Showing posts with label pregnant. Show all posts
Showing posts with label pregnant. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

Checklist keperluan ibu dan bayi (sebelum, ketika dan selepas bersalin)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Orang cakap bila nak membeli, kena beli sedikit demi sedikit. Tanya rata-rata orang mesti cakap benda yang sama. Macam kahwin juga, kalau nak beli hantaran, mesti beli sedikit demi sedikit. Kalau dah banyak duit sangat, baru la boleh beli semua at one time. Disebabkan keterujaan melihat barangan baby, saya google la serba sedikit checklist berkenaan dengan barang keperluan baby and ibu ketika mengandung, ketika bersalin dan juga lepas bersalin.

- PENJAGAAN IBU -

Barang ketika mengandung 
* Saya start beli masa kandungan berusia 4 bulan lebih. You will feel that your tummy is getting bigger and bigger and semua baju dah tak muat especially all the jeans n kain baju kurung. Sobs!*

Baju/Jubah/Dress mengandung
Seluar Mengandung
Blouse Mengandung
New Bra & panties

Barang Ibu ke hospital
* Dinasihatkan 7 bulan ke atas dah kena prepare siap2x bakul untuk baby dan ibu khas untuk persediaan bersalin. Letak and tinggal je dalam kereta. Who knows? Ada je orang lahir diusia kandungan 28 weeks which is 7 bulan macam saya ni *

Kad Lawatan Hospital
Kad Pengenalan
Telefon Bimbit
Baju (2 helai)
Stokin (2 pairs)
Kain Batik (2 helai)
Bra (3 helai)
Panties (5helai)
Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
Tuala Mandi
Maternity Pad/Pad Biasa (1 pek)
Selipar (1pasang)
Kamera
Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)
Termos Air Panas
Bag Plastik
Baju Sejuk (Sweater)-(1 helai)
Sikat
Breast Pad (4 pair)
Nursing Bra (2 helai)

Berpantang (Untuk Ibu)

Set Berpantang
Stokin tebal
Baju Sejuk
Selipar rumah
Kain Batik
Bengkung
Maternity Pad
Pad Biasa
Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
Minyak Angin/Urut
Makanan/Minuman (Air Masak, Horlick, Susu, Biskut, Roti)
Tukang Urut


- PENJAGAAN BABY -


Barang baby ke hospital 
* As I told earlier. Prepare seawal usia kandungan mencecah 7 bulan *

Beg baby

Baby Diapers (14 keping)
Baju (3 helai)
Minyak (maybe Yu Yee Cap Limau)
Baby Wipes/Wet Tissue (2 pek kecil)
Tuala Mandi (1 helai)
Stokin/Sarung Tangan Bayi (5 pairs)
Peralatan Mandi
Selimut/Bedung (3 helai)
Barut (4 helai)
Topi (1 helai)

Baby Gear 

Baju- Lengan Pendek (5 helai)
Baju- Lengan Panjang (5 helai)
Rompers (5 helai)
Seluar- Pendek (5 helai)
Seluar- Panjang(5 helai)
Sarung Tangan + Sarung Kaki (5 pairs)
Baby Bip (1 helai)
Sapu Tangan (5 helai/set)
Barut
Topi

Diapering

Napkin (1 pek)
Lampin Pakai Buang (3 pek)
Safety Pin
Changing Mat
Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi 
Cloth Diaper

Baby Care & Grooming 

Losyen Bayi
Wet Tissue
Sikat
Putik Kapas (Cotton Bud)
Cotton balls
Pengepit Kuku (Nail Clipper)
Nasal Aspirator (untuk selsema)
Methylated Spirit - alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihak hospital)
Minyak Yu Yee Cap Limau 
Minyak Telon Bebiku
Cotton
Diaper Cream
Beg Baby

Nursering

Selimut
Bedding set
Katil Bayi
Dimple Pillow
Kelambu done
Bakul Baju Kotor.
Almari Baby
Bakul Baby (Simpan Toiletries Baby)

Feeding
Botol saiz S (2 botol)
Puting Botol Susu (2 pieces)
Berus Pembersih Botol
Nipple Cream
Nursing Pad Washable (2 pairs)
Nursing Pad Disposal (2 kotak)
Shield collector
Breast Pump
Cooler Bag
Breast Milk Storage Bottle
Breast milk storage
Nursing Pillow
Termos
Cecair Pencuci Botol
Dyring Rack

Travelling

Beg Bayi
Baby Sling
Stroller
Baby Carrier
Bakul baby
Nursing cover

Bathing

Tuala
Besen Mandi & Tempat Duduk Dulang
Sabun Mandi

Extra

Penyangkut Baju Bulat Kecil
Penyangkut Baju Bulat
Penyangkut Kecil
Bekas Spray Air

Banyak gila kan? Kalau tak tulis memang akan ada yang miss nanti. First experience. Mana nak tau ape kena beli, ape kena bawak. So I need to jot it down on a paper and jangkaan pertama saya, saya nak serbu Baby Expo MidValley dulu! Yehaaaaa!~


Info lanjut tentang any baby expo, anda boleh tengok dekat page ni:


 atau dekat sini





Photobucket

Monday, January 7, 2013

Baby dalam air ketuban

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,


Mesti korang bosan bila blog saya penuh dengan benda2x macam ni. Takpelah, abaikan je. Motifnya saya share sebab rasa macam kagum dengan ciptaan Allah s.w.t sebab selama ni kita dapat tengok baby je, keluar2x dari perut ibu, kita dengar orang cakap air ketuban pecah, ape semua, kena bawak gi hospital takut baby lemas, etc. Bentuk air ketuban pun saya tak tau. Cair ke, pekat ke? Kuning ke putih ke. Air ketuban tu duk mana (yes! memang saya agak jakun disitu). Bila tengok gambar ni, baru lah saya tahu betapa indah ciptaan Allah.

Gambar ini menunjukkan bayi yang baru lahir beserta kantung air ketuban yang masih dalam keadaan baik. Air ketuban ni banyak kelebihan dia. Untuk protect bayi dalam kandungan selama 9 bulan. Saya terbaca juga satu website ni menanyakan doktor samada diusia kehamilan, boleh ke having sex macam normal, and the doctor said that boleh dan tidak menyebabkan keguguran because of the baby himself/herself has been protected by this. Indah kan ciptaan Allah. Macam mana dia boleh tak pecah sedangkan kita duk ganas2x selama 9 bulan. Ke hulu ke hilir, gi kerja macam2x lagi. Tengok macam very fragile tapi itulah kekuasaan Allah yang maha Esa. Allahu Akbar!




Photobucket

Sunday, January 6, 2013

Semuanya dah ketat! :(

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Today is my day with my mom and my husband. Everything seems perfect to me. We are having our lunch dekat kenduri kahwin anak mak angkat saya di Shah Alam. Dah lama tak jumpa diorang. The food was awesome! Seronok bila ibu bercerita denga husband macam2x. Plan nak buka bisnes sama2x la apa la. Alhamdulillah, mom is the best mom I ever had. Sekarang dia sangat terlebih care pasal saya. Rasa terharu sangat. Apa2x dia buat, mesti fikir kebaikan saya. Selalu nasihat suami saya supaya jaga saya elok2x.

Inilah gambar kami di kenduri kahwin. hehe. Excited sebab ada jugak gambar baru akhirnya!





Alhamdulillah ibu nak jaga anak saya bila pantang! Yahuuuuuu! Dulu bukan main cakap "Ibu boleh jaga tapi kamu kena sediakan maid la". Sekarang lain pulak gayanya. Bila berseloroh dengan ibu, dia dah fikir dah "Nanti cucu ibu nak panggil ibu ape ye. Taknak la nenek, macam tua sangat. Tok ma ok jugak". Saya cakap la, kalau tok tu lagi la nampak tua. Hehehe. Saya suruh cucu ibu panggil dia NekMa tak pun Mummy. hehehe. Baru la nampak style!

Dia dah siap sound cucu ibu tak boleh minum susu tepung. Ibu kena make sure cucu ibu minum susu ibu. Okay. Sebenarnya nenek dia yang over. Hahahahahaha. Saya pn tak sampai fikir tahap tu lagi. Seronok dapat borak dengan ibu. Seronok dapat tengok muka dia happy. Ibu pun dah tegur saya gemuk and nasihat husband suruh tengok makan minum saya. Ohmy!

Tapi dah berapa orang dah tegur saya gemuk tau! Rasanya dah lebih 5 orang. Ramai kan??? Diorang tak cakap la saya gemuk tapi diorang kata pipi dah tembam. Tapi kan, rasa pilu bila nak sarung kain baju kurung moden saya selalu pakai, dia pnya kain dah ketat! Dah kena tarik getah dia sepenuh hati. Sedih! Seluar jeans saya banyak2x hanya mampu pakai satu je. Sebab yang skinny tu dia punya pinggang besar sikit. Thank God! Yang lain kalau nak pakai memang sangat tak selesa. Kena buka butang baru selesa. Tapi takkan la nak gi jalan2x pakai seluar tak butang? Adoi! Pressure betul. Gemuk sebab saya banyak makan ke sebab ada isi ek. Saya pernah cakap kat husband, kalau bulan lepas takde isi, saya nak diet. Tapi alhamdulillah, Allah bagi rezeki kat saya dan mungkin bukan rezeki saya nak jadi orang kurus balik kut? Takpelah. Asalkan orang yang saya paling sayang ni sihat sudahla.

p/s: Ibu sanggup pakai kain batik la pegi office! Okay. Hover you!



Photobucket

Saturday, January 5, 2013

My day starts with a big smile =)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Bangun pagi, suami dah ada plan dengan his BIL. Katanya nak tolong BIL dia buat bata kat kedai baru dia di Kajang. Okay lah. Mula2x rasa terkilan juga sebab we only have weekend to be spend together. Oh! Bukan weekend, we only have Saturday as our family day. Sebab masa kerja my husband tak sama dengan saya. So we only have Saturday to be spend together. Takpelah. Husband janji nak bawak saya gi jalan-jalan malam ni. Saya layankan jela.

Bangun pagi, buka tv sambil baring. Bosan2x saya sapu rumah, mop lantai, kemas dapur. Buat slow2x lah. Takut juga. Saya ni pulak jenis tak suka rumah sepah and kotor. Every 3 days rumah mesti kena sapu and kena mop. Regardless kotor ke tak kotor ke. Takdela nk sapu hari2x sebab kami pun jarang ada dirumah. Then, I got a call from ibu. Okay! Awal ibu call harini. Malam tadi pun ibu ada call tapi saya tak larat sangat. Just received missed call.

Biasalah, nak ajak borak la tu. Borak la pasal melancong sana la melancong sini la. My mom dah gila melancong sekarang. Tapi my mom pilih yg murah and affordable je la. Layankan la dia bercerita sambil tengah tapau breakfast untuk adik2x saya. Kelakar la ibu ni. Until one time dia cakap kat saya, "akak, ibu ada survey baju pregnant cantik2x untuk kakak. Ibu ingat nak beli lah. Tapi tunggu kakak 3, 4 bulan la, masa perut dah besar. Nanti ibu belikan baju pregnant untuk kakak". Okay. Yang ni buat saya terharu! Pelik juga ibu boleh kata hari2x call saya. Tanya sihat ke tak. Bercerita itu, bercerita ini. Ibu nak belikan saya baju pregnantttt!!!!!!! hahaha. comel

After end up call, saya whatsapp my sister ajak dia makan. Takde teman nak makan. Sobs! And she said that she got a gift for me. A gift? I asked her what for? And she said that sempena saya pregnant! Oh my God! That's too sweet! Tanya saya perut saya dah besar ke tak. And I said "buncit sebab banyak makan adalah. huahuahua"

Semua orang tunggu kamu. Semua orang excited nak tengok kamu. Ibu kena lebih "care" dengan kamu la lepas ni. Your grandmother, your aunts, your uncles are waiting for you. Okay. Poyo pulak rasa. Tak caya saya boleh bahasakan diri saya ibu? LOL. Ibu pun umur 49 tahun dah jadi grandma! OHMY! Mudanya grandma! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA




Photobucket

Friday, January 4, 2013

Perkhabaran Pregnancy. Salah ke?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

It's going to turn 2 months soon. Very soon. Tapi haven't check dengan doctor samada dah nampak embrio atau still nampak kantung. Sebab saya ada terbaca ade la forumer ni bercerita mengenai pengalaman dia melalui fasa-fasa kehamilan ni, boleh refer sini, dan dia takut bila dah 8 weeks tapi still nampak kantung je. Sebab based on ape doctor cakap aritu, 6 weeks dah ada kantung, 8 weeks dah boleh nampak embrio so he suggested me to scan my belly on the 8 weeks of pregnancy. Tinggal beberapa hari je lagi. Takut juga sebenarnya. Takut nak tengok nampak ape. LOL.

Actually, regarding my pregnancy, saya ada post gambar UPT di Instagram dan link ke Facebook dan Twitter and I am not sure whether that's a mistakes or what? Sebab one of my concern friend said that "tak perlu kut post kat facebook?". And I was like... *&%^$#$#@. I asked my husband and his response was, "pedulikanlah ape orang nak cakap, bukan dia rasa macam mana gembira tu". My team mate pun cakap juga, tak payah la bagitau bos lagi, lagipun baru lagi. So I was like, &*^&%&$#@ again! Tapi memang takde intention pn nak heboh2x. Sebab saya pun post pasal pregnant dekat instagram (linked to FB and Twitter) and blog je. Lagipun I don't think that my blog has a "known" reader.

I shared it with my personal blog and my family. Family in laws pun tak share cause I thought that mybe my husband wants to tell them personally. So I guess takdelah nak kecoh 1 dunia kut? Unless for those who concern and happy about that maybe felt that it's a great news! Not the response of "tak perlu lah kut nak bagitau orang?"

Dengan member sekerja pun saya tak mentioned. Biarkan je. I just share with my closest friend, Zura and she was like.. Hey, korang akan dapat anak buah! And the feedback from my officemate was amazing. Terasa macam anak saya bakal jadi senior anak2x diorang. Wahahahaha. Jaga-jaga la korang nanti anak aku buli anak korang. Huahuahuahua. Ok. Imaginasi je tu.

Pregnancy is actually a tremendous victory in a hubby-wifey relationship. Anugerah Allah yang tak semua orang dapat. So, we have to really enjoy the happiness and share it with beloved ones. The early stage keeps torturing me. Tu tak boleh buat, ini tak boleh buat. Tapi, layankan jela. Lagipun masa ni la nak tengok perubahan besar pada husband. Lipat baju, basuh baju, jemur baju, mop rumah. Wahaha. There are some new things happened last few days/weeks whereby my body feels a little bit hotter, rasa nak demam everytime malam2x. Rasa perut macam senak. Rasa macam dup dap dup dap dekat belly. Penat? Penat tu tak payah nak cerita la. Rasa penat dari biasa. Tambah pula kerja n balik kerja hari2x jammed, lagi berganda penat. Tu apa yang saya rasa sekarang and almost everyday happened.

Saya doakan semoga semuanya sihat. Kalau dah takdir Allah, jadi, Maka, jadilah ia. Jika takdir Allah kata tidak, tiada siapa dapat menghalang. Doakan semoga keluarga yang saya baru nak bina ni bahagia sehingga ke akhirat dan semoga semuanya selamat. Amin Ya Rabbal Alamin.



Photobucket

Friday, December 28, 2012

Finally, I am pregnant! :)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,


Already 28th December! Dah masuk 3 bulan kami bergelar suami isteri. Alhamdulillah. Berkenaan dengan isu It's already two weeks iaitu previous post saya. Akhirnya, kami decide untuk check juga kesudahannya. Sebenarnya husband saya yang beria beli. Dia tolong bukak, letak atas meja so that esok pagi saya senang, terus ambil and check. Ok. Betapa semangatnya dia. Saya bangun pagi 26th December lalu, hati rasa berat nak cek, tapi teruskan juga lah. Sebab orang cakap, better check guna air kencing pertama kita which is selepas kita bangun pagi sebab time tu kadar HCG (Human Chorionic Gonadotropin) kita tinggi compare to waktu-waktu lain. Orang tanya saya ape itu HCG. Saya pun google lah. (Macam biasa. Tanya Mr. Google)

HCG (Human Chorionic Gonadotropin) yang dikeluarkan oleh uri (placenta) pada bayi. Pembentukan uri berlaku sebaik sahaja janin (embrio) ditanam pada rahim. Uri akan menghasilkan hormon HCG dan dapat dikesan melalui air kencing wanita. Alat UPT membantu mendiagnose kehamilan di awal kehamilan.

Clear bukan ape maksud HCG? Back to the story, saya buat test urine pagi2x buta. Result UPT saya:-


I am pregnant! Alhamdulillah. Ingat nak sembunyikan dari husband dlu. Konon nak buat surprise. Tapi tak boleh. Tak sampai hati sebab dia dah beria sangat. Saya kejutkan suami saya saying that I am pregnant. Terus dia berlari ke toilet tengok UPT saya. Senyum lebar yang tak pernah saya lihat selama lebih kurang 2 tahun saya kenal dia. "Hari ni hari yang paling happy dalam hidup abg", kata dia. Alhamdulillah. Tapi kami still merasakan bahawa kami perlu double confirm dengan doctor.

So, pada malamnya my husband bawa saya ke klinik, check UPT again. And alhamdulillah, positive. Dan kandungan saya sekarang berusia 6 minggu nak masuk 7 minggu. Baru lagi kan? Doctor nasihat tak boleh angkat benda berat2x, kurangkan naik turun tangga, jaga pemakanan. Selain tu juga doctor ade bagi acid folic, katanya untuk pertumbuhan tulang belakang baby. Alhamdulillah. The most precious gift from Allah to me for the rest of my life. Alhamdulillah.

Minggu ke-8 doctor cakap dah boleh scan tengok fetus. Tak sabar sebenarnya. Alhamdulillah. My husband was the happiest person that moment until now pun. My families were excited to know that there will be an addition of family members soon. Tak putus2x dapat message, dapat advice dari mereka. Mom keeps calling nasihat macam2x. I felt touched. Only Allah knows what's inside my mind.

Menangis dalam kesyukuran dan terharu. And at the same time teringat arwah abah. He must be very happy at this moment to receive this good news. Sebab arwah sangat suka pada budak. Dulu pn arwah abah lebih banyak masa dengan kami daripada my mom. Air mata tak dapat dibendung lagi. Rindu abah. Sekarang kalau mengaji dah tambah utk abah dan baby sekali. Semoga semuanya selamat, doa daripada kalian amat penting bagi saya. Terima kasih. Sayang semua. May Allah blessed.



Photobucket

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP