Saturday, May 18, 2013

Tarik Mengkarung aka Simpul Biawak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Sekarang dah nak akhir2x trimester kedua ni selalu sangat kena tarik mengkarung. Kebiasaanya saya akan merasa sakit bila time tengah tidur. Ada satu hari ni, saya nak bangun subuh and nak siap pergi kerja, tiba2x je kaki kanan terus jammed. Sakit sangat. Saya cuba baring, tahan sakit, saya sendiri pun taktau macam mana nak hilangkan sakit tu tapi yang saya tau bila biar lama2x akan hilang. Saya baring sementara nak tunggu okay. Selang beberapa minit selepas tu, nak bangun mandi siap2x nak pergi kerja, tiba2x kaki kiri pulak terkena tarik mengkarung ni. Jammed terus pagi tu. Nak bangun je rasa urat sakit sangat. Terpaksa half day sebab kaki rasa lembik. Bayangkan satu pagi kena tarik mengkarung kedua-dua kaki. Bila dah boleh berdiri betul2x, lutut still rasa lembik sikit la. Korang pernah rasa tak macam mana jadi urat bila korang dah lama tak exercise. Macam tu la keadaan saya time tu. Anggota badan lain semua okay cuma kaki je urat tegang rasa macam "dah lama tak work out gym, pastu pergi gym workout gila-gila". Bayangkan urat rasa camane.

Pada mulanya saya tak tau menda tu orang panggil tarik mengkarung. Ada orang istilahkannya as simpul biawak. Saya memang tak tau until saya cerita dekat my husband dia cakap saya kena tarik mengkarung. Puas saya cerita sakit tu, sakit ni. Last2x dia kata kalau sakit cmtu biasa tarik mengkarung. Sepanjang 26 tahun hidup, ni la kali pertama kena tarik mengkarung. Sebab tu saya baru nak tau. Hahahahaha.

Dah 27 weeks ni, so far saya dah kena 4x tarik mengkarung. Usually kena pada kaki kanan. Orang cakap sebab kurang kalsium. Saya pun taktau la. Saya ni kuat minum susu. Takkan anak saya kuat tarik kalsium susu tu kut. Tapi orang kata untuk ibu mengandung memang biasa. Satu lagi dugaan. Tak mengeluh cuma bila kaki rasa lembik, urat sakit, rasa tak berdaya nak pergi office. Tambah pula pergi office, drive sendiri, banyak jalan jumpa orang. Manja kut saya ni. Abaikan. Hihihihi..

Macam mana rasa tarik mengkarung ni? Untuk yang tak pernah rasa macam saya sebelum ni, dia datang secara tiba2x. Tengah2x saya nak pusing position mengiring tiba2x time peralihan kaki tu, rasa kejang urat. Saya pada mulanya tak perasan bahagian mana yang rasa sakit sebab rasa sakit the whole leg. Rupanya tarik mengkarung ni rasa sakit dari betis sehingga ke tapak kaki. Tapi rasa dia dapat rasa the whole leg tu! Sakit macam mana? Orang panggil dia leg cramp. Bukan cramp yang macam korang dah lama duduk bersila lepas tu cramp, rasa macam semut-semut orang kata? Bukan macam tu. Tu geli namanya. Hahahaha. Ntah la nak terangkan macam mana. Nanti dah preggie tau la kut =P

Macam mana nak hilangkan atau kurangkan sakit tarik mengkarung ni?

1. Minum banyak air dan makan kacang bergaram (Pastikan garam ada walaupun sikit dalam makanan anda).
2. Banyakkan makanan berpotassium tinggi seperti pisang. 
3. Banyakkan minum susu, beras basmathi atau biskut bijan.
4. Tekan tapak kaki dan picit-picitkan agar cepat lega.
5. Picit ibu jari kaki sekuat hati untuk 60 saat. 
6. Picit bahagian pergelangan kaki. 
7. Tarik semua jari kaki.
8. Sapu minyak panas pada jari kaki dan atas kaki (dekat tulang-tulang kaki). 
9. Kalau anda sedang duduk, terus bangun dan cuba berjalan 
 (memang mulanya sakit, tetapi akan cepat hilang kalau anda bergerak).
sorg tukang urut pernah memberi petua
Jika betis kanan yg sakit,tekan dgn tumit kaki kiri pada tempat yg sakit tu, begitu juga sebaliknya jika betis kiri yg sakit.
 

Tapi kalau saya la kan, dah 4x kena termasuk malam semalam, bila sakit tu dah tak berdaya nak kejut husband, dah tak berdaya nak urut tapak kaki, redha je sampai dia hilang sendiri. Nanti boleh amalkan la lepas ni. Hope it helps any mommy to be out there. =)




Photobucket

4 comments :

Syima Syaz

sepanjang i preg dulu, i kena 2,3x jugak kot tapi sakitnya sampai 2,3 hari la so i paksa diri minum air yg ber susu.u kena amik kalsium dalam sukatan yang btl setiap hari... tak perlu susu utk maternal pun, atleast air dutch lady choc ke, strawberry ke atau any flavour.
maybe dalam bahasa klasik tu la yg u mention tu... hehehhe

Gieya Empire

Sakit wooo.. yg 1 ari tu kena 22 kaki tu yg x thn rasa. Tp gagahkan jugak gi kerja.

nurdani

dulu saya kerap kena tarik mengkarung ni. perit betul rasanya. yang peliknya sambil terkena tu boleh pulak saya ketawa. mungkin nak elak rasa sakit

Gieya Empire

Hahahaha. Comel. G x mampu nk gelak dani. Sakit. Tahan sakit pny psl tak mampu buat ape dh.

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP