Tahniah Shaheizy Sam (Pemenang ABPBH 2012) !
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
Malam tadi tengok ABPBH tp live streaming dekat tonton je. Husband manja pulak malam semalam, nak suruh teman dia pergi kedai kakak dia. Biasanya takde ape2 pn kalau pergi sorang. hehe. Takpela. Ikutkan je. Nasib boleh streaming.
Saya tak ikut semua perkembangan ABPBH la. Tapi most of the award saya dapat tengok kecuali award untuk Wawa Zainal and Aaron Aziz je miss. So far ABPBH kali ni still sama macam lepas2x juga. Persaingan tak la sesengit persaingan tahun2x sudah. Lagipun banyak muka baru. Kecewa sikit bila Yana Samsudin boleh menang kategori Pelakon Filem Terbaik. Sorry peminat Yana Samsudin. Sebab saya peminat Lisa Surihani. hehehehe.
Sebab ape kecewa? Ye, orang cakap patut la dia menang sebab she deserve it. Banyak filem dia berlakon. Tapi bagi saya, filem lakonan dia semua filem yang tak bagi effect pada saya. Maksud saya, movie yang dia berlakon banyak "boleh beli cd" je kut sebab banyak movie cinta merepek meraban kut. Yang baru ni yang betul2x saya suka lakonan shaheizy sam and yana samsudin is 2 kalimah. Tu je movie yang saya rasa valuable untuk tengok. Bagi pengajaran and so forth. Minat Lisa Surihani sebab dia rajin layan peminat. Tak macam artis lain. hikhik. Ok, abaikan. Nextyear turn Lisa! :p
Anugerah bintang paling popular jatuh pada Shaheizy Sam. Sama jugak kes macam Yana Samsudin. Dia keluar cerita banyak macam cerita catchy la. Mungkin dengan cara tu dapat tarik banyak peminat. Kadang-kadang orang melayu kita dia suka cerita merepek cm adnan sempit. Cerita merapu sikit macam Ngongkrong. Tengok atas orang. Untuk yang minat valuable n boleh bagi impact besar macam cerita2x khabir bhatia ke mungkin diorang tak minat cerita2x genre macam ni.
Tapi to compare Shaheizy Sam, Aaron Aziz, Zizan, Neelofa and Adiputra untuk finalis ABP 2012, of course la Shaheizy Sam paling menyerlah antara kesemuanya. Bagi saya, Aaron Aziz and Adiputra tolak tepi la sebab diorang pun Singaporean. Zizan dengan Neelofa? Zizan dah banyak sangat award dia dapat semalam. Plus dia pn sekarang makin lumpuh kalau takde Johan. Ntahla, tu dari pemerhatian saya je. Neelofa? I don't know what happen in our industries bila nama Neelofa naik ABP? Sebab lakonan ke sebab kontroversi? Sebab kalau lakonan, rasa dia berlakon 1 movie je. 1 MOVIE sahaja. Drama pun boleh kira berapa banyak. Mungkin sebab kontroversi kut. Ape2x pun takpela, yang penting takde lagi isu beli undi la ape la.
Tahniah pada semua pemenang.
0 comments :
Post a Comment