Showing posts with label Husband. Show all posts
Showing posts with label Husband. Show all posts

Monday, April 29, 2013

Happy birthday abang! ♥

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

It maybe a little too late sebenarnya. Sekarang pun dah 29th April 2013. Happy belated birthday to my beloved husband. Tanggal 25th April 2013, suami saya genap berusia 26 tahun. Tapi disebabkan kekangan masa, dengan nak balik kampung nye lagi, rasa tak sempat nak update. Sorry ye abang. Tapi abang bukan selalu boleh baca blog saya pn kan. hehehe.


Happy 26th Birthday to my beloved husband. Hadiah taktau nak bagi ape. Ingatkan haritu nak buat surprise bouquet delivery. Tapi tak sempat dah. Kena buat nanti la nampaknya. Mungkin juga saya boleh kata tahun ni hadiah anak la. Hadiah TERBESARRRR tu. hehehe.

Thank you for being my husband for nearly 8 months. Eventhough we're still in the midst of understanding each other, or some might said that we are still new in married life, I hope that I have been the best companion so far. Thank you abang for taking care of me. Taking care of the baby. Try hard to understand me and follow my ways. Thank you abang sebab hari-hari paksa saya makan ubat. Hari2x abang buatkan susu untuk saya minum. Kadang-kadang kalau saya tak larat, abang tolong ganti tempat saya di dapur. Thank you sebab tak bagi saya buat kerja berat eventhough saya selalu kena remind abang utk buat. Hahahaha. Thank you sebab kadang-kadang terpaksa jadi driver saya, hantar saya pergi and ambil saya balik kerja. I know that we're not as rich as others, we're not as "senang" as others, we are still developing ourselves to be better, I hope, and I always pray that Allah will ease our way because we choose to marry lillahi taala.

"Sekiranya rezeki suamiku, anakku, dan diriku ada dilangit, maka Engkau turunkanlah ia. Sekiranya rezeki suamiku, rezeki anakku, rezeki untuk diriku berada di bumi, maka Engkau keluarkanlah ia. Janganlah Engkau pesongkan hati kami selepas Engkau kurniakan kami rezeki dan kami memohon agar rezeki yang halal berada di pihak kami. Amin Ya Rabbal Alamin.."



Photobucket

Wednesday, January 9, 2013

Suami alahan?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Penatnya rasa. Hari2x rasa penat. Hari2x rasa cepat mengantuk. Tak larat rasa nak gi kerja. Besnya sesiapa yang jadi housewife sepenuh masa. Seronoknya! Already turn 8 weeks. Doctor cakap 2 months akan start morning sickness untuk kebanyakan ibu mengandung. Alhamdulillah, so far takde pula rasa ape2x. Penat lebih, perut cramp, nak demam, cepat pening bila dari duduk tiba2x bangun tu ada. Saya baca tu memang symptoms dia. Kawan saya awal2x preggie dia kata selalu tidur kat office. Saya hanya mampu tidur time lunch hour je la. Memang rasa penat. Mungkin proses "itu" dah ambil tenaga kita kut. Nak kata tak makan, makan je. Nak kata sebab pelawasan sistem pencernaan, lawas je.

Tapi lately husband demam teruk. 2 ari lepas muntah bukan main lagi. Katanya bila hidu bau saya je dia rasa nak muntah. Eh? Die ke yang alahan? Ohmy! Saya perasan juga bila dia cuba dekat dengan saya, terus dia berlari gi bilik air muntah. Sampai dah takde menda nak muntah, muntah air je. Kesian dia. Saya rasa macam... #$%^&*(@#$%^ tak bestnya kalau alah takleh bau suami/isteri. Okay. Semalam saya try tanya husband balik, alhamdulillah, ok dah. Boleh bau macam biasa. TAPIIIII............. taktau la kan sebab 1 hari die tak makan semalam. Takut kalau makan nanti muntah lagi sekali. Teruk betul demam dia.

Biasa saya jaga dia, peluk dia time2x dia demam ni. Suami saya memang manja tambah2x bila dia tak sihat. Boleh kata manja lebih dari saya yang pregnant ni. Saya pulak takut jugak kalau berjangkit sebab saya tak boleh demam. Takut effect baby. Plus kalau demam, saya xboleh makan ubat. Tapi saya lakukan juga untuk suami. Bagi makan ubat, selimut badan dia tebal2x, tepuk and peluk dia sampai tidur baru saya boleh buat kerja lain. Penat sebenarnya bila husband sakit, sebab semua bnda kita kena buat sendiri tambah pulak sekarang berbadan dua. Yes. itu bukan alasan saya. Tapi penat sebab sekarang badan memang cepat sangat penat. Rasa lemau je. Hopefully husband saya tak alah ape2 la. Kesian pulak dia. Kalau saya yang alahan takpelah. Ada orang nk tolong jaga. Kalau dia alahan, mati la saya. Dengan diri sendiri pun tak terjaga.

Dugaan sebenarnya. Hari2x saya minum susu sekarang, nak bagi ada tenaga, ada lebih kalsium so that badan tak cepat rasa sakit2x. Takde rasa sakit tulang belakang ke ape ke. Saya rasa nanti nk checkup kena minta doctor supplement la. Rasa sangat tak larat sekarang. Everyday travel jalan jem pun saya rasa macam.. Damneddd! Saya hope hari ini demam husband saya dah baik. Hope sangat. Saya memang tak boleh tengok dia sakit sebab rasa macam kesian. Hope sangat arini dah okay. Amin.



Photobucket

Friday, January 4, 2013

Portuguese Grill MidValley, mengidam T____T

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Sekarang tengah mengidam nak makan makanan favourite saya. Boleh ke kalau cakap mengidam? LOL. Saya nak introduce satu tempat makan best dekat MidValley which I guess ramai dah tahu kut? Selama ni kalau nak gi MidValley selalu nak kena queue tempat duduk kat foodcourt atas tu. Takpun bila banyak duit sikit, gi la makan Kenny Rogers ke ape ke. KFC? MCDONALD? Tak payah cerita la panjang queue die macam mana. Saya tahu tempat ni best pun dari uncle saya. Dia yang ajar! Salahkan dia. wahahahaha.

The name of that place is:

PORTUGUESE GRILL

Lokasi di Oasis Food Court tingkat berapa ntah. Yang pasti dia satu tingkat bawah dari GSC (Golden Screen Cinema). Tak silap saya tingkat 2. Ape yang menarik kat sana? Jom tengok menu:


Semua benda dia grill. Letak dalam aluminium foil and grill. Macam ni:-


Mula2x ajak hubby pergi sini time kami masih lagi tunangan. Cewah. Dia ni payah bab makan. Makan semua bagai tapi tempat mesti nak kena dengan selera dia. Until one day, ajak dia pergi sini. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Perlu diingatkan, serve the meal with limau kasturi. sebab tu dia letak awal2x limau dalam bekas, so korang ambil la and perah dalam lauk. Terbaikkkkkkkkkkkkk! Kalau tak perah limau, best jugak, tapi lagi 100 juta kali sedap kalau letak limau. Suggestion perah dalam 2 atau 3 biji limau (sebab limau dia bagi pun limau kecik2x je).

Harga pulak?
See this:


1 lauk which contohnya Ikan dan dalam tu ada sayur juga xsilap saya Rm5 lebih. Kalau ambil 2 lauk, tak  RM7.90. Murah gila! Makan pun sangat puas! Kalau korang pergi mana2x foodcourt pun memang ada je yang masak cenggini tapi rasa dia lainnnnnnnnnnnnnnnnnnn ok!!! Ade je, dekat foodcourt JJ, dekat station kopitiam. Tapi harga? TAKKAN SAMA dengan harga kat sini sebab biasa diorang jual belas ringgit untuk 1 lauk.

Pergi anytime, queue mesti panjang gila. So, we decided to make a phone call order. Dah lama kami buat. Before nak datang, call dulu make an order, sampai2x just ambil makanan, then dah boleh makan tanpa queue panjang2x macam orang lain. Senang kan?

Phone order (even dah ada kat gambar di atas) saya tulis juga la:

Ah Seng - 012-3001911/012-2812866.

Ah Seng ni dia just ambil order, then terus letak phone. Tak sempat korang nak borak panjang dengan dia. Tapi setakat ni tak pernah salah order lg lah. Senang! Plus korang pun boleh tapau makanan bawak balik rumah! Cayalah! Ok. Terliur. 2 hari lepas baru makan sana. Esok nak ajak hubby pergi lagi la. (Sorry, abang kena layan saya makan benda sama T____T)

Saya suka makan tenggiri dengan udang. Suami saya suka makan tenggiri dengan sotong. Banyak lagi la choice. Ada sayur je. Ada ikan tenggiri, ikan dori, ikan pari, ikan talapia, udang, sotong, lala. and etc. Chinese pun ramai makan sana tau eventho quite spicy! Cayalah. Okay. Terliur.

Korang patut try!! Must try! Ok. Semangat.



Photobucket

Friday, December 28, 2012

Finally, I am pregnant! :)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,


Already 28th December! Dah masuk 3 bulan kami bergelar suami isteri. Alhamdulillah. Berkenaan dengan isu It's already two weeks iaitu previous post saya. Akhirnya, kami decide untuk check juga kesudahannya. Sebenarnya husband saya yang beria beli. Dia tolong bukak, letak atas meja so that esok pagi saya senang, terus ambil and check. Ok. Betapa semangatnya dia. Saya bangun pagi 26th December lalu, hati rasa berat nak cek, tapi teruskan juga lah. Sebab orang cakap, better check guna air kencing pertama kita which is selepas kita bangun pagi sebab time tu kadar HCG (Human Chorionic Gonadotropin) kita tinggi compare to waktu-waktu lain. Orang tanya saya ape itu HCG. Saya pun google lah. (Macam biasa. Tanya Mr. Google)

HCG (Human Chorionic Gonadotropin) yang dikeluarkan oleh uri (placenta) pada bayi. Pembentukan uri berlaku sebaik sahaja janin (embrio) ditanam pada rahim. Uri akan menghasilkan hormon HCG dan dapat dikesan melalui air kencing wanita. Alat UPT membantu mendiagnose kehamilan di awal kehamilan.

Clear bukan ape maksud HCG? Back to the story, saya buat test urine pagi2x buta. Result UPT saya:-


I am pregnant! Alhamdulillah. Ingat nak sembunyikan dari husband dlu. Konon nak buat surprise. Tapi tak boleh. Tak sampai hati sebab dia dah beria sangat. Saya kejutkan suami saya saying that I am pregnant. Terus dia berlari ke toilet tengok UPT saya. Senyum lebar yang tak pernah saya lihat selama lebih kurang 2 tahun saya kenal dia. "Hari ni hari yang paling happy dalam hidup abg", kata dia. Alhamdulillah. Tapi kami still merasakan bahawa kami perlu double confirm dengan doctor.

So, pada malamnya my husband bawa saya ke klinik, check UPT again. And alhamdulillah, positive. Dan kandungan saya sekarang berusia 6 minggu nak masuk 7 minggu. Baru lagi kan? Doctor nasihat tak boleh angkat benda berat2x, kurangkan naik turun tangga, jaga pemakanan. Selain tu juga doctor ade bagi acid folic, katanya untuk pertumbuhan tulang belakang baby. Alhamdulillah. The most precious gift from Allah to me for the rest of my life. Alhamdulillah.

Minggu ke-8 doctor cakap dah boleh scan tengok fetus. Tak sabar sebenarnya. Alhamdulillah. My husband was the happiest person that moment until now pun. My families were excited to know that there will be an addition of family members soon. Tak putus2x dapat message, dapat advice dari mereka. Mom keeps calling nasihat macam2x. I felt touched. Only Allah knows what's inside my mind.

Menangis dalam kesyukuran dan terharu. And at the same time teringat arwah abah. He must be very happy at this moment to receive this good news. Sebab arwah sangat suka pada budak. Dulu pn arwah abah lebih banyak masa dengan kami daripada my mom. Air mata tak dapat dibendung lagi. Rindu abah. Sekarang kalau mengaji dah tambah utk abah dan baby sekali. Semoga semuanya selamat, doa daripada kalian amat penting bagi saya. Terima kasih. Sayang semua. May Allah blessed.



Photobucket

Wednesday, December 5, 2012

Husbter demam :(

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Hari ini dah masuk hari kedua suami saya demam. Semalam nampak macam okay. Tapi dia mengadu dah hilang deria bau. Saya bagi makan ubat klinik saya. Pagi tadi suami saya hantar saya pergi kerja. Sebab semalam dia stay all night long watching Arsenal match. Rasa tersentuh sangat.

Pukul 5.15 dia dah tunggu saya kat lobi. Nampak still okay. Muka tak bermaya tapi still gagah lagi boleh ambil saya di Bangsar. Balik solat Maghrib tadi, dia dah nampak tak bermaya sangat. "Sayang, abang tak larat lah". Harini tak pergi kedai. Saya dah siap masak makanan kegemaran dia. Dah beberapa hari saya tak masak untuk dia. Dia mandi, solat Maghrib. Then kami sama-sama makan tapi dia makan sikit je since takde selera, takleh bau, takde rasa sebab deria bau dan deria rasa dah tak function because of the flu. Kesian dia, dia mengadu lapar. Kesian dia. :(

Saya bentangkan comforter, dia cakap dia nak baring depan tv. Saya selimutkan dia dengan 2 helai comforter tebal. Tidur dengan sweater plus 2 thick comforters. Still rasa sejuk. Saya urut seluruh badan dia since dia cakap badan rasa lenguh2x. Bila demam seluruh badan kita akan rasa lenguh. Sendi2x semua rasa lenguh. Urut sambil selawat dan baca ayat kursi sambil hembus perlahan2x. Mungkin badan lemah.. Saya tepuk dia sampai tidur. Saya tuamkan air suam ke kepala, bagi towel tu serap panas badan dia. Sekarang suami tengah tidur. Bimbang sangat tengok dia macam tu. Bukan selalu dia macam tu. Ye la, selama ni kita dapat tengok je dia demam, dapat nasihat suruh makan ubat. Bila dah duduk satu bumbung, kita nampak, kita rasa, kita prihatin. Takut pun ada.

Tapi suami saya jenis rajin juga nak telan ubat. Tak macam saya. Semoga suami saya cepat sembuh dan boleh bergerak, boleh senyum macam biasa. Amin. Love him so much!



Photobucket

Wednesday, November 28, 2012

Gambar vector saya Part II !

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Last week saya ada tempah lukisan vector dari someone ni. Dulu saya tempah dengan Dani, tapi sebab sekarang dani busy sgt. Dani dah popular sekarang. Alhamdulillah.. Congrats Dani!

Saya decide untuk mencuba yang baru. Nampak artwork dia cantik, so, try je la. Before saya tunjuk hasil gambar saya yang dah divectorkan, jom kita layan dulu beberapa hasil artwork saudari comel ni:






Cantik kan? Mau tak cantik. Guna ADOBE PHOTOSHOP kut!
Teringin nak belajar buat vector. Tapi.............. heheheeheheh (alasan. biasalah, orang melayu. LOL)
This is mine:

 Gambar asal saya



Gambar vector saya

Ok, ni pula saya ambil dari blog Fiza sendiri. Sebenarnya saya malas nak edit. hehehe. Malas kan saya ni? Hurmmm...  Gambar kahwin saya! Saje gedik2x nak buat. hehehe.. Tadaaaaaaa




cantik kan? Bila la saya nk dapat belajar ni. Adoi!
Sesiapa yang berminat untuk buat header blog ke, nk buat kad kahwin guna gambar vector korang ke, korang boleh contact saudari Fiza kiut miut ni di:-


Website : Azhafizah
Facebook : Azhafizah

Terima kasih Fiza! Muaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!




Photobucket

Thursday, November 15, 2012

To beloved husband :)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

To my beloved husband,



and it is YOU! Who makes me laugh a little louder, smile a little bigger and live a little better.


Much love,
Your wife





Photobucket

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP