Friday, May 3, 2013

Kaki bengkak seawal usia kandungan berusia 6 bulan.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,


Pada mulanya saya ingat itu perkara normal. Kenapa saya katakan normal. Masa last saya checkup on 23rd April yang lalu, nurse dapati saya punya berat naik 5kg a month which I assume and diorang pun cakap "naik dengan mendadak". Tapi test BP, urine, kencing manis, darah semua okay. So kenapa boleh naik? Saya ingatkan sebab mungkin nafsu makan dah macam nafsu kuda kut. Tapi secara logical nya (mesti saya tau condition badan saya kan), takdela banyak makan sampai 6x sehari. Still sama juga, biasa 2x, kadang 3x. Full meal. Tapi boleh naik sampai 5 kg. Doctor suruh saya berhenti minum susu dulu and kena monitor berat within 2 weeks.

Alhamdulillah, tinggal lagi 1x untuk timbang berat. Selama 4x checkup untuk monitor berat badan, saya dapati berat badan saya tak bertambah pun even setengah gram. So I assume mungkin sebab penangan susu kut. Saya stop minum susu selama 2 minggu sebab nak tengok apa effect kalau tak amik susu. Saya amalkan minum susu Dutchlady dan Enfamama. Mungkin juga sebab susu jenis full cream kut. Nasib la ada suami yang prihatin, tolong belikan saya susu HL Low Fat punya sebab tu yang disuggest oleh diorang pun.  Enfamama terus saya stop. Alhamdulillah berat normal, tak naik

Tapi masalah saya sekarang....


See.. Kaki saya bengkak. Abaikan kaki saya yang kembang tu. Sejak azali la kembang tapi bengkak tu baru lagi. I thought that it was because of I'm gaining such that weight. Tapi nurse cakap mungkin sebab banyak jalan. Miraculously, muka tak naik tau. Kalau kata badan sembab mesti la naik semua2x kan. Tapi muka maintain. Kalau orang tengok pun diorang tak tegur saya naik badan pun. Siap ada orang cakap, "eh, gie pregnant tapi tak naik badan mcm orang lain kan".

It's all happen lepas naik 5kg haritu. Sekarang tgh bimbang juga la ni. Mungkin akan followup dengan doctor regarding bengkak ni. Bukan ape. Orang cakap as a precaution la kan. Since this is just 25weeks je tapi kaki dah mula bengkak. Orang cakap nak due baru naik kaki. Nak tau jugak the do and dont's dia. Saya ada terbaca dekat satu blog ni, she is sharing with us cara mengatasi kaki bengkak ketika hamil. See the details below:

Kenapa Kaki Bengkak Ketika Hamil?
Perut anda yang membesar semasa hamil memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas terutamanya jika anda duduk terlalu lama di pejabat atau di dalam kenderaan. Cecair ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki anda dan menyebabkan kaki bengkak. Keadaan ini dipanggil edema. Ia biasanya terjadi di trimester ketiga kehamilan.


Bengkak ini akan surut selepas anda melahirkan. Tetapi anda boleh mengurangkannya semasa hamil dengan mengamalkan perkara berikut:

  1. Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan.
  2. Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.
  3. Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.
  4. Rendam kaki dalam air sejuk.
  5. Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.
  6. Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan.
  7. Minum air secukupnya. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki
  8. Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat.
  9. Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas.
  10. Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.
  11. Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.

Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food. Pengambilan suplemen/vitamin disarankan kepada mereka yang tidak mempunyai pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang seimbang demi memastikan ibu terus sihat dan bayi yang dikandung membesar dengan baik.


Berhati-hati
Hubungi doktor anda jika anda dapati anda turut mengalami:
* muka atau keliling mata bengkak.
* tekanan darah tinggi.
* kencing kotor.
* sebelah kaki kelihatan lebih bengkak daripada yang lagi satu.


Source: http://metrobestmom.blogspot.com/2012/04/kaki-bengkak-semasa-hamil-kenapa-dan.html


p/s: Lepas ni saya nak cuba praktis untuk buat semua ni. Nak tengok perubahan yang berlaku (skema ayat!)




Photobucket

9 comments :

Anonymous

Hi Gie,

Cayok!
Ain tgh pregnant 5 months. Suka bc blog Gie utk bt panduan.

Sibudaktembam

suke baca blog gie jgk! :)

Gieya Empire

@ain - cmtu kena follow gie la :P

Unknown

Gie, hai..:)

Takot la kite tgk kaki gie. Macam kaki palsu pon ada *no offense tau*. Arapnye gie berjaya surutkan bengkak tu and arap2 jgk berat kite x naik sgt sbb kite mnum enfamama coklat. Huuu

Gieya Empire

@erin - suka baca blog erin jgk. tp erin kne tulis panjang2 skit sbb tak puas baca :)

@cikdida - hahaha. comel. g pn rs mcm kaki palsu :p
dah tak comel dh kaki ni. sian husband dpt bini dh gemuk. huahuauha :P

saya pn minum enfamama choc jgk. :(

Ieymah Ismail

take care gie .. tkt jugak kaki bengkak2 ni..tp takpe jgn risau2 sgt ye, tkt terjejas kshtn gie pulak.. sakit x bengkak tu?

Anonymous

i dulu masa pgnent cam tu.. bengkak dah mcm kaki gajah.. maybe org ckp pembawakan ank kot... urine ok... bp ok... tp ank kluar 3kg above.. bila pgnent baby girl 2 kali lh bengkak tp bila pgnent baby boy masa nk due br bengkak... agak2 baby girl kot...hihi..tp u jgn risau...always refer doctor....

Gieya Empire

@imah - tak sakit pun. Nk kata bengkak air bukan lembik. Tp soon to be cured la. Hehehe. Jg2x.. kalau ad symptom nak bengkak kaki, blh amalkan tips2 ni :)

@anonymous - mgkn betul kut ckp awak. Hehehe. Pembawakan anak kot. Asalkan tak jejas kesihatan saya dan baby cukup la.. saya try dl tips2 yng ni.. kalau x jln jugak dlm ms seminggu ingt nk refer doc la :))

maria

Saya belum pernah lagi kena bengkak kaki ni.
Sekarang hamil anak ketiga dan dah nak masuk 8 bulan.
Harapnya takdelah masalah ni sbb tengok kawan cam penat je dia nak jalan...


Bengkak Kaki Ketika Hamil. Bahaya Ke? | Diari Mama

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP