Hubungan suami & isteri
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
Mendengar luahan seorang isteri semalam rasa pilu sangat. Semalam, we met a lady, she got a problem with her husband. Mungkin dia tidak tau dimana untuk mengadu, kepada siapa untuk mengadu. Saya tak mau cerita panjang, saya tak mau bukak cerita, mahupun ape2x sekalipun. Life sebagai suami isteri memang ada kalanya manis, ada kalanya pahit. Walaupun saya baru setahun jagung dalam berumah tangga. Saya sendiri pernah merasa manis nya dan juga pahitnya tapi mungkin pahit yang saya alami tak sepahit hempedu orang lain.
Isu suami curang. Nauzubillahi minzalik. Mohon simpang malaikat 44. Sekadar share untuk renungan bersama. They'd been together several years. Pernah happy macam kami suatu ketika dahulu. Pernah gelak tawa macam kami satu ketika dahulu. Pernah romantik lebih dari kami suatu ketika dahulu. Tapi all I can see now is something upside down. Apa yang perlu ada pada seorang isteri untuk memikat hati suami. Kadang saya fikir juga. Isteri cantik, cun, putih, gaya dah macam Jue Aziz tapi tetap curang. Saya? Yang makin comot, gemuk gedempol.. mintak simpang YaAllah.
Hubungan suami isteri itu indah bila kita compare dengan pasangan yang indah. Bila kita ambil iktibar dari pasangan yang kekal sampai ke tua. Kenapa? Apa yang saya perhati sekarang dunia berbeza. Manusia atau pasangan yang paling saya sanjungi dan saya hormati dan saya wish satu hari nanti akan jadi seperti mereka ialah toki dan cik saya. I can say that they were together for about 60 years. Still together. Still argue manja. Saya percaya pada 1 benda bahawa jika seseorang itu taat kepada perintah Allah, jaga hubungan dengan Allah, nescaya Allah akan jaga hubungan mereka suami isteri.
Orang lelaki selalu kata, "isteri kongkong la, takleh kuar lepak la, tinggal isteri sorang2x tengah malam la". Tapi bila saya compare dengan cth yang ada di depan mata, kenapa kita tidak berusaha untuk jadikan hubungan itu hubungan yang menarik. Saya tengok atuk saya takkan tinggalkan isteri bila siang berlabuh tirai. Kalau mereka nak keluar (solat jemaah dimasjid) mesti akan keluar berdua. Bukankah itu bahagia? Tapi kalau lelaki ni tidak dikongkong, pun tak boleh jugak. Pendapat saya lah. Lelaki perlu dikongkong untuk mereka tau batas mereka sebagai seorang suami. Kalau kata sebab kongkong jadi stress, kenapa perempuan itu tidak pernah langsung mengongkong suami tapi suami tetap curang. Nauzubillah
Solat sama2x. Itu dapat mengeratkan lagi kasih sayang sebagai seorang suami isteri. Toki dan cik kedua-duanya pakai tongkat. Tapi dari saya lahir sampai sekarang, saya tak pernah tengok mereka solat bersendirian. Dulu masa kaki boleh berdiri, mereka solat berjemaah sambil berdiri. Sekarang dua-dua dah tak larat berdiri, kedua-duanya solat berjemaah sambil duduk. Begitu tawadduknya mereka pada yang Esa. Mungkin sebab itu Allah rapatkan hati mereka berdua. Tapi orang muda zaman sekarang, kadang-kadang isteri kena tegur suami untuk bersolat. Bila ditegur, kena marah. Bila ditegur, macam2x alasan. Okla, baguslah kalau tegur tu buat. Tapi yang menipu buat tapi sebenarnya tak buat? Itu kesilapan manusia yang kita sendiri kena muhasabah.
Isteri melahirkan anak. Isteri membesarkan anak-anak. Isteri memberikan kasih sayang lebih pada anak2x. Isteri yang sanggup berjaga malam untuk menjaga anak2x. Dimana suami ketika anak menangis tengah malam. Tengah tido kroohh... krohhh... Kalau orang tua-tua. Saya ambil juga contoh toki dan cik saya. Pernah toki saya mengatakan "toki dok bulih kalau takdok cik mung" (toki tak boleh kalau cik tiada). How sweet they are. Seorang lelaki yang meletakkan darjat dan maruah wanita di tempat paling atas dalam hidupnya. Tiada yang lebih istimewa selain dari isterinya. Wanita yang telah melahirkan zuriatnya. Wanita yang memberikan makanan dengan tangannya. Wanita yang menjaganya ketika dia sakit. Wanita yang mendengar keluh kesahnya di saat tiada siapa yang membantu. Wanita yang sentiasa berada disisinya disaat senang dan susahnya. Ya Allah, betapa aku inginkan perasaan yang sebegini.
Seorang lelaki yang tidak lekang, tidak penat untuk mencari sesuap rezeki untuk anak dan isteri. Dapat RM5, bagi isteri RM5 untuk isteri uruskan makan pakai anak2x. Itu toki. Pernah toki bersuara dekat saya "duit cik, duit cik, duit toki, duit cik". Tapi mereka bahagia je? Sampai sekarang. Cik adalah minister of finance yang paling bagus dalam dunia. Takde pulak istilah "isteri control duit suami". Mereka bahagia sampai sekarang. Bila Islam dijadikan panduan, Allah jaga hubungan suami isteri.
Kenapa perlu cari yang lain sedangkan pada permulaanya kita yang pilih untuk bersamanya? Kenapa ada yang lain, tanpa kita berusaha untuk memperbaikinya. Dia bukan pilihan keluarga kita? Dia pilihan kita. Kita yang pilih untuk hidup bersama dia. Perempuan hatinya sangat lembut. Perempuan sebenarnya sangat penyabar. Kalau tak percaya, ujilah dia dengan pelbagai ujian dia tetap akan berada disisi suami. Perempuan even suami tak berduit pun tetap setia dengan yang satu tapi kenapa lelaki walau tak mampu bagi nafkah tapi kebahagiaan juga tidak mampu diberikan pada isteri, bagaimana?
Lelaki sejurus akad nikah, anda telah berjanji bukan dengan manusia, tapi dengan Allah swt bahawa anda akan menjaga, anda akan bertanggungjawab, anda akan menanggung semua dosa para-para isteri. Kita ada anak, sanggup kah kalau satu hari orang buat anak kita sepertimana kita buat anak orang? Nauzubillahi minzalik.
Cik dan toki menjadi inspirasi saya. Tiada manusia lain yang sempurna dimata saya melainkan mereka. Marilah sama-sama kita ambil iktibar dan mengikut teladan yang baik. Jangan kita bandingkan diri kita dengan pasangan yang terkebelakang. Bandinglah diri kita, muhasabah diri kita dengan pasangan yang jauh kedepan kebahagiaan mereka. Semoga hubungan kami, hubungan kita semua dirahmati, direstui oleh Allah swt. Segala perkara negatif minta Allah simpang. Nauzubillahi minzalik
wallahualam...
1 comments :
touching.... tapi sangat bagus. in shaa Allah harap kite pun jadi macam toki & cik. salam perkenalan
Post a Comment