Showing posts with label Doorgift. Show all posts
Showing posts with label Doorgift. Show all posts

Friday, August 3, 2012

Project DIY : Doorgift

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Ramai sangat yang duk DIY kan. Hehehe. Saya takdela reti mana nak DIY macam2x. (serius takde masa nak DIY). Tapi benda2x yang perlu buat sendiri tu, buat la kan.

Project DIY saya kali ni.......... jeng...jeng...jeng...
Mendekorasikan doorgift saya. Doorgift saya seperti post2x sblm ni, (refer here)
Beli botol jar kosong, kena lah deco sikit2x. Takkan nak bagi botol jar togel je. Macam very tak welcoming!
Godek punya godek, shopping punya shopping, last sekali decide nak balut jar dengan some sort of riben besar seakan2x kaler purple (yela, tema kan purple)

Ini dia process pertama dimana saya telah membalut botol jar saya dengan riben yang baru beli kat kedai. Happy sebab dia warna purple! *rolling eyes*
Nak bagi lekat, saya guna glue gun. Jadi la macam ni:





Untuk taknak bagi nampak terlalu kosong, saya dengan kerjasama ibu tersayang decide nak letak bunga diatas penutup jar tersebut. Bunga ni kami beli kat kedai home deco je kat Melaka. Murah je sbb sekarang memang tengah stock clearance.



Purposely amik purple sbb nak ikt tema tapi ibu suruh tambah warna maroon utk naik seri sikit. Berbekalkan glue gun, bunga itu akhirnya selamat ditampal di permukaan penutup jar saya dan hasilnyaaaaaaaaaaa

Taaaaaaaaaaaaaaaaaddddddddddddddddddddaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa:










Siap pun doorgift saya. Tunggu masa nak masuk isi je lagi. Senang je. hahahaha. ok. See ya!




Photobucket

Wednesday, May 30, 2012

Botol Jar for doorgift

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

I want to reveal something.. Rasa keterujaan pulak bila baca post b2b di facebook. Baru ada mood untuk share persediaan menempuh alam seterusnya. Alam yang diredhai oleh Allah. Sebagai permulaan, yang penting sekali setiap b2b macam saya kenalah budget berapa anggaran majlis yang anda akan buat. Tak boleh lebih dari budget.. Kalau terkurang.. alhamdulillah.. :)

Sekarang saya berniat untuk reveal doorgift saya. Tapi belum buat doorgift lagi.. baru beli bekas dia. Saya teringin nak buat macam trend zaman sekarang.. Bagi goodie bag in term of jar. Saya pun cari lah mana yg saya boleh dapat murah since saya pn tak nak byk. Bukan nak seribu pn.. tapi kalau biasanya diorang mesti charge mahal skit kalau taknak amik pukal 1000pcs.

Cari punya cari punya cari, alhamdulillah, dengan berkat usaha yang ada.. terjumpa la 1 blog menceritakan detik2x dia beli jar murah.. Credit to Shakina Farhan for your sharing dear.. sangat membantu saya untuk melaksanakan impian saya.. Saya dah compare 3 tempat yang ade jual jar ni..


Jar seperti diatas terdapat di Ikea dan Nilai dan mungkin jugak terdapat di mana-mana kedai lain yang invisible di mata saya. hehehe. ok.. Jom kita compare harga pulak.. Antara Ikea dengan Nilai
(ala.. mesti korang dah boleh agak jwpn dia kalau compare Ikea ngn Nilai)

Ikea : RM1.70
Nilai : RM0.80

Beza kan? Ok.. jom compare dengan jar yang saya beli pula..

 (1)

(2)

Saya gunakan (1) sebagai doorgift utk VIP yang datang while (2) saya bercadang untuk bagi kepada para tetamu.. Besar sama sahaja cuma bentuk sahaja berbeza. Mana lagi cantik dengan yang ade kat Ikea n Nilai seperti diatas tadi? hikhikhik..Untuk VIP saya hanya memerlukan dalam 100 je bentuk hexagon manakala saya beli dalam 450 ke 500 ntah, lupa.. untuk yang num (2).

Harga untuk jar yang saya dah beli ni adalah seperti berikut

(1) RM 1.30 (+ penutup gold)
(2) RM 0.75 (+ penutup gold)
There is slightly different in term of price of that penutup botol..

Gold = RM0.19
Putih = RM0.14
Tapi harga yang saya quote kat atas dah termasuk harga jar + penutup dia sekali. Alhamdulillah.. murah skit.. actually yg saya amik ni size besar skit tau. depends on you. ade banyak size. yang biasa orang amik tu RM0.68 perpiece. Depends la. Still murah kan? and lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii besar daripada yang dekat Ikea and Nilai. Nak tau tak mana saya beli? Jeng.... Jeng.......... Jeng!!


 No. 52, Jalan Puchong Mesra 1,
Plaza Puchong, Batu 7 1/2 Jalan Puchong,
58200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +60 3 80763311
Fax: +60 3 80763300 

Business Hours:-
8:30am - 5:30pm (Monday - Friday)
8:00am - 1:00pm (Saturday) 

Korang boleh telefon sendiri la. Diorang ni sangat friendly.. U can save a lot by having bigger jar.. Nanti tunggu saya deco dulu tau! :)



Photobucket

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP