Wednesday, December 5, 2012

Husbter demam :(

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Hari ini dah masuk hari kedua suami saya demam. Semalam nampak macam okay. Tapi dia mengadu dah hilang deria bau. Saya bagi makan ubat klinik saya. Pagi tadi suami saya hantar saya pergi kerja. Sebab semalam dia stay all night long watching Arsenal match. Rasa tersentuh sangat.

Pukul 5.15 dia dah tunggu saya kat lobi. Nampak still okay. Muka tak bermaya tapi still gagah lagi boleh ambil saya di Bangsar. Balik solat Maghrib tadi, dia dah nampak tak bermaya sangat. "Sayang, abang tak larat lah". Harini tak pergi kedai. Saya dah siap masak makanan kegemaran dia. Dah beberapa hari saya tak masak untuk dia. Dia mandi, solat Maghrib. Then kami sama-sama makan tapi dia makan sikit je since takde selera, takleh bau, takde rasa sebab deria bau dan deria rasa dah tak function because of the flu. Kesian dia, dia mengadu lapar. Kesian dia. :(

Saya bentangkan comforter, dia cakap dia nak baring depan tv. Saya selimutkan dia dengan 2 helai comforter tebal. Tidur dengan sweater plus 2 thick comforters. Still rasa sejuk. Saya urut seluruh badan dia since dia cakap badan rasa lenguh2x. Bila demam seluruh badan kita akan rasa lenguh. Sendi2x semua rasa lenguh. Urut sambil selawat dan baca ayat kursi sambil hembus perlahan2x. Mungkin badan lemah.. Saya tepuk dia sampai tidur. Saya tuamkan air suam ke kepala, bagi towel tu serap panas badan dia. Sekarang suami tengah tidur. Bimbang sangat tengok dia macam tu. Bukan selalu dia macam tu. Ye la, selama ni kita dapat tengok je dia demam, dapat nasihat suruh makan ubat. Bila dah duduk satu bumbung, kita nampak, kita rasa, kita prihatin. Takut pun ada.

Tapi suami saya jenis rajin juga nak telan ubat. Tak macam saya. Semoga suami saya cepat sembuh dan boleh bergerak, boleh senyum macam biasa. Amin. Love him so much!



Photobucket

4 comments :

محمد رازيق

wah. sweet. hehe. apepun jaga husband. kasi ubat. hehe. untuk husband dapt wife rajin. salam kenal.

Noor Hazirah

thnk u awak :)

Anonymous

try check kat doc, symptom seperti denggi

Noor Hazirah

@anonymous - tu la.. kalau tak baik lagi arini, nk bwk g jmpa doctor.. dia yg xnk g jmpa sebenarnya! adeh

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP