Wednesday, January 9, 2013

Suami alahan?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Penatnya rasa. Hari2x rasa penat. Hari2x rasa cepat mengantuk. Tak larat rasa nak gi kerja. Besnya sesiapa yang jadi housewife sepenuh masa. Seronoknya! Already turn 8 weeks. Doctor cakap 2 months akan start morning sickness untuk kebanyakan ibu mengandung. Alhamdulillah, so far takde pula rasa ape2x. Penat lebih, perut cramp, nak demam, cepat pening bila dari duduk tiba2x bangun tu ada. Saya baca tu memang symptoms dia. Kawan saya awal2x preggie dia kata selalu tidur kat office. Saya hanya mampu tidur time lunch hour je la. Memang rasa penat. Mungkin proses "itu" dah ambil tenaga kita kut. Nak kata tak makan, makan je. Nak kata sebab pelawasan sistem pencernaan, lawas je.

Tapi lately husband demam teruk. 2 ari lepas muntah bukan main lagi. Katanya bila hidu bau saya je dia rasa nak muntah. Eh? Die ke yang alahan? Ohmy! Saya perasan juga bila dia cuba dekat dengan saya, terus dia berlari gi bilik air muntah. Sampai dah takde menda nak muntah, muntah air je. Kesian dia. Saya rasa macam... #$%^&*(@#$%^ tak bestnya kalau alah takleh bau suami/isteri. Okay. Semalam saya try tanya husband balik, alhamdulillah, ok dah. Boleh bau macam biasa. TAPIIIII............. taktau la kan sebab 1 hari die tak makan semalam. Takut kalau makan nanti muntah lagi sekali. Teruk betul demam dia.

Biasa saya jaga dia, peluk dia time2x dia demam ni. Suami saya memang manja tambah2x bila dia tak sihat. Boleh kata manja lebih dari saya yang pregnant ni. Saya pulak takut jugak kalau berjangkit sebab saya tak boleh demam. Takut effect baby. Plus kalau demam, saya xboleh makan ubat. Tapi saya lakukan juga untuk suami. Bagi makan ubat, selimut badan dia tebal2x, tepuk and peluk dia sampai tidur baru saya boleh buat kerja lain. Penat sebenarnya bila husband sakit, sebab semua bnda kita kena buat sendiri tambah pulak sekarang berbadan dua. Yes. itu bukan alasan saya. Tapi penat sebab sekarang badan memang cepat sangat penat. Rasa lemau je. Hopefully husband saya tak alah ape2 la. Kesian pulak dia. Kalau saya yang alahan takpelah. Ada orang nk tolong jaga. Kalau dia alahan, mati la saya. Dengan diri sendiri pun tak terjaga.

Dugaan sebenarnya. Hari2x saya minum susu sekarang, nak bagi ada tenaga, ada lebih kalsium so that badan tak cepat rasa sakit2x. Takde rasa sakit tulang belakang ke ape ke. Saya rasa nanti nk checkup kena minta doctor supplement la. Rasa sangat tak larat sekarang. Everyday travel jalan jem pun saya rasa macam.. Damneddd! Saya hope hari ini demam husband saya dah baik. Hope sangat. Saya memang tak boleh tengok dia sakit sebab rasa macam kesian. Hope sangat arini dah okay. Amin.



Photobucket

6 comments :

Siti Farhanna Suharman

Sensitif dengan ayat bestnye jd housewife sepenuh masa..jadi housewife tak semestinya lepak je..hati hati menulis..heeee..

Noor Hazirah

Besnye jadi housewife dalam konteks saya is bila saya ada masa lebih untuk suami. Ada masa lebih utk rht. Boleh masak. Boleh berkhidmat utk suami. Jaga time sakit. Besar ganjaran seorang isteri yang menjadi surirumah. Sptotnye a housewife has to be proud of themselves :)

Anonymous

betul betul, for me housewife patut bangga dapat jadi housewife sepenuh masa, bukan terasa dia jadi housewife dia byk melepak. at least, byk masa dia dekat rumah. dia dapat focus hal rumah. dapat berehat lepas siap kerja rumah. malah pahala byk. :)

separuh masa housewife ni yg kesian, mana nak kerja. mana nak jaga anak. mana nak buat kerja rumah. last2 jadi weekend housewife. weekdays rumah tunggang langgang.

Noor Hazirah

Betul. Kdg2 rs penat kerja. Ish. X baik merungut. Tp bes jadi housewife. Ada masa lebih utk handle family. Tp nk jd housewife.. husband kne have a really strong financial status la kn.

Anonymous

Same happen to me.. Masa awal2 pgnent 1st baby.. Hubby dok kata i busuk... Nangis jak.. Tp bila baby kluar sebijik muka hubby yg dia dok ckp i busuk dulu...hihi. . But i sepjg pgnent 1st baby tiap2 hari menangis bcoz asyik teringat arwah pas tu ingat baby rupa arwah tp bila dh keluar sebiji org yg ckp..ummi busuk lh.. Walid tak tahan...sabar aje masa tu

Noor Hazirah

aa. ramai orang cakap cmtu. bila suami alahan nnti anak byk ikut muka suami. hehe. kadang2 gurau dengan dia, Allah nk uji abang sebab perangai abang ke sbb perangai saya. hehehe. sbb 22 keras kepala. LOL. bila cakap je kalau dia alahan nanti anak ikt muka dia, happy je. nyampah. ehehehe :p

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP