Wednesday, October 10, 2012

Fasa kehidupan baru dari seorang cik kepada puan..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Salam,

It's been awhile since I last updated my blog.
Busy dengan persiapan perkahwinan.

Friday, Sept 28, saya telah sah menjadi seorang isteri kepada tunangan saya, Mohd Fakhorazi bin Samsudin. Let me share with you my stories. Saya start cuti hari rabu. Maklumlah, anak sulong. Limited workforce. Semua nak kena buat sendiri. Kemas sendiri. Beli barang sendiri. Jumpa tok kadi pun sendiri. Agih kad kahwin pun sendiri. Penat kan? Tapi nak buat cmne. Saya kena faham bahawa saya dah xd ayah. Nak harap ibu sorang, ibu pun busy dengan hal dia. So, lagi better kalu saya buat sendiri semua sampaikan ibu pun terasa dengan saya sebab saya banyak buat sendiri tak bagitau dia.

Lots of thing happened sebenarnya. Cut it short, semua orang pressure kenduri kahwin tambah pula anak sulong pulak tu. Sebelum majlis akad, saya pergi dekat ibu, saya ambil tangan ibu, salam, peluk and cium ibu, minta maaf sebelum tanggungjawab itu beralih ketangan orang lain. Saya sebak bila ibu menangis. Ibu peluk saya, "ibu cakap ibu sayang kakak. Ibu tau akak pressure.."
Sebak, seriously sebak.

Majlis akad nikah berlangsung seperti yang dirancang. All set! Cuma regret sikit sebab time akad, tok kadi tak panggil saya keluar dari bilik. Nasib la ade microphone, boleh juga dengar en suami akad dengan jelas. Alhamdulillah.. cuma saya tak dapat dengar lafaz taklik. and ibu nk buat lafaz sakinah pon tak dapat nk buat. so a bit regret. But overall, saya puas hati. dengan kerjasama semua family, videographer dan photographer saya.

Sekali lafaz beb! hehe. Alhamdulillah.. Semuanya selamat..
Nak cerita balik moment bila dah sah bergelar suami isteri. Mula2x tu still rasa macam couple. Macam takde tanggungjwab. Tapi bila dah abes mjls resepsi, alhamdulillah. Mula rasa tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Bila kami imbas balik zaman dulu kala, rasa macam, tak rugi sebenarnya kahwin awal. Tapi, ntahla. Depends pada orang juga la kan.. Ape perbezaan between sebelum dan selepas kahwin? Banyak sangatttttttttttttttttt beza! Bila bercakap pasal kahwin, jangan pula fikir nafsu je semata2x. Ntahla. Honestly mind saya tak fikir nafsu pun untuk kahwin. Tapi more or less untuk mendapatkan ikatan yang halal. Ntahla, saya macam takut sikit bila dah couple lama2x.. makin hanyut.. makin hanyut.. nanti saya buat dosa, arwah ayah saya kena tanggung.. Tambah pula bila arwah abah sedih, dia akan muncul dalam mimpi cik (grandmother). So saya macam takut sikit bila jadi macam tu. Sekarang, apa nak jadi pada kehidupan akan datang, saya serahkan kepada Allah swt untuk tentukan. Yang saya tahu, arwah abah dah lepas tanggungjawab untuk menjaga saya, mendidik saya, menanggung dosa2x saya dan saya rasa sangat LEGA.

Bila dah kahwin, even tengok suami pun satu pahala. pegang apatah lagi. Kalau tak kahwin, semua adalah dosa. Sekarang saya rasa life saya macam baru bermula. Reset to zero. Dosa saya dah jatuh pada tanggungan suami saya. InshaAllah, saya akan berusaha untuk jadi yang terbaik untuk suami saya, jadi anak yang solehah untuk arwah abah saya.. dan jadi kakak yang terbaik untuk adik2x saya. Semoga Allah sentiasa merahmati keluarga baru dan keluarga besar saya. Semuanya saya lakukan lillahitaala..

Doakan kebahagiaan kami ya! Muah!





Photobucket

4 comments :

MiSsJue

SO SWeet! Semoga bahagia dear! :)

Gieya Empire

thnk u jue! u too! very soon hehe

Aida & Riana

sweet nye pic..malu2 kucing gitu..tahniah dear

Gieya Empire

hehe. thank you fainie.. :))

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP