Showing posts with label wife. Show all posts
Showing posts with label wife. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Suami alahan?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Penatnya rasa. Hari2x rasa penat. Hari2x rasa cepat mengantuk. Tak larat rasa nak gi kerja. Besnya sesiapa yang jadi housewife sepenuh masa. Seronoknya! Already turn 8 weeks. Doctor cakap 2 months akan start morning sickness untuk kebanyakan ibu mengandung. Alhamdulillah, so far takde pula rasa ape2x. Penat lebih, perut cramp, nak demam, cepat pening bila dari duduk tiba2x bangun tu ada. Saya baca tu memang symptoms dia. Kawan saya awal2x preggie dia kata selalu tidur kat office. Saya hanya mampu tidur time lunch hour je la. Memang rasa penat. Mungkin proses "itu" dah ambil tenaga kita kut. Nak kata tak makan, makan je. Nak kata sebab pelawasan sistem pencernaan, lawas je.

Tapi lately husband demam teruk. 2 ari lepas muntah bukan main lagi. Katanya bila hidu bau saya je dia rasa nak muntah. Eh? Die ke yang alahan? Ohmy! Saya perasan juga bila dia cuba dekat dengan saya, terus dia berlari gi bilik air muntah. Sampai dah takde menda nak muntah, muntah air je. Kesian dia. Saya rasa macam... #$%^&*(@#$%^ tak bestnya kalau alah takleh bau suami/isteri. Okay. Semalam saya try tanya husband balik, alhamdulillah, ok dah. Boleh bau macam biasa. TAPIIIII............. taktau la kan sebab 1 hari die tak makan semalam. Takut kalau makan nanti muntah lagi sekali. Teruk betul demam dia.

Biasa saya jaga dia, peluk dia time2x dia demam ni. Suami saya memang manja tambah2x bila dia tak sihat. Boleh kata manja lebih dari saya yang pregnant ni. Saya pulak takut jugak kalau berjangkit sebab saya tak boleh demam. Takut effect baby. Plus kalau demam, saya xboleh makan ubat. Tapi saya lakukan juga untuk suami. Bagi makan ubat, selimut badan dia tebal2x, tepuk and peluk dia sampai tidur baru saya boleh buat kerja lain. Penat sebenarnya bila husband sakit, sebab semua bnda kita kena buat sendiri tambah pulak sekarang berbadan dua. Yes. itu bukan alasan saya. Tapi penat sebab sekarang badan memang cepat sangat penat. Rasa lemau je. Hopefully husband saya tak alah ape2 la. Kesian pulak dia. Kalau saya yang alahan takpelah. Ada orang nk tolong jaga. Kalau dia alahan, mati la saya. Dengan diri sendiri pun tak terjaga.

Dugaan sebenarnya. Hari2x saya minum susu sekarang, nak bagi ada tenaga, ada lebih kalsium so that badan tak cepat rasa sakit2x. Takde rasa sakit tulang belakang ke ape ke. Saya rasa nanti nk checkup kena minta doctor supplement la. Rasa sangat tak larat sekarang. Everyday travel jalan jem pun saya rasa macam.. Damneddd! Saya hope hari ini demam husband saya dah baik. Hope sangat. Saya memang tak boleh tengok dia sakit sebab rasa macam kesian. Hope sangat arini dah okay. Amin.



Photobucket

Friday, December 28, 2012

Finally, I am pregnant! :)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,


Already 28th December! Dah masuk 3 bulan kami bergelar suami isteri. Alhamdulillah. Berkenaan dengan isu It's already two weeks iaitu previous post saya. Akhirnya, kami decide untuk check juga kesudahannya. Sebenarnya husband saya yang beria beli. Dia tolong bukak, letak atas meja so that esok pagi saya senang, terus ambil and check. Ok. Betapa semangatnya dia. Saya bangun pagi 26th December lalu, hati rasa berat nak cek, tapi teruskan juga lah. Sebab orang cakap, better check guna air kencing pertama kita which is selepas kita bangun pagi sebab time tu kadar HCG (Human Chorionic Gonadotropin) kita tinggi compare to waktu-waktu lain. Orang tanya saya ape itu HCG. Saya pun google lah. (Macam biasa. Tanya Mr. Google)

HCG (Human Chorionic Gonadotropin) yang dikeluarkan oleh uri (placenta) pada bayi. Pembentukan uri berlaku sebaik sahaja janin (embrio) ditanam pada rahim. Uri akan menghasilkan hormon HCG dan dapat dikesan melalui air kencing wanita. Alat UPT membantu mendiagnose kehamilan di awal kehamilan.

Clear bukan ape maksud HCG? Back to the story, saya buat test urine pagi2x buta. Result UPT saya:-


I am pregnant! Alhamdulillah. Ingat nak sembunyikan dari husband dlu. Konon nak buat surprise. Tapi tak boleh. Tak sampai hati sebab dia dah beria sangat. Saya kejutkan suami saya saying that I am pregnant. Terus dia berlari ke toilet tengok UPT saya. Senyum lebar yang tak pernah saya lihat selama lebih kurang 2 tahun saya kenal dia. "Hari ni hari yang paling happy dalam hidup abg", kata dia. Alhamdulillah. Tapi kami still merasakan bahawa kami perlu double confirm dengan doctor.

So, pada malamnya my husband bawa saya ke klinik, check UPT again. And alhamdulillah, positive. Dan kandungan saya sekarang berusia 6 minggu nak masuk 7 minggu. Baru lagi kan? Doctor nasihat tak boleh angkat benda berat2x, kurangkan naik turun tangga, jaga pemakanan. Selain tu juga doctor ade bagi acid folic, katanya untuk pertumbuhan tulang belakang baby. Alhamdulillah. The most precious gift from Allah to me for the rest of my life. Alhamdulillah.

Minggu ke-8 doctor cakap dah boleh scan tengok fetus. Tak sabar sebenarnya. Alhamdulillah. My husband was the happiest person that moment until now pun. My families were excited to know that there will be an addition of family members soon. Tak putus2x dapat message, dapat advice dari mereka. Mom keeps calling nasihat macam2x. I felt touched. Only Allah knows what's inside my mind.

Menangis dalam kesyukuran dan terharu. And at the same time teringat arwah abah. He must be very happy at this moment to receive this good news. Sebab arwah sangat suka pada budak. Dulu pn arwah abah lebih banyak masa dengan kami daripada my mom. Air mata tak dapat dibendung lagi. Rindu abah. Sekarang kalau mengaji dah tambah utk abah dan baby sekali. Semoga semuanya selamat, doa daripada kalian amat penting bagi saya. Terima kasih. Sayang semua. May Allah blessed.



Photobucket

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP