Monday, April 22, 2013

Pengalaman scan 3D/4D with Ms Jezzlyn

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Refer to previous post pasal 3D 4D Scan. Package Harga dan Appointment, kami dah buat appointment pada 20 April 2013 bersamaan hari Sabtu. Alhamdulillah dapat la jugak merasa Ms Jezzlyn yang hangat diperkatakan oleh ramai bloggers (terskema pulak). Pengalaman scan 4D for the very 1st time rasa macam.............................. ntah la. Mula2x tu rasa nervous yang amat. Boleh camtu? Padahal mesti la kena rasa excited sebab nak tengok anak sendiri kan. Ajak husband buat 2D details. Tapi dia cakap dia takut. Kalau nak buat 4d excited tp bila sebut nak buat 2D details dia takut. Sebab 2d details boleh check condition baby lagi mendalam la dari segi kecacatan, kenormalan baby. So kami decide buat 4D je la

Tengok condition anak ibu dalam perut ni. Mula2x sonographer scan dia tengah tidur! Ish2x. Mentang2x la ibu baru je lepas makan. Nyenyak betul dia tidur ye.


Ms Jezzlyn kejutkan dia "adik, bangunlah, mama ngan papa nak tengok adik ni". Sambil ketuk2x sikit perut saya. Tiba2x dia terjaga. Tengok 2D scanner boleh nampak tangan dia bergerak pegang mulut. Comel! Dia ni pemalu. Asyik tutup muka je. Disebabkan ramai sangat nak kacau dia tidur, at last dia decide pusing muka dia ke arah perut saya. "Amik kau. Kacau aku lagi ye."


Lepas kena pujuk banyak kali, yang Ms Jezzlyn pun duk pujuk. "adik...adik..". Sampai saya pun terikut sekali panggil anak sendiri adik. Hahaha. Kadang-kadang tengok dia menguap. Comel sangat! Muka keterujaan tu lebih sebab baru first time. Suami saya? Takyah cakap la. 2..3 ari sebelum scan lagi dah heboh kat kawan-kawan dia, dekat abang ipar, kakak dia semua yg dia nk gi scan baby last weekend. Alhamdulillah, Ms Jezzlyn dah mengesahkan 100% jantina anak kami. Dan dia berjaya pujuk anak kami agar tnjuk muka dia. Kata Ms Jezzlyn, anak kami ni pemalu. Tapi aktif gila dalam perut.

So far katanya dari segi pembesaran bayi, normal. Air ketuban pun okay. Uri berada dalam kedudukan yang baik. Alhamdulillah. Semuanya normal. Seronok kalau pergi tengok anak in real. Tak sabar nak tnggu dia keluar.

 
Sorry la. Ibu tak bagi saya tunjuk muka saya lagi. Nanti tak surprise. Ni time saya menguap tutup mulut. hehehe. Ntah la. Teka je. Memandai je baca bahasa baby. Tapi tangan asyik duk atas kepala je. Macam tangan orang mengeluh. Kelakar sangat. Kadang-kadang kitorg sampai buat dialog depan Ms Jezzlyn. Banyak betul masalah anak ibu ni sampai tangan selalu silang atas dahi. Hehehehe. Semoga menjadi anak yang soleh/solehah satu hari nanti ye nak. Amin..

video

Saya share 1 video 4D yang telah kami scan. Ayah dia bukan main excited nak gi buat 4D every month. Hahahaha. Berbaloi pergi time 23 or 24 weeks ni sebab kita still nampak the whole baby body. Bila dah 28 weeks tu hanya dapat tengok muka baby yang chubby je. So rasanya tak rugi la buat. :)


Alhamdulillah..



Photobucket

18 comments :

Mrs Syaz

orang kata max blh buat 2x je kan?

i buat MAX 2x..hahahah

rindunya baby aisya dlm perut..

ct cucubi

seronoknya dah nak dpt baby.. :)

Anonymous

pemalu tu.. sure baby girl....seronok sgt2...

Noor Hazirah

Mrs syaz - taktau pulak ada limit. Tp saya mmg plan nk bt week 23 n week 28 je. Sbb after that dah xnmpk baby sgt dh kn.. seronok tgk gelagat baby. Tp rs worth it sbb blh nmpk tgn gerak2.. kaki gerak2.. kalau week 28 above sonographer ckp dh x nmpk.. nmpk muka je..

@ct - nnti giliran awak pula :))

@anonymous - lelaki xd yg pemalu ek wak.. hehehehe

InaYusoff

seronok nye...

saye kat sini pon excited..

heheh :)

Noor Hazirah

@InaYusoff - nnti try la Ms Jezzlyn ni. baik n comel sgt :)

Fatin Nadhirah

Salam, Ms Jezzlyn ni hosp/klinik mn bole bg details x...

my email nadhirahfatin@yahoo.com.my

Noor Hazirah

@Fatin - dear, I already mail to u the jezzlyn's schedule. but it changes time by time :)

ettyzukhair

Salam..hi boleh emailkan detail Ms Jezzlyn ni x?? cam nak gak try buat 3D/4D ni..1st baby dulu xpnah buat just scan biasa..if de rezeki nak gk try..
my email.. ettyzukhair@gmail.com

TIA..

Noor Hazirah

@etty - jap ye i email to u :)

MyzaAli Al-Jamalullail

Ya Allah bestnyaaaa! Berbunga2 hati bc entry ni, kita pn da book utk jezzlyn! Comel sgt baby ni.. :)

Noor Hazirah

@myza - seronok miza... miza dh bpe mggu ek

Faizal Izyani

Salam. . . Email me too. . Tp area mana yee? Faizyani.84@gmail.com.tq ya!!

Faizal Izyani

Salam. . Area mana ye?email me too. . Faizyani.84@gmail.com. Tq yaa!!

Noor Hazirah

@faizal izyani - ok.. nnt saya email :)

shakiefitry
This comment has been removed by the author.
shakiefitry
This comment has been removed by the author.
Noor Hazirah

ok dear. i'll email the detail to u. sorry for the late reply :)

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP