Monday, July 29, 2013

Highly recommended confinement set (loose item)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Fuh. Another 20 days to go. Menanti hari-hari untuk melihat baby kesayangan sangatlah mengujakan. Sebenarnya tak sabar. Dekat2x nak due ni makin malas rasa nak kerja. Hahahahaha. 

Harini saya nak bercerita tentang set berpantang. Mulanya saya langsung tak terpikir nak sediakan benda alah semua ni. Until one day, I have a chat with my long lost friend yang tengah tunggu due jugak sekarang. Dia tak banyak tanya saya preparation baby tp more to confinement preparation and I was like... "BLANK!"

Saya ingatkan pilis semua nanti bidan la sediakan. Yang lain2x ingat nak ambil supplement shaklee je untuk breastfeeding. Rupanya banyak lagi bendaaaaaaaaaaaaa yang saya kena belajar and I take about half day to google everything about confinement. You have to take note too! Badan kita bukan nak guna 2 or 3 tahun je. Haruslah jaga sampai akhir hayat. Pengikat kasih sayang suami isteri tu. Hehehe. Takdela. More to jaga kesihatan and nak nampak muda and kurus balik seperti zaman bujang la of course kan.

After survey some brands, I have come out with 3 best brand which is Nona Roguy (NR), Tanamera dan Amway. Saya survey satu persatu kelebihan set confinement dari NR, Tanamera dan Amway.  Tapi after having discussion with my friend, she has came out with the list of HIGHLY RECOMMENDED CONFINEMENT SET. Sebetulnya korang boleh je beli satu set terus tapi ada setengah orang tak guna semua set tersebut. So we have come out with the list of the best recommended confinement set. Tapi korang kena beli loose pack la. Ni based on survey and based on pengalaman kawan-kawan sebelum ni.


Bengkung Mak Bidan (d'Herbs)  
Harga : RM32.00 
Diperbuat dari kain belacu asli yang bermutu tinggi dan selesa digunakan. Mempunyai diameter yang besar, panjang dan mampu menutupi seluruh perut bermula dari bawah payudara hingga ke pinggul. Mudah digunakan walaupun bersendirian kerana mempunyai 2 ikatan tali. Boleh digunakan walaupun tidak di dalam pantang untuk mengekalkan kecantikan bentuk badan. Penggunaan berterusan bengkung Mak Bidan ini dapat merapatkan Otot Vagina. Membentuk kembali pinggul wanita yang kembang selepas bersalin kembali cantik persis anak dara

Serbuk Barut Herbanika/Krim Barut  
Harga: RM47.00 
Dapat membantu mengembalikan bentuk tubuh wanita, mempercepatkan aliran keluar darah kotor, mengecutkan pinggang, melembutkan urat-urat pinggang dan punggung. Jika mengalami kegatalan semasa menggunakan bersama bengkung, berhenti sekejap berbengkung dan sapuan herbanika barut. Hanya guna minyak herbanika sahaja. Ini adalah kerana kotoran yang keluar dari liang roma dan angin meroyan resdung yang banyak keluar. Digunakan  dua kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi  dan pada sebelah malam (sebelum tidur). Picit sekurang-kurangnya 2 inci Krim Herbanika Barut dan sapukan ke sekeliling perut dan pinggang serta bahagian yang dikehendaki. Kemudian ikat dengan mengunakan kain barut.  
Minyak Berubat Herba 
Harga: RM 30.00
Melegakan ketegangan urat saraf, otot-otot sendi dan tulang. Membantu mengurangkan sakit kulit, alahan, panau dan alergi. Juga lebam dan sakit mata. Membantu mengubati selsema, lelah, batuk-batuk, paru-paru kembang dan basah. Resdung (sinus), sakit gusi dan gigi. Sakit telinga, luka-luka parah, bengkak-bengkak akibat gigitan serangga. Sakit senggugut dan urutan selepas bersalin. Sebagai penyegar dan pelembab di bahagian sulit dengan mengeluarkan lendir yang kotor dan berbau semasa haid. Kesannya anda terasa segar, bersih di tempat sulit. Mengembalikan kekuatan tenaga kelakian dengan mengamalkan tiap-tiap hari sebelum tidur. Membantu merapat dan merapi saluran faraj apabila bersama suami dengan mencuci faraj dengan uncang cuci/bara gel yang dicampurkan dengan air suam panas sehingga bersih. Apabila kering, sapu Minyak Berubat Herba ke seluruh ruang faraj hingga ke ruangan salurannya. Ia dapat mengubati luka-luka dan bengkak-bengkak tisu yang berlaku ketika bersama.

Minyak Herbanika  
Harga: RM62.00
Digunakan secara tradisional untuk kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin, menguatkan otot, melegakan batuk dan sakit anggota badan dan sendi, memperlancarkan peredaran darah dan mengurangkan kahak. Sapu Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha. Sangat mujarab digunakan untuk urutan. Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat selesa.
Pil Phytonatal 
Harga: RM110.00
  
Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan. Melawaskan pembuang air kecil & besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angin. Mengimbangi kembali sistem badan. Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan.Based on review, very recommended untuk mengatasi masalah sembelit.  


VCO Tanamera  
Harga: RM 34.00
Minyak kelapa dara telah digunakan sejak beratus tahun sebagai penawar semulajadi untuk persediaan memudahkan proses bersalin. Penggunaan minyak kelapa dara amat disarankan bagi ibu-ibu mengandung untuk disapu dan urut pada kawasan perineum supaya kawasan tersebut lembap dan lembut, juga diminum beberapa minggu sebelum melahirkan. Langkah-langkah ini untuk membantu memudahkan proses melahirkan tanpa sebarang koyakkan faraj. Minyak kelapa dara juga boleh diguna untuk elak rekahan kulit dan elak sembelit sebelum dan selepas bersalin. Kesannya memang menakjubkan!

Herbal Bath Tanamera  
Harga: RM 26.50


Campuran herba-herba tradisional yang kaya dengan pati minyak dan berciri anti-radang dan memanaskan badan cara semula jadi. Menyegar, memulihkan tenaga dan menghilangkan bau badan. Melegakan otot-otot yang lesu dan tegang, dan meredakan masalah kulit yang ringan. Menggalakkan pembuangan angin dan air yang berlebihan dalam badan
Brown Soap Tanamera 
Harga: RM15.00

Membuang sel-sel kulit yang mati dan merangsang peredaran darah. Merawat masalah kulit secara menyeluruh. Berkesan dalam menanggalkan tompok hitam pada leher, ketiak, paha, perut dan melegakan ruam kulit.
Uncang Cuci Herbanika
Harga: RM90.00
Ia merupakan anti septic yang dapat membantu mencuci kotoran, menghilangkan bau busuk, anti fungal, cepat menyembuhkan luka bersalin dan menyembuhkan buasir yang disebabkan oleh proses meneran ketika bersalin. Membantu mengeluarkan darah nifas sepenuhnya semasa 2 minggu berendam. Darah nifas yang tidak habis keluar akan mengundang masalah hormon pada masa akan datang (penyakit melunai). Jika tidak diubati penyakit ini akan berlarutan


Set Breastfeeding Shaklee 
(Trial set. Last for 1 month)
 Harga: RM80.00

Bertindak sebagai milk booster.
- Consist of Alfalfa, Vitamin C, Vitalea and B Complex (for 1-month supply). 

Jom kita pakat beli untuk berpantang. Set ni dah boleh cover cara pantang orang lama-lama. Mandi air rebusan daun la ape la. Mengarut je semua tu. Hahaha. But if you insist of doing it the old way. Why not :)
Hope this knowledge will help u in your confinement journey. InshaAllah. :)

Kalau nak tempah, boleh la layari page berikut. Lowest cost I'd surveyed.


Photobucket

6 comments :

Anonymous

Bg i yg important makcik urut.. I dulu dpt bidan kampung yg bagus after mandi baby buatkn pati kunyit dan i tak mkn jamu pun.. Just shaklee suplment..skrg bidan kmpg dh demand arga.. Area i di kuala pilah pn dh smpai rm 40 .. Tp kn booking awal.. U better cfirm bidan sb my case dh bsalin 2 weeks br dpt bidan..

Anonymous

indeed ;)

mummy

salam..dear..nak tanya ...set breastfeeding shaklee tu bila masa yang sesuai untuk ambik ye... ? :)

Gieya Empire

@anonymous - tu la dear.. i dlm ms 4ari start mengurut. alhamdulillah..

@eamy milea - set breastfeeding shaklee i start consume just after deliver. :)

Unknown

Salam.. bleh x amik phytonatal bsama omega dan alfafa cmplex?

Gieya Empire

boleh je rasanya sbb penah dgr org amik ok je :)

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP