Friday, January 24, 2014

BM & FM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Fakhira has turned 5 months last week. Boleh kata hari2x rindu anak. Suami pun sayang dan rindu juga tapi untuk anak portion tu lebih. Hahahaha. She's my angel. Sungguh besar dan bermakna Allah bagi nikmat untuk saya rasa mempunyai Fakhira. Dia anugerah buat saya.

Baru-baru ni ada isu mengenai breastfeeding? Kenapa breastfeeding ni selalu disalah erti untuk ibu-ibu yang mengamalkan susu formula? Saya ada share 1 ilmu di fb mengenai solid food and I got that statement from my aunt which also paed. I told them that baby who is currently on BM demand kena start bg solid food after 6 month will baby yang mix between BM and FM or fully FM boleh bagi seawal usia 4 bulan. I am not a PAED but I just share to people, to mommies untuk pengetahuan semua. Sebab ada yang so called kata "anak dah ready untuk makan". Kita taktau anak kita perut die tahan atau tak. Semua orang nak compare dengan zaman mak ayah diorg dulu. As for me, I go for the new technology, the do's n the dont's from paed sendiri.

Ada pulak orang condemn saya kata mcm saya ni fully bfeed sangat. Tell you the truth, seawal usia anak saya 3 hari, anak saya disahkan ada jaundice. What shud I do when hospital suruh admit anak masuk wad. And there is no space for mommy to stay there unless u pay for another wad for yourself. Saya still datang every 2hrs utk feed my baby but if saya terlambat, nurse bagi FM dekat anak saya sebab dia lapar, menangis. Takkan saya nak tahan? Yes, orang kata pump then hantar ke hospital untuk stok baby susu. And you know what, I had pumped my breast for about 2 HOURS just to get 2oz of BM. I sent to ampang puteri the 2oz at almost 4am.

Sesiapa ibu pun akan sedih bila kita ada keinginan untuk menyusukan anak tapi susu tak semeriah orang lain. But at least I TRY. Keesokan harinya baby dah boleh keluar wad. Saya still direct feed my baby to get full nutrient and of course immunity from BM. And yes, I still feed her with FM sometimes but only when I think that my milk is not enough tapi bukanlah everyday. The FM continues rasanya selang 2hari kut tapi saya limitkan hanya 1x penggunaan FM sahaja sehari. My FM tak luak sangat pun at last, after a week saya buang the whole FM dalam tong sampah untuk membiasakan baby dengan susu ibu.The journey of fully breastfeeding started after a week of delivery.

2 weeks before saya masuk kerja balik after 2 months confinement, saya start untuk buat stok susu. Sebenarnya salah konsep saya ni. Sebenarnya you have to start buat stok seawal yang mungkin so that stok susu korang banyak n banyak n banyak. Tapi alhamdulillah, berkat usaha saya anak saya memang fully breastfeed sekarang. HANYA bergantung pada susu ibu. Bukan intention saya untuk BERLAGAK "oh.. anak minum susu ibu" NO. dont misunderstood. I am GLAD because I am able to fully feed her dari usaha keras saya selama ni. Bukan saya kata yang suap FM tak berusaha keras. Tapi saya percaya, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Sebab saya pernah lalui situasi susu tak keluar. you just imagine pump for 2 hours to get 2oz of BM. Which now I can get less than 10minutes. or maybe 5 minutes.

Nipple melecet, yes, sakit sangat! Setiap ibu yang breastfeeding memang akan mengalami nipple melecet. Memang sakit. Sampai bila time menyusu anak, kena pejam mata sambil ketip bibir. Saya pernah try banyaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkk milkbooster and at the end of the day, setakat Fakhira berumur 5 bulan ni the greatest achievement saya pernah dapat 20 1/2 oz a day. Untuk ibu yang meriah susu mungkin 20oz tu biasa la kan.

Setiap orang lain situasinya. SEPATUTNYA ibu yang FM tak boleh condemn ibu yang BF. Saya tak pernah condemn pun sbb saya sendiri penah feed my baby with FM a week after delivery. Tapi bagi saya, saya perlu berbangga dengan usaha keras saya selama ni nyata berbaloi untuk anak kesayangan saya. Salahkan untuk saya bangga dengan effort saya? Macam2x orang saya tanya. Dari breastpump spectra saya tukar ke pump medela fs untuk giatkan proses pump. Pump dalam kereta tu dah menjadi rutin setiap kali balik kerja.

Alhamdulillah, after all anak saya still on BM demand. With Allah's will. If Allah tak bagi pun saya sebagai hamba nak kata apa kan? Pernah terfikir untuk bg FM blk sebab rasa mcm x ckup stok tapi sebab ransangan dan dorongan dari suami dan kawan-kawan, alhamdulillah, saya berjaya untuk say NO to FM.

Orang kata ape pun beza FM and BM. Afterall, they are all milk. BM and FM if you tanya paed mana2x pun akan cakap it does make a different. Tak perlu saya terangkan pun sebab saya bukan paed. If Allah bagi rezeki, jgn sia-siakan. If takde rezeki, FM pun tak pe. No big deal lah. :)

Preparing for solid food pulak. Hope lpas dah makan solid food kira minum susu makin kurang la kan. hahah.Boleh tambahkn stok lg :)





Photobucket

2 comments :

Liana Manjaku

masa anak pertama dah banyak kali terasa bila akak xde susu. Bila orang kutuk2 ibu yg bagi FM kat anak tanpa rasa kasihan... Tapi bila anak ke-2 akak siap awal2 dan Alhamdulillah dapat susukan anak sampai 2 tahun walaupun bukan fully. Sama ada BM atau FM sama2 wanita kena jaga perasaan orang lain gak.

lovely red

Masa bagi fm tu feed pakai botol tak?baby tak keliru puting ke masa nak feed breastmilk

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP