We have scanned !
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
My husband decided to scan my belly on 12th. Dia cakap kita pilih 12hb la since last period is on 12th Nov. Kalau ikutkan perkiraan bulan, delay 2 bulan. Tapi kalau ikut perkiraan minggu, dah 8 minggu 6 hari which is now already turn 9 weeks la. Layankan je. We went to klinik panel to scan the baby. Sebenarnya kami tak pernah lagi scan, dulu doctor just confirm je. So semalam baru la pergi scan and see what's actually inside.
Sebelum ni pun saya dah penah scan dah rahim saya because of cyst. Saje nak check tahap cyst dalam rahim because some ppl said that cyst is one of the disease penyumbang kepada ketidakhamilan. Tapi time tu check before kahwin lagi. Sesaje, dah nama panel, guna je la kan. LOL.
Bila doctor scan, it looks like this:
Dulu masa check cyst, kosong je rahim. Sekarang tiba2x macam ada something. Subhanallah. Cantik sungguh kejadian. Bila tengok macam ada something, me and my husband rasa kagum sangat. Alhamdulillah. Dah ada fetal beats. Doctor bagi saya dan husband dengar dan tengok sendiri dengan mata kasar kami. Sungguh mengagumkan. Alhamdulillah doctor kata normal dan dalam rahim. Normal is when it's been built in a normal way as a normal fetus sebab ada juga yang menjadi kandungan anggur. Nauzubillahi min zalik. Alhamdulillah. Semoga semuanya selamat. Semoga kurniaan Allah ini menjadi seorang yang soleh/solehah.
Husband excited bila dapat tengok sendiri depan mata. Still tak puas dengan result doctor when he said that I am pregnant without seeing the physical thing like this. Okay. Sekarang dia rasa lega dan teruja sangat. Alhamdulillah. Semoga semuanya baik2x sahaja. Amin.
Kandungan dah masuk 9 minggu. Kalau ikutkan sickness start at week 8. Tapi alhamdulillah, setakat ini saya tidak mengalami ape2x alahan, mengidam yang bukan2x. Its just a normal period, normal life I am having. Cuma few days ago husband saya yang makan je muntah, makan je muntah, demam teruk. And he strongly feels that dia yang terkena alahan. Tapi sekarang we both okay! Alhamdulillah. Tapi taktau la kan selepas ni macam mana. Takpelah, ape nak jadi, jadi la dekat saya. Taknak la husband and our baby suffer. Biar saya rasa pun takpe.
Husband dah mula berkira2x dah anak perempuan ke lelaki. Macam2x la karenah lelaki ni kan. Diorang akan lebih excited berbanding kita. Kalau ikut apa orang cakap, bila lelaki yang alah, akan dapat boy. Bila scan, fetus sebelah kanan, lelaki. Macam2x andaian. As for me, biar semuanya sihat, saya sihat, dia sihat, baby sihat, cukup lah. Sekarang cuma sangat cepat rasa penat and kerap sangat pee. Sampai 1 malam boleh bangun 3-5 kali just for pee. Itu la pengalaman saya which doctor pun cakap benda yang sama. So for those who are having same symptoms like me, normal la tu :)
P/s: Mungkin ada orang akan kata poyo. Tak peduli pun. I am sharing to those who are interested to know the progress of pregnancy. Bukan niat nak menunjuk, tapi lebih kepada perkongsian pengalaman. Nauzubillahi minzalik. Semoga saya tidak tergolong dalam golongan yang riak. Doakan semoga semuanya berjalan lancar ye. Thank you!
2 comments :
yg baca pun teruja ok.. hihi.. :)
hihihi. semua m2b mesti teruja :)
Post a Comment