. Dia yang duk contact saya ape semua. She is so lovely. Saya request untuk tukar present semua2 menda alah tu jadi HB sahaja. Okla kan.. Boleh save juga kat situ. Hana agreed to change the plan as well. She asked me my theme, where and when to pick up. Rugi juga tak ambil dia as vendor as she is lovely sangat. Ini adalah HB yang Hana bagi dekat saya for my solemnization and reception.

 Hand Bouquet for Solemnization


Hand Bouquet for Reception


Thank you Hana! Nice knowing you! Thanks for the great hand bouquet too! Muahhh!

Oh ye. Hana Zakaria ni dia tak buat Hand Bouquet je tau. She's a wedding planner dari Melaka. Siapa2x b2b from Melaka, please choose her! hehehe. Dia ada buat pelamin (and her pelamin was gorgeous and up-to-date tak macam pelamin bridal biasa), she also handles hantaran, fresh or artificial flower. Dia pun ada buat catering juga. Found out more about her:


Contact Number : 012- 5643488
Showroom : Bangunan Kota Cemerlang,
Ayer Keroh, Melaka.
 





Photobucket

Friday, October 12, 2012

Wedding Review I : Baju Nikah by Wedding Galore

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

It's already week 2! Tak berapa nak ada masa untuk update blog since balik bercuti dari cuti kahwin haritu terus banyaaaakkkkkk kerja. Bila balik rumah, tau je la. Sampai2x rumah terus masak untuk en. suami. Tak tukar baju ape, masak terus sebab nak make sure dia makan lepas solat maghrib. Dia ni susah nak makan. Kalau kita masak baru la makan banyak sikit. Kalau tak, nanti kul 1 pagi baru makan. (tak boleh.. tak boleh..) Malam kadang tu jemur kain la, pasang langsir la, kemas itu, kemas ini, lipat baju, macam2x kerja lah.

Sekarang baru la ada masa nak buat wedding review sikit. Bercakap pasal majlis perkahwinan ni, saya start dengan majlis paling basic and the most important event la sebenarnya which is Majlis Ijab Qabul kami. First saya nak review tentang baju nikah saya. Saya tak lah banyak duit nak gi tempah Unaisah ke, Hatta dolmat ke, arma couture ke, qudyn ke kan.. So saya cari la kawan2x saya yang mana wedding gown/dress cantik2x and kemas jahitannya sehingga la saya terjumpa vendor Wedding Galore.

Saya pergi sana, tanpa ada specific baju pun nak design cmane2x.. tapi dalam mind saya nak yang sopan dan ala2x cute sikit and yang penting nak jahit kemas. Ade la 1 design baju kat sana yang saya berkenan, so saya minta diorang buatkan sebiji baju macam tu tapi kain ada sikit alteration la ikut kehendak saya. Dari segi beading pun lain sebenarnya sebab baju yang saya suka tu kaler lain, beading kaler lain. So far saya puas hati sebab diorang ni sangat cekap bekerja, senang bekerja. Harga pun tak mahal sangat kalau sampai nak hire designer macam tak berbaloi je sebab kahwin pun bukan baju tu akan selalu pakai. Abes2 pun nanti anak boleh pakai balik (berangan dari dulu. hihihih)

Inilah hasil baju saya:




Sorry takde gambar full baju. Kalau korang nak tengok gambar full baju nikah saya, boleh view video nikah saya. Kat situ korang boleh tengok full gambar. Its really fits me. Nampak kemas and cantik jahitan dia. dan memang melekat dengan badan saya. Puas hati. Saya tempah baju lelaki dan perempuan RM850.

Kadang-kadang rasa nak buat part time kat Wedding Galore pun ada since pekerja dia baik2x and sangat talkative. If korang berminat nak buat baju kat sini, korang boleh la usha2x website or pergi sendiri ke butik diorang. Details are as follow:




Alamat : 
Weddings Galore Bridal & Planner. No. 191A & 193A Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor (Depan PKNS Bangi)

Contact Number:
0136155751/0136155753/0193986439

Email:

Selamat Mencuba!




Photobucket

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP