Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Monday, September 16, 2013

Iman Hana Fakhira sudah cukup sebulan!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Lama betul tak update blog. Busy. Hahaha. Tapi memang betul busy eventhough I am having a long break!
I am now having my 35-day of confinement. Sekarang berpantang di kampung mertua pula di Semanggol, Perak. Alhamdulillah. Lagi tak sampai 10 ari je nk abes pantang.

Anak pun sekarang dah berusia 35 hari. Alhamdulillah semakin sihat hari ke hari. Macam2x surprise dia bagi kami almost everyday. Seronok ada anak ni sebenarnya. Memang seronok sangat lah. Anak saya pulak kuat mengempeng. Suka tidur celah ketiak saya waktu malam-malam. Seronok pagi2x bangun tido sebelah kiri suami, sebelah kanan anak.

Sekarang masa yang paling kritikal adalah waktu makan dan waktu mandi. Kenapa saya katakan ianya waktu kritikal. Bukan waktu tidur? Yes, bukan waktu tidur! Tapi waktu makan dan waktu mandi. Bila anak dah tidur nyenyak la masa tu nak curi2x makan dan curi2x mandi. Tapi apa yang berlaku pada saya, bilamana anak dah tidur nyenyak.. bila bangun je nak pergi mandi/makan, terus dia start nak nangis. Seriously mmg sangat2x genting betul. Bila dah ada anak ni rasa setiap kali suap makanan tu rasa ketat je kat celah tekak ni.. Setiap kali tu la rushing nak makan. Sebab takut nangis. MIL pulak tak bagi dia nangis lama2x. Mandi pulak kalau ada ayah dia boleh la saya nak tinggal lama skit. Kalau takde ayah dia? Hmmmmm.. *wondering*

Tapi memang betul, life has changed like 360 degree after having baby ni. Masa terluang dengan anak je. Kita dah tak geli dengan tahi. Memang betul orang kata bila ada anak ni dah hilang geli pada tahi malah kalau baby berak excited gila. Meaning kita bagi dia makan cukup. Kita bagi susu tu masuk dalam perut dia. Alhamdulillah.





Iman Hana Fakhira berusia 34 hari

Iman Hana Fakhira berusia 30 hari

Macam muka ayah dia kan?





Photobucket

Monday, August 26, 2013

Saya dah bersalin!! Alhamdulillah~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

26 August 2013. It's been 2 weeks from the day my daughter was born. Alhamdulillah. Tak sempat nak update blog. Been busy with lot of stuff. 13 August 2013 was the day! Sepatutnya my EDD was on 19th August 2013. Tapi 2 hari sebelum deliver, saya turun tanda lendir berdarah. Orang kata tanda yang dekat nak bersalin samada air ketuban pecah ataupun lendir berdarah. And I still remember that it happened on Sunday, raya ke-4. We went to several clinics, but unluckily semua clinics tutup. I don't know whether tutup sebab raya or sebab weekend. So I've decided to make a direct call to Ampang Puteri, where I do my checkup here and they said that consultation is closed on weekend. If anything kena terus pergi emergency. Saya hanya nak check je takkan sampai nak kena pergi emergency kan. So we decided to wait for another 1 day.

Sempat lagi kami pergi shopping babycot, shopping brng2x rumah. Kemas rumah on the same day. Hahaha. Kalau pikir kelakar jugak la. Hehehe. Pagi isnin, saya call Ampang Puteri. Kena la bebel separuh bakul sebab tak refer terus APSH bila dah turun tanda 2 hari. Mana la saya nak tahu. Orang kata kalau kuar lendir plus darah yg brownish tu takde ape lagi. Saya pun jadi x sure la. At last bila Dr. Fauziah (O&G) seluk tengok dah bukak 4cm. And she said that saya dah boleh deliver bila2x masa je. Mungkin malam ni pun dah boleh deliver, katanya. Gila nervous nak mati time tu. Dah la tak sakit ape. Macam mana ni. Dia kata dia akan dripped air untuk cepatkan contraction.

Masa tu dah tak pikir dah. Dah alang2x bukak 4cm tu, pasrah jela. Plus time tu tiba2x dapat keberanian untuk deliver anak sebab tak sabar nak tengok dia in real. Nearly 5PM, 12 August 2013 saya dibawa masuk ke labour room. Baru la saya tau betapa sejuknya labour room tu. Nurse bagi saya ubat berak. Sambil2x tu tunggu la sampai masa bersalin. Nearly 6.30PM air ketuban saya dipecahkan oleh nurse in charge. Lepas air ketuba kena pecah baru rasa contraction tu dtg lebih kerap. Tapi alhamdulillah, tak rasa sakit sangat. Macam rasa sakit sengugut. Datang sekejap2x. Plus jangan henti baca doa nabi yunus. Ni dia doa nabi yunus yang saya amalkan dari masuk je labour room sampai la bersalin.

Amalkan baca ayat ni inshaAllah mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segalanya.

Pukul 9.15PM nurse datang check bukaan dah 7cm! Nervous. Orang kata dah dekat nk bersalin makin cepat koyak bukaan. Nurse pun budget pukul 10PM dah boleh bersalin. At last dekat pukul 12AM, 13 August baru nurse dtg check lg bukaan. Dah boleh teran katanya! Aiyoooo! Cuba teran tak kuar2x until Dr Fauziah, my O&G datang. Lepas percubaan teran selama 20minit, saya pun dah penat, doctor decide utk vacuum. At last dah rasa nak terberak sangat, keluar juga anak sulung kami tepat pada pukul 12.19AM, 13 August 2013. Alhamdulillah

Perasaan tu tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Bila masa lubang saya terkoyak pn saya dah tak perasan. Suami kata bunyi koyak tu serupa bunyi koyak kain. Ok, Scary! Bila anak keluar je saya dapat tengok depan mata sendiri, terus air mata jatuh mengalir. Ya Allah, masa tu hanya Allah je tahu perasaan saya betapa ajaibnya rasa dapat melahirkan seorang bayi, satu roh baru ke dunia. Husband saya turut kongsi kegembiraan sama-sama. Tak lepas pegang n kucup dahi saya. Kami sama-sama menangis. Happy yang teramat. Alhamdulillah.. Allah permudahkan jalan kami. Sakit hanya sementara. Saya hanya merasakan sakit itu seperti sakit sengugut yang kuat. Still boleh tahan. Husband pun asyik tanya sakit tak.. sakit tak. Bila saya ckp tak sakit kang dia pelik pulak. Terpksa saya cakap "sakit jugak sikit". Tu pun dia dah buat muka tanda soal. Hehehe.

Malas nk cite panjang2x dah sebab rasa penat. Hehehe. Alhamdulillah dah 14 hari berpantang. Kami namakan anak kami Iman Hana Fakhira binti Mohd Fakhorazi. Sempena nama ibu dan ayah dia. Alhamdulillah. Sekarang kami tidak lagi berdua.... tapi bertiga! Yuhhhuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~







Photobucket

Tuesday, April 2, 2013

Checklist keperluan ibu dan bayi (sebelum, ketika dan selepas bersalin)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Orang cakap bila nak membeli, kena beli sedikit demi sedikit. Tanya rata-rata orang mesti cakap benda yang sama. Macam kahwin juga, kalau nak beli hantaran, mesti beli sedikit demi sedikit. Kalau dah banyak duit sangat, baru la boleh beli semua at one time. Disebabkan keterujaan melihat barangan baby, saya google la serba sedikit checklist berkenaan dengan barang keperluan baby and ibu ketika mengandung, ketika bersalin dan juga lepas bersalin.

- PENJAGAAN IBU -

Barang ketika mengandung 
* Saya start beli masa kandungan berusia 4 bulan lebih. You will feel that your tummy is getting bigger and bigger and semua baju dah tak muat especially all the jeans n kain baju kurung. Sobs!*

Baju/Jubah/Dress mengandung
Seluar Mengandung
Blouse Mengandung
New Bra & panties

Barang Ibu ke hospital
* Dinasihatkan 7 bulan ke atas dah kena prepare siap2x bakul untuk baby dan ibu khas untuk persediaan bersalin. Letak and tinggal je dalam kereta. Who knows? Ada je orang lahir diusia kandungan 28 weeks which is 7 bulan macam saya ni *

Kad Lawatan Hospital
Kad Pengenalan
Telefon Bimbit
Baju (2 helai)
Stokin (2 pairs)
Kain Batik (2 helai)
Bra (3 helai)
Panties (5helai)
Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
Tuala Mandi
Maternity Pad/Pad Biasa (1 pek)
Selipar (1pasang)
Kamera
Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)
Termos Air Panas
Bag Plastik
Baju Sejuk (Sweater)-(1 helai)
Sikat
Breast Pad (4 pair)
Nursing Bra (2 helai)

Berpantang (Untuk Ibu)

Set Berpantang
Stokin tebal
Baju Sejuk
Selipar rumah
Kain Batik
Bengkung
Maternity Pad
Pad Biasa
Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
Minyak Angin/Urut
Makanan/Minuman (Air Masak, Horlick, Susu, Biskut, Roti)
Tukang Urut


- PENJAGAAN BABY -


Barang baby ke hospital 
* As I told earlier. Prepare seawal usia kandungan mencecah 7 bulan *

Beg baby

Baby Diapers (14 keping)
Baju (3 helai)
Minyak (maybe Yu Yee Cap Limau)
Baby Wipes/Wet Tissue (2 pek kecil)
Tuala Mandi (1 helai)
Stokin/Sarung Tangan Bayi (5 pairs)
Peralatan Mandi
Selimut/Bedung (3 helai)
Barut (4 helai)
Topi (1 helai)

Baby Gear 

Baju- Lengan Pendek (5 helai)
Baju- Lengan Panjang (5 helai)
Rompers (5 helai)
Seluar- Pendek (5 helai)
Seluar- Panjang(5 helai)
Sarung Tangan + Sarung Kaki (5 pairs)
Baby Bip (1 helai)
Sapu Tangan (5 helai/set)
Barut
Topi

Diapering

Napkin (1 pek)
Lampin Pakai Buang (3 pek)
Safety Pin
Changing Mat
Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi 
Cloth Diaper

Baby Care & Grooming 

Losyen Bayi
Wet Tissue
Sikat
Putik Kapas (Cotton Bud)
Cotton balls
Pengepit Kuku (Nail Clipper)
Nasal Aspirator (untuk selsema)
Methylated Spirit - alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihak hospital)
Minyak Yu Yee Cap Limau 
Minyak Telon Bebiku
Cotton
Diaper Cream
Beg Baby

Nursering

Selimut
Bedding set
Katil Bayi
Dimple Pillow
Kelambu done
Bakul Baju Kotor.
Almari Baby
Bakul Baby (Simpan Toiletries Baby)

Feeding
Botol saiz S (2 botol)
Puting Botol Susu (2 pieces)
Berus Pembersih Botol
Nipple Cream
Nursing Pad Washable (2 pairs)
Nursing Pad Disposal (2 kotak)
Shield collector
Breast Pump
Cooler Bag
Breast Milk Storage Bottle
Breast milk storage
Nursing Pillow
Termos
Cecair Pencuci Botol
Dyring Rack

Travelling

Beg Bayi
Baby Sling
Stroller
Baby Carrier
Bakul baby
Nursing cover

Bathing

Tuala
Besen Mandi & Tempat Duduk Dulang
Sabun Mandi

Extra

Penyangkut Baju Bulat Kecil
Penyangkut Baju Bulat
Penyangkut Kecil
Bekas Spray Air

Banyak gila kan? Kalau tak tulis memang akan ada yang miss nanti. First experience. Mana nak tau ape kena beli, ape kena bawak. So I need to jot it down on a paper and jangkaan pertama saya, saya nak serbu Baby Expo MidValley dulu! Yehaaaaa!~


Info lanjut tentang any baby expo, anda boleh tengok dekat page ni:


 atau dekat sini





Photobucket

Thursday, November 15, 2012

Cutest baby ever!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,


These are the coolest things ever!


















Hope dapat baby cepat2x. Boleh main2x macam ni. Ahaksss! =D




Photobucket

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP