Monday, April 1, 2013

It's 5 month and we're still counting! :)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,


Sedar tak sedar dah 5 bulan! Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru je lagi conceived. Alhamdulillah, baby dalam perut tak banyak meragam. Bila ikut kisah orang lain, rasa bersyukur sangat sebab tak alami alahan, tak sickness teruk2x. Sepanjang pregnant, so far takde alahan ape2x. Cuma masuk bulan ke-3 kepala asyik pening je. Mula2x ingat tak cukup rehat. Tapi bila dah sebulan pening and it happen daily, pergi jugak consult dengan doctor. Doctor kata mungkin sebab salah makan ubat, so saya stop. After stop, alhamdulillah, everything goes well. Perkembangan baby pun baik. Alhamdulillah.

Actually my due date is on 19th August 2013. InshaAllah. Dulu tak fikir sangat. Sekarang dah start fikir, dekat dengan tarikh raya. Raya Aidilfitri kalau ikutkan jatuh pada 8hb Aug. So, dekat la tu. Biasa orang cakap 1st baby akan keluar awal dari due date. Ada yang awal dua minggu. Ada yang awal 1 minggu. Ada yang awal 12 hari.. Ada yang awal 9hari. Scary. Plan raya? Memang TAKDE PLAN ape pun sebab fikir anak punya pasal. Kesian kat husband la sbb kena sacrifice raya tahun ni kat kampung dia. Tapi dia tak kisah pun sebab biggest gift dia akan dapat on this coming raya. 

Jantina pun dah tahu sebenarnya. Tapi still tak boleh pegang pada 1 doctor je. Kami check haritu on 18 weeks of pregnancy. So kami plan nak scan sekali lagi on 23rd April ni, dah nak masuk 6 bulan. Orang cakap 6 month dah betul2x clear. Hehehe. So baru la boleh beli barang baby. Sekarang pun dah simpan duit untuk baby je. Bila jalan kat shopping complex mesti teruja sangat nak tengok barang baby. Pergi tengok stroller, pergi tengok baby carrier, tengok baby cradle. Kawan-kawan ramai yang baru bersalin. Bila beli gift untuk baby diorang, rasa excited sebab kita sendiri bakal ada tidak lama lagi. InshaALLAH. Kawan saya pun dah ramai pregnant. Zura my officemate, Zaimah, my cousin, Tengku. hehe. Semua preggie. Rasa seronok sangat sebenarnya. Nanti anak saya ramai kawan. hehehehe. Ok. Dont be too excited gie. 

Tak sabarnye la. Adoyai. Macam ni rupanya perasaan menjadi seorang ibu. Ayah dia dah tak sabar nak tunggu dia keluar. Baru 5 bulan duk selalu borak dengan anak dia tanya bila nak keluar. Kalau dekat2x due nanti lagi la. Sekarang dah rasa baby kicking dalam perut. Kadang-kadang rasa quickening. Tapi sayangnye perut saya mungkin jenis tebal kut. Lambat boleh rasa. 19 minggu haritu baru start rasa. Bila cakap dekat husband, excited dia nak tengok tapi tak nampak lagi. Mungkin kena tunggu perut boyot lagi baru nampak betul2x. Kecewa dia. Hahahaha.

Baby active sangat dalam perut. Sepanjang masa rasa ade kicking. Bila scan pun doctor kata aktif gerak2x. Hari-hari ibu perdengarkan zikir dan ayat al-quran untuk anak ibu. Nakal dalam perut je jangan nakal bawak ke luar okay sayang. This is the best feeling I ever had.







Photobucket

3 comments :

Anonymous

seronok bila org prgnent... i dh almost 3 years married but still tak pun.. every day keep doa..

Noor Hazirah

inshaAllah ada rezeki dear. cuba try amalkan makan acid folic. masa saya sebelum kahwin, saya ada pergi buat pemeriksaan cyst. org ckp cyst can be one of the reason tak dapat baby. kawan-kawan saya yang nk try conceive makan acid folic. takpe dear. berkat kesabaran inshaAllah akan ada rezeki awak 1 hari nanti. saya punya BIL pun dah 7 tahun takde anak. kesian sangat. both sukakan budak2x. bahagian masing2x. Allah Maha Mengetahui. :)

[z][u][r][a]

Waaahhh ada nama zura disitu..kui3x!

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP