Wednesday, April 24, 2013

Checkup kali ke-2 di Klinik Kerajaan Cheras Baru

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Semalam saya ada buat appointment untuk check up di KK Cheras Baru. Mulanya ingat nak tukar sesi pagi tapi penuh pulak. Starting from 2pm until 4.45pm! Kesian suami saya kena teman saya lama. Routine checkup as usual. Kalau di KK ni first sekali anda diarahkan untuk kencing. Bukan main payah lagi nak kencing. Sebab sebelum keluar rumah dah kencing kaw-kaw. Adoila hai. Lepas ni kena tahan je kencing. After test urine, korang kena timbang berat. Nurse monitor BP (Blood Pressure). Tu menda yang paling command sekali bila korang pergi KK.

Next korang kena masuk bilik nurse untuk check perut. Nurse akan check ukuran besar baby. Pelik jugak bila nurse guna tali meter mcm ukur kain baju tu. Saya tanya nurse "Ni nurse tengah buat apa". Dia cakap tengah ukur besar baby. Sesuai ke tak dengan keadaan saya sekarang. Dalam hati saya "Boleh ek ukur besar baby guna pita ukur pastu ukur dekat perut? Takpelah. Mungkin tu prosedur KK kut.

Ingat lagi tak previous post saya pasal Pengalaman minum glucose untuk ujian kencing manis? Yang saya duk mengadu muntah ape bagai. A week later saya kena paksa minum glucose tu lagi. Tapi suami saya bagi tips kalau nak minum glucose tu tak boleh minum sikit2x. Sebab nanti manis dia melekat dekat tekak tu yang rasa pecah air liur nak muntah. Tips taknak bagi muntah yang saya amalkan mengikut kata suami saya ialah dengan cara minum glucose tu dengan 1 nafas tanpa bernafas. Haaaaaa... Boleh ke buat? Hihihihi. Bukan main saya suruh suami beli air mineral in case takut muntah. Bila amalkan cara suami saya ajar ni berkesan sangat. Sekejap je saya telan sampai orang lain semua terkejut saya boleh minum air gula tu dengan sekali nafas. Berjaya minum glucose tanpa muntah dan tanpa minum air mineral pun lepas tu okay! Hahahaha. (Dulu aku terkejut tengok orang, sekarang org pulak terkejut tengok aku)

Alhamdulillah result saya normal. Bacaan darah sebelum ialah 4.2 manakala bacaan darah selepas test glucose tu 4.9. Nurse kata normal. Kalau reading more than 7.0, dikira diabetic. Alhamdulillah. BP semua normal, urine okay. Cuma berat saya naik 5kg sebulan! Which is tak normal sebenarnya. Kalau ikutkan diabetic takde, BP okay. Ni mungkin masalah pemakanan. Saya mengamalkan minum air susu setiap hari. Once a day kadang-kadang terlebih rajin akan jadi twice a day. Pagi akan wajib minum dutchlady. Malam saya amalkan minum susu Enfamama. So nurse suruh saya berhenti dulu minum Enfamama sebab dikhuatiri Enfamama akan jadi macam anmum. Boleh menambahkan nafsu makan n berat badan naik dengan mendadak.

No wonder la semua cincin saya dah tak muat. Dulu okay tau! Bukan naik pun masa awal2x dlu. Mungkin penangan susu ni. So korang nak minum susu tu digalakkan minum yang low fat. Ianya hanya untuk tambah calcium je sebenarnya. Nanti effect body kita and berkemungkinan baby dalam perut pn akan besar. So lepas ni, saya kena berulang ke KK setiap selang sehari untuk diorang monitor berat saya, BP dan urine saya. Have to travel back n forth to KK setiap selang sehari selama dua minggu. Dan saya kena stop minum susu selama dua minggu ni untuk monitor kenapa berat saya naik. Adoi la hai. Patutlah berat anak ni makin bertambah. Saya selalu je rasa sakit belakang. Tambah kalau tidur mengiring one side akan rasa lenguh.

Sebab anak punya pasal, semua saya pejamkan mata je. Semoga berat saya normal la lepas ni. Susah la asyik kena berulang pergi KK je. Dah la sekarang tengah dalm fieldwork (outstation). Semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Amin



Photobucket

0 comments :

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP