Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Thursday, January 3, 2013

Bukit Tinggi, Padang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Ibu keeps on calling me past few days. Busy dia nak ajak saya pergi bercuti. Dari dulu lagi nak bawak gi jalan2x. So saya pun tanya la bila ibu nak pergi. Ibu letak tarikh birthday saya, katanya boleh celebrate birthday kat sana which is on 11th June, until 13th June ibu nak pergi. Destinasi? Ibu ajak pergi Bukit Tinggi, Padang, Sumatera Indonesia.

Saya tanya Mak Lang ( Mak Sedara Husband ), dia baru balik dari Bukit Tinggi, katanya best. Baca review bloggers pon ramai cakap best. Lagipun tiket masa tu murah je, Air Asia Promo. Ibu desak juga suruh ikut family trip kali ni. Katanya nak pergi ramai2x sekali dengan kawan dia ape semua. Last time ibu and adik2x pergi Vietnam saya tak dapat ikut, so sekarang ibu cakap ibu rasa regret kalau saya pun tak ikut sama. Ibu siap sponsor tiket semua. Adoi.

Check punya check kalendar, kalau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, usia kandungan pada tarikh berkenaan dah masuk 31 weeks. Tanya pendapat member2x dia cakap still boleh travel dengan advise dari doctor. So, ok lah. Layankan je ape ibu nak. Semangat dia. Tak pernah jumpa seorang ibu macam ni. Prihatin terhadap anak2x. Even lepas kenduri saya pun ibu tanya saya ada duit ke tak. "Ibu, akak dah ada suami and he is responsible to feed me, not ibu" jawab dalam hati je sebab rasa bersalah ibu selalu fikir pasal anak2x.

Tarikh bertukar dari 11th June ke 18th June. So our trip will be on 18th until 20th June. Sekejap je. Family trip cuci mata di negara orang. Semoga saya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dapat ikut sama2x family trip kali ini. Ambil mood sikit.






Baik kan ibu saya?




Photobucket

Monday, December 3, 2012

Review : Malaysia vs Indonesia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Mungkin dah basi kut kalau saya nak cerita sekarang. Sabtu lepas, 1hb December merupakan perlawanan penting bagi Malaysia. Misi KENA menang juga dengan Indonesia. Penuh gila stadium. Rasa sesak sangat. Kami bertolak dari rumah sejurus selepas solat Maghrib. Yes, I know, ramai orang mesti tinggal solat maghrib semata2x nak pergi awal. Tapi kami fikir, takpelah, nak kejar ape sangat pun. Lambat, lambat la. Kalau takde tempat nak duduk, kita berdiri dekat tangga..

Sampai2x je kami memang betul2x duduk dekat tangga, terjulur kaki kat depan sebab duduk dekat palang. Kuasa Dia yang Maha Esa, minit ke 10 kut, tiba2 security panggil duduk bawah. Seat yang mahal sikit kut sebab ksong seat tu. So kami pun berlari2x nak kejar seat. Alhamdulillah. Tuhan tu maha berkuasa, dapat tengok betul2x depan gol Malaysia. Dapat tengok jelas diorang jaring gol. Kuasa Allah kan?

Rasa puas hati sangat berbanding match dengan Singapura tempoh hari. Menjerit2x sorak untuk Malaysia. Seronok bila tengok Malaysia menang lawan Indonesia. Penyokong Indonesia balik dengan muka terkulat2x. Kesian diorg. Tapiiiiiii, penat la bila nak naik train pun kena beratur. Tunggu turn. Adoyai!





Pictures taken from my Instagram. Malas nak upload picture banyak2x. Hehehehe.





Photobucket

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP