Friday, October 12, 2012

Wedding Review I : Baju Nikah by Wedding Galore

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

It's already week 2! Tak berapa nak ada masa untuk update blog since balik bercuti dari cuti kahwin haritu terus banyaaaakkkkkk kerja. Bila balik rumah, tau je la. Sampai2x rumah terus masak untuk en. suami. Tak tukar baju ape, masak terus sebab nak make sure dia makan lepas solat maghrib. Dia ni susah nak makan. Kalau kita masak baru la makan banyak sikit. Kalau tak, nanti kul 1 pagi baru makan. (tak boleh.. tak boleh..) Malam kadang tu jemur kain la, pasang langsir la, kemas itu, kemas ini, lipat baju, macam2x kerja lah.

Sekarang baru la ada masa nak buat wedding review sikit. Bercakap pasal majlis perkahwinan ni, saya start dengan majlis paling basic and the most important event la sebenarnya which is Majlis Ijab Qabul kami. First saya nak review tentang baju nikah saya. Saya tak lah banyak duit nak gi tempah Unaisah ke, Hatta dolmat ke, arma couture ke, qudyn ke kan.. So saya cari la kawan2x saya yang mana wedding gown/dress cantik2x and kemas jahitannya sehingga la saya terjumpa vendor Wedding Galore.

Saya pergi sana, tanpa ada specific baju pun nak design cmane2x.. tapi dalam mind saya nak yang sopan dan ala2x cute sikit and yang penting nak jahit kemas. Ade la 1 design baju kat sana yang saya berkenan, so saya minta diorang buatkan sebiji baju macam tu tapi kain ada sikit alteration la ikut kehendak saya. Dari segi beading pun lain sebenarnya sebab baju yang saya suka tu kaler lain, beading kaler lain. So far saya puas hati sebab diorang ni sangat cekap bekerja, senang bekerja. Harga pun tak mahal sangat kalau sampai nak hire designer macam tak berbaloi je sebab kahwin pun bukan baju tu akan selalu pakai. Abes2 pun nanti anak boleh pakai balik (berangan dari dulu. hihihih)

Inilah hasil baju saya:




Sorry takde gambar full baju. Kalau korang nak tengok gambar full baju nikah saya, boleh view video nikah saya. Kat situ korang boleh tengok full gambar. Its really fits me. Nampak kemas and cantik jahitan dia. dan memang melekat dengan badan saya. Puas hati. Saya tempah baju lelaki dan perempuan RM850.

Kadang-kadang rasa nak buat part time kat Wedding Galore pun ada since pekerja dia baik2x and sangat talkative. If korang berminat nak buat baju kat sini, korang boleh la usha2x website or pergi sendiri ke butik diorang. Details are as follow:




Alamat : 
Weddings Galore Bridal & Planner. No. 191A & 193A Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor (Depan PKNS Bangi)

Contact Number:
0136155751/0136155753/0193986439

Email:

Selamat Mencuba!




Photobucket

8 comments :

MiSsJue

bp yang harga dia with beads?

Noor Hazirah

rm850. lelaki perempuan :)
sekali beading. :))

nurdani

sangat cantik. memang berbaloi dengan harga

Noor Hazirah

Dani.. Org die pon baik2.. Rs mcm rugi plak x tempah semua ngn dia aritu

Cik Mila

hy dear... Mila pon tempah bj nikah dkt wedding galore, hopefully outcome nye baik jgk... - Mila-

salam perkenalan =)

http://ourstorystartinfeb.blogspot.com/

Noor Hazirah

@cik mila - insyaAllah ok pny.. diorg baik2 kan :)

salam perkenalan cik mila :)

Nina Azis

Hye there..
So baju tu dapat terus eh

Noor Hazirah

@Nina Azis - tak dear. kena tempah dulu. :)

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP