Showing posts with label Engagement Day. Show all posts
Showing posts with label Engagement Day. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

Engagement Day part II

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Hai!

Sambungan kepada engagement part 1. Actually memang taknak post lebih2x pun sbb orang kata nanti hilang serinya. hehehe. Just nak share sedikit cerita disebalik event 3hb dec lalu. Sehari sebelum event, iaitu hari Jumaat, 2hb dec, saya dah start annual leave sebab macam banyak je lagi benda tak settle. So I've decided to go back home early in the morning. Sesampainya dirumah terus rush pasang karpet, amik baju kat dobi, mop for the last time. Tukar tu tukar ni, susun goodie bag la ape la. Banyak sangat kerja and abg canopy plak janji nak pasang canopy hari ni. So a bit rush jgk la bl semua benda kne settle within this whole day before night.

Yang tak besnye, petang around 2pm, hujan turun dengan lebat. Sangat lebat. Kira-kira pukul 5 lebih baru dia nak berhenti. Sedih jgk la sbb halaman rumah abes banjir. Dalam jugak la airnye. lebih kurang 3 inci..Dah la tempat nak pasang canopy pulak tu. Wonder macam mana orang nak mkn esok harinya kalau dah hujan, banjir cmni..Sampaikan canopy pun tak jadi pasang hari jumaat tu. And call canopy dia kata nak pasang esok. Mampus! hahaha. hari kenduri baru nak sibuk pasang canopy. Cmana la kalu ujan jugak.

Hari yang dinanti telah tiba.. Canopy dipasang seawal jam 10.00am. Gelabah la jugak kan sebab of course dlm kul 11 tu org dah start datang. Alhamdulillah, tak hujan. Haritu siap panas terik lagi. Alhamdulillah. Syukur ke-hadratMu ya Ilahi. Tetamu yang hadir memberangsangkan since sebenarnya saya tak jemput ramai pun. Goodie bag sedia dalam 100+. Alhamdulillah tetamu yang hadir approx. 100+. Unexpected. Alhamdulillah.

Adik-adik saya semua bersepakat untuk pakai serba putih. Sangat match la dengan baju saya dan pelamin. Nampak macam pengapit.. Comel sangat. My angels.





Penat sungguh haritu. Malam pula sesi makan dengan keluarga tunang di Parameswara Ikan Bakar, Umbai. They were all enjoy the day. Alhamdulillah. Tak sempat pun nak tengok hantaran apa yang pihak lelaki bagi. Balik je makan terus terbongkang tidur. Esok pagi baru berkesempatan tengok hantaran satu persatu dan agihkan kepada ahli keluarga. Alhamdulillah. Semua berjalan seperti yang dirancang. Terima kasih Ya Allah.




Gambar selebihnya hak milik saya sahajalah. hehehe. Doakan kami selamat yer, my beloved readers :)



Photobucket

Budget untuk majlis

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,


Budget tunang? First of all, saya nak share tips la. Saya rasa mungkin tak membantu sangat kut tips ni tapi apa2x pun, dari segi financial, it may helps bakal B2B sekalian. Budget saya... jeng2x... Roughly dalam RM3K. My expenses la. Tak banyak pun saya keluar actually. Tu pun sedikit demi sedikit. Kalau ikutkan untuk majlis bertunang yang "ada something".. RM3K tu boleh dikategorikan biasa sebenarnya. Banyak kena prepare. Saya nak buat simple tapi alih2x jadi tak simple atas campur tangan banyak pihak. Alhamdulillah sebab semua orang happy.

Kenapa RM3K? Ok. First of all untuk B2B, yang bakal bertunang ke, yang bakal berkahwin ke, yang bakal jadi momma ke.. yang paling penting sekali kena buat belanjawan. Seriously sangat penting tau belanjawan. Ni pun RM3K sebab banyak habis dekat baju, kalau tak boleh jimat lagi. Imagine that? Baju sebab saya nak ada element sentimental value je so that mungkin adik2x boleh pakai ke, anak saya nanti boleh pakai ke. InsyaAllah. So tak kisah mahal sikit. Being honest, baju saya pun dah plus minus RM800. Tu saya cakap, paling penting adalah belanjawan.

Belanjawan doesnt mean that u have to cut cost gila-gila. Depends pada kemampuan you. Set the target berapa u want to spend your money for the event. Kalau u kata u nak guna dalam range RM2K je. Possible! Possible if u buat belanjawan. Sebab saya ada kes, dimana kawan saya habis dalam RM3K plus for her event but she dont know tang mana duit tu dihabiskan. So, pity her. Kalau nak kawin simple2x macam just datang rumah macam merisik pun ok jugak. Depends pada individu masing-masing. Mungkin nak gempak sikit sebab anak sulong ke, first time nak merasa ada majlis besar2x.

Macam mana saya buat belanjawan. First saya senaraikan barang-barang hantaran dan approx. price for each of the items. Penting tau! You'll know how much expenses did you really put into the hantaran. Berbaloi or tak. U decide.

Pastu buat belanjawan untuk mini dais. Mini dais ni saya pernah survey paling murah pn RM500. Untuk apa kita sewa sedangkan kita boleh buat sendiri. Beli barang pun takkan sampai RM500. So dah boleh save kat situ.

Dari segi baju no comment la sebab I purposely buat mahal untuk simpanan. And I'm very particular about the dress and make up and so on.. Dari segi make up pulak. Mak aih, banyak yang RM300 over. Gila nak make up sekejapp je then nak bayar derang RM300? Cari punya cari, jumpa lah MUA dari alor gajah dengan offer price RM180 per session. Ok la. At least dah boleh save.

Catering ibu dan ayah tiri saya handle. Dah save kat situ. Pelamin DIY je. Hantaran DIY. Kalau saya nak listkan budget saya satu persatu.... PANJANG. Make sure... KENA BUAT BUDGET!

Saya puas hati sebab saya tahu duit keluar ikut mana. Majlis saya within budget. Yang penting, kepuasan hati berbaloi dengan pengeluaran wang. Buat budget tau!

p/s: saya siap ada buku belanjawan dan catatan untuk tunang dan kahwin lagi. Selamat berbelanja. Make sure buat belanjawan ok!! :)
Photobucket

Part X - Kami pula. :')

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Salam to all,




Kami lain, karakter, keturunan, cara hidup, gaya hidup. Kami keras kepala, kami menjaga satu sama lain. Kami kuat merajuk, kami pujuk masing-masing. Kami marah, kami redakan hati masing-masing. Kami simple, kami sentiasa percaya pendapat masing-masing. Kami tak sempat kenal dengan lebih lama macam orang lain. Tapi insyaAllah kami akan lebih mengenali jiwa dan hati budi masing-masing dijalan yang diredhai olehNya. Semoga semuanya selamat dari awal hingga ke penghujungnya. Kami mengharapkan doa kalian. Semoga kekal bahagia dunia dan akhirat. Amin.

Photobucket

Tuesday, December 6, 2011

Part IX - Kenangan Bersama Mereka!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,


3 december 2011, segalanya berakhir. Alhamdulillah. Dengan segala cabaran, dugaan yang saya rasa amat hebat sekali. Saya dapat lalui walaupun bagi saya agak terkilan on certain things. Tapi alhamdulillah. Segala usaha berbaloi. Segala penat lelah, berbayar. Dengan kehadiran ramai orang, dengan pujian dari tetamu, dengan senyuman semua pihak, dengan ucapan Alhamdulillah. Saya bersyukur kehadrat Illahi. Majlis berjalan dengan lancar, tidak hujan, tu yang paling penting sekali sebab time tu Melaka selalu hujan petang. Alhamdulillah...

 1. Saya bersama ibu, mak tunang saya dan the only kakak tunang saya. :')


2. Bergambar bersama menantu dan bakal-bakal menantu.


 3. Saya bersama kesemua puteri dan bakal puteri ayahanda Samsudin

 4. Saya bersama bakal pengantin baru, Abang Jeff and Kak Farah


 5. Saya bersama kawan baik saya, Ramizah Ramli. :')


 6. Bergambar bersama adik beradik tunang saya  :)


 7. Bersama keluarga Samsudin


8. Bersama bakal mertua... kut? Amin. They're all great :)

Photobucket

Part VIII - Baju Seragam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

some of us mungkin rasa menda ni tak perlu kut. Saya rasa macam best je kalau buat. Tiba-tiba ibu pulak yang beria nak anak2x dia sume pakai putih. Mula2x macam takut jgk tiba2x je ibu nak serba putih ni. Teringat kalau tengok cite2x rashid sibir kan.. ish2x.. simpang malaikat 44.

Hari kejadian:


Menarik kan padanan antara pink dengan putih. Barulah terserlah. Eh... sejak bila aku minat pink ni.. lol.

Bersama adik-adik kesayangan. Saya belikan dia. ape ye yg tampal kat baju tu.. haaaa... yang tu setiap adik kena ... no.. diwajibkan pakai. tapi gambar dengan ibu takde.. ibu busy sangat.. T___T


Photobucket

Part VII - Cincin tunang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Share lagi.. lagi dan lagi..


Simple kan? Alhamdulillah. Yang sengalnya, betapa gelabah sampai cincin risik tak pakai. LOL. >.<
Photobucket

Monday, December 5, 2011

Engagement Day part I

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Been busy with my engagement day. A day before my E-day, we've been informed that Toki Awang (adik cik) meninggal dunia. Sebenarnya dah lama dia sakit, Allah lebih menyayangi arwah. Innalillah.. Saya rasa terkilan tak dapat balik kampung. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang paling disayangi olehNya. Arwah seorang yang sangat baik, soft spoken, baik sangat. And muka arwah dengan arwah abah saya seakan sama bila saya tengok arwah terlantar koma di hospital. Betul orang kata, Allah lebih menyayangi arwah. Al fatihah.

Talking about my E-day, there are lots of guests coming to my event. Thank you so much. Mula ingat nak buat simple, tapi memikirkan saya pn anak sulung, ibu pn sendiri tak pernah merasa pertunangan dizaman muda beliau, so saya layankan setiap karenah ibu dan family. They're all excited and supportive and I dont know how to describe the feeling. I love them so much. They ease my way, they give a full support, they lend a hand to reduce my burden. Thanks to all.

Ni sebahagian gambar yg saya sempat curi dari photographer saya. Will be upload more in the next post :)






Photobucket

Part VI - Make Up Artist

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,


Sewa veil dan aksesori dari MUA saya. This is the veil and the accessories. Menarik tak? :')



Ok lah. Ni kali kedua saya make up after first time dulu time Graduation Night. Time Gradnite tu ntah pape je make up. Rasa cam hantu je. Search punya search di internet, saya jumpa la sorg kakak ni. Banyak sebenarnya MUA di Melaka. Tapi tak sebanyak di KL lah. Semua charge mahal2x. Saya nak tunang je. Bukan kahwin. Ada yang charge RM300. Ade yang charge smpai RM500 sebab transportation charge ape sume. MAHAL! No.. No... No.. Semua benda nak save. So, at last saya dapat MUA saya. Walaupun bagi saya agak heavy and agak tebal, tapi ramai yang puji make up dia. Mungkin sebab saya tak biasa dengan make-up macam ni kut. Maybe?

See the results:


Lagi dan lagi..


Make up artist : Bazilah
Website : makeupartistbazelfizz.blogspot.com

Sape yang berminat, boleh contact MUA saya :)


Photobucket

Part V - Doorgift

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,


Pelik tapi benar. Saya taktau pulak tunang kena bagi doorgift? Tapi ibu kata, kita sediakan lah doorgift. Oh! Tak pernah masuk pun dalam budget saya sebenarnya. Bincang punya bincang, ibu kata maklong punya idea, bagi doorgift. Apa lagi, saya macam biasa, cari kat internet doorgift apa yang sesuai dan comel dan save budget dan pelik dari yang lain. hmmmmm... At last saya terjumpa....


Taddddddaaaaaaaaaaaaa!!!
Apam Polkadotssss!!! Sooooooooooo niccccceeeeeeeeeeeeeee. Seriously!
Pastu kat dalam ada inti. Macam2x inti ada. Sangat best!
Saya tempah kat sini : cupcake-huda.blogspot.com

Kak huda baik sangat. Dia duk dekat ampang. saya beli 100pax, 1 pax tu ada 2 apam polkadots. Kira gambar kat atas ni untuk 1 pax la. 100 pax (200 apam) = RM120. Murah kan? Ni la doorgift budget saya. Die letak dalam bekas transparent macam bekas cupcake tu.

Doorgift saya yang lain :
- air kotak, cloud 9, Roka, etc. lupa. semua junk food la. tu ibu sponsor. hihihihi.

Bagus juga ada doorgift. Tunang saya cakap, "kitorg terkejut siap ada doorgift lagi, abang2x saya tunang semua takde doorgift pun. Thank you, sayang."

thank you ibu! Muaaaahhhhh!



Photobucket

Part IV - Baju Tunang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,


Ok. Saya tau mesti topik ni yang paling merungsingkan perempuan-perempuan yang bakal bertunang. Kan? SANGAT RISAU!! sebab semua nak nampak comel, cantik, gebu, hot, kurus, kemas, haaaa.. ape lagi? Kesemuanya lah. Sewa pun mahal. Baik beli kain, then tempah je. Boleh buat kenangan. Sentimental value la katakan. hehehe. Saya pun search la contoh2x baju yang bagi saya cantik but simple. Senang cerita saya ni seorang yang simple lah orangnya. tak suka yang ada lace2x. Tak suka yang nampak macam nak kawen. Nak yang nampak.. "macam nice" je. So search punya search.. saya berminat yang ni:


Beli kain, anta tempah. Then seminggu lepas tu datang kat tailor.. SILAP BUAT!!!! *#^%$^%^
Saya rasa sedih la tapi tailor tu kata dia akan bertanggungjawab. Dont worry. Lepas tu saya dah macam fedup nak buat design sama. Saya cari pattern lain, last sekali tukar pattern baju kepada design ni:


Alhamdulillah, mendapat pujian dari ramai orang juga la. Simple but nice kan.. Tapi baju tunang la paling banyak saya kena keluar budget. Hmm.. Kira punya kira, baju tunang sahaja dlm RM700 (exclude tempah). Thank you to my fiancee sebab belanja tempahan baju RM370 sebab termasuk kain tambahan n etc. Berpeluh -.-"

But ok la, still boleh guna baju tu untuk event lain sebab tak nampak sangat macam baju tunang. lalalala..Afterall, saya sangat berpuas ati tapi kan.. Just nak share pada korang semua, actually, saya tersalah beli kain. Beli chiffon mahal. RM98 permeter. dan saya guna kain dalam 7meter lebih sebab kena buat serung la ape bagai sume. So untuk sape yang nak buat baju cenggini, anda boleh dapatkan kain chiffon lagi murah sbnrnye. Beli chiffon mahal membazir dan x kena sangat dengan design ni sebab tebal skit. So peringatan untuk saya dan semua. Beli chiffon yang nipis tapi die jatuh terletak. ade kat gulati's. Harga dalam RM30+ permeter. Jauh beza dengan RM98 :(

My bad.
Credit to Arma Couture sebab design dia sangat cantik dan sumber inspirasi saya untuk tempah baju tunang.



Photobucket

Sunday, December 4, 2011

Part III - Mini Dais aka Mini Pelamin

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,


Mungkin ramai orang keep on thinking nak save budget untuk tunang la. Nak nampak cantik. Nak pelamin cantik. Nak itu. Nak ini. Tapi takde budget lah. Macam mana? hmm. Sama la macam yang saya penah fikir sebelum ni. Saya nak yang simple. Saya taknak sewa pelamin sebab sewa dalam beberapa jam, pastu nak kena pulangkan balik. Paling murah saya survey pun dah RM500. Banyak lagi menda lain yang saya boleh buat dengan harga RM500. So saya search la di internet contoh2x pelamin yang boleh DIY, simple but has to be very nice. Saya share satu design yang saya rasa simple tapi menarik sebab boleh DIY. Saya terjumpa di internet tapi lupa dah link ape. So takleh nak bagi credit. :(


Cantik kan? Tapi mungkin untuk sesiapa yang tak suka simple, nak grand.. mungkin tak minat kut? hehehe. Just share je. So kami (saya satu family) ambil contoh pelamin ni untuk decorate our own mini dais.. Hasilnya..... taaaaadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!~


Simple je kan.. Tapi alhamdulillah.. Cost? Bunga besar 2 pasu tu memamg dah ada kat rumah sebelum ni. Bantal pun bantal lama just ibu jahit alas baru. Karpet ibu beli sempena rumah baru. Harga RM700 tapi actually bukan karpet untuk pelamin pun. Karpet rumah baru, pinjam je sekejap. Yang betul-betul beli untuk pelamin is kain organza total rm70. Beli bunga n benda alah kecik-kecik tu tak sampai RM150. So total ada la skit2x dalam RM200+ compare to RM500 kan.. Ok la. Boleh save. Sape nak tiru, boleh tiru. Simple and can DIY je. :)



Photobucket

Part II - Hantaran Sebelah Lelaki

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,



Hantaran belah perempuan dah. Jom saya share hantaran sebelah lelaki kepada saya.


 1. Gula - gula


 2. Buah - buahan


 3. Sejadah


 4. Kain sepersalinan


 5. Kain sepersalinan II


 6. Chocolate


 7. Kek


 8. Telekung


9. Jam tangan Fossil


Supposedly 11 tapi dah tolak bekas cincin dan tepak sirih. Alhamdulillah. Kinda excited sebab biasanya tengok orang agih-agihkan barang hantaran kat saya. Kali ni giliran saya pula agihkan barang dekat orang. hehehe. Alhamdulillah. 



Photobucket

Saturday, December 3, 2011

Part I - Hantaran Sebelah Perempuan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,



Tanggal 3rd December lepas, saya telah dilamar untuk menjadi tunangan kepada tunang saya sekarang. hehehehe. Nama dia Mohd Fakhorazi Samsudin. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan sangat lancar sekali. Hari sebelumnya dimana hujan turun dengan sangat lebat menyebabkan saya sangat bimbang pada majlis yang akan berlangsung keesokan harinya. Alhamdulillah, Allah ease my way. Terima kasih Ya Rabb.

Saya nak share gambar hantaran kami pada hari berkenaan. Actually tak share pun dengan orang lain. Ini antara hantaran sebelah perempuan.


 1. Chocolate (Beryl's)


 2. Sepersalinan kain baju melayu 


 3. Buah-buahan


 4. Tart nenas


5. Dodol Melaka


 6. Kek Chocolate


 7. Jam tangan Fossil


 8. Sejadah


9. Potpurri

10. Sirih Junjung + Tepak Sirih (Hiasan)


Banyak kan? Mulanya persetujuan hanya 7 berbalas 5. 7 dipihak perempuan dan 5 dipihak lelaki. Alih2x tunang saya cakap banyak orang nak tambah hantaran dia, so total dah jadi 11. Ibu satu family cakap kalau lelaki sebelas, kita xboleh la bagi 7. Tambah punya tambah, taddaaaaaa... jadi lah sepuloh! Semua hasil tangan ibu. Saya hanya buat part chocolate je. and Pakusu buat sirih junjung. Mesti tak caya kan tu hasil kerja seorang lelaki, Pak Usu.. kesayangan saya! =)

Photobucket

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP