Friday, November 23, 2012

Durian crepe

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Durian crepe ni kalau tengok physically nampak simple tapi orang cakap nak buat surface die sahaja memang sangat rumit. Durian crepe ini rasanya tengah hot market la sekarang. Semua orang bercakap pasal durian crepe. Biasalah, makanan ni mengikut musim. Dulu red velvet la. Bagi saya red velvet tak sedap pon. Tapi taktau la kan. Taste orang ni lain2x. Mungkin saya termakan red velvet yang tak sedap. Lepas tu timbul isu pavlova. Biasa jugak bagi saya!

Pastu tiba2x je durian crepe muncul. Mula2x rasa macam, "oh, member b2b saya baru belajar menda baru and nak share dengan semua la kut". Alih2x sampai member office saya tanya mana nak beli durian crepe. Cari punya cari, terjumpa la 1 website ni yang buat durian crepe. Yang affordable and bagi saya murah la sebab tengok yang lain siap ada delivery charge ape semua lagi. Kebetulan yang ni self pickup di Pandan Jaya, dekat sangat dengan rumah saya dah. So, saya willing to help my friend to pick them up for her.

Luckily, member baik saya bagi free 1 pack utk saya dan hubby. Kami berdua memang hantu durian pulak. Tapi saya jenis minat and suka durian tapi hanya pada buahnya. Bila dah campur2x, maksud saya macam buat cucur durian ke, pengat durian ke, saya dah tak makan. Hanya gila pada buah durian sahaja. So bila member offer durian crepe tu, dalam hati.. "takpelah, saya bagi hubby je la sebab hubby ni tolak batu, kayu, pasir je" hehehe.

Tapi bila hubby saya suap sikit rasa best gila durian crepe ni! Rasa betul2x durian with cream macam ice cream. Tapi rasa durian. Dia punya rasa durian tu memang tak lari sebab tu saya boleh makan. Alhamdulillah, at least orang tanya saya dah boleh cakap saya dah pernah cuba. Tapi you should try la at least once! Best!
For more info tentang penjual durian crepe yang saya beli ni, infonya seperti dibawah :-



LaraLicious Bakery



Website : LaraLicious Bakery
Blog : http://www.laralicious2u.blogspot.com
Contact No : 013-6552958 - Kak Maz

Best. Boleh beli lagi lain kali. :))


 

Photobucket

4 comments :

nurdani

makanan bermusim. saya tak pernah cuba lagi semua makanan bermusim tu.haha

Gieya Empire

hehe. u shud try! makanan memang bermusim. abes musim dah rasa biasa dah macam pavlova red velvet semua dulu. semua pakat duk bt status kt fb :)

oshinz

kihkih.. durian crepe ni dah lama wujud. tapi baru popular sekarang. fenomena sungguh.

Gieya Empire

kan... die sebenarnya musim. bila semua orang cari.. baru la glamour. kalau tak............. HARAM. hehe

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP