Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, November 13, 2012

Resepi #4 : Daging Masak Kicap pedas!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Next resepi is daging masak kicap. HAHAHAHA. Simple je lauk arini. Tapi husband sukaaaaaaa. Tu yang paling penting! Sebab rasa pedas2x.. Nak cuba? hehehe.. Here's the recipe:




Bahan-bahan :-
  •  Daging  *ikut citarasa sendiri*
  • 1 ulas bawang besar *dikisar*
  • 2 ulas bawang putih *dikisar*
  • 1 ulas bawang besar *potong bulat sebagai hiasan*
  • 10-15 biji cili padi
  • Cili kering *dikisar*
  • 2 biji cili merah *dipotong serong*
  • 1 inch halia *diketuk* 
  • 1 biji tomato *potong 6*
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • Garam dan gula

Cara-cara :-
  1.  Panaskan minyak dalam kuali
  2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau
  3. Masukkan cili padi dan halia. Tumis sekali dengan bahan kisar sehingga pecah minyak
  4. Masukkan sos tiram. Kacau sehingga rata
  5. Masukkan daging. Tutup kuali untuk beberapa minit *20-25minit* untuk bagi daging empuk
  6. Masukkan kicap, sedikit garam dan gula. Kacau buat seketika
  7. Masukkan tomato dan bawang merah yang telah dipotong bulat
  8. Gaul seketika. Angkat dan hidangkan.


Suami saya suka. You should try. Resepi simple orang baru kahwin. HAHAHAHAHA


Photobucket

Resepi #3 : Udang Goreng Kunyit bersalut telur version saya!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

HAPPY DIWALI to all my friends..

Hari ini hari berada di rumah the whole time. Lama rasanya tak cuti dirumah sejak lepas kahwin, tak pernah ada satu hari stay and buat kerja rumah so today is the day. Hari ni suami kerja. So saya ada peluang untuk masak lambat sikit. Biasa bangun pagi masak. *eventhough husband cakap tak payah tapi rasa x sedap tinggal rumah takde makanan*

So hari ini, tak tau nak masak ape, saya decide untuk masak dua lauk iaitu lauk daging dan udang. Let me share with you resepi saya untuk udang yang saya namakan udang goreng kunyit bersalut telur version saya.



Bahan-bahan :-
  • Udang *terpulang berapa anda nak guna*
  • 1 ulas bawang besar *potong bulat*
  • 2 ulas bawang putih *hiris halus*
  • 1 biji cili hijau/merah *saya guna merah. nak guna dua2x pun boleh*
  • serbuk kunyit 
  • 1 biji telur
  • 1 ketul kiub pati ayam Knorr
Cara-cara :-
  1. Perapkan udang dengan serbuk kunyit beberapa minit
  2. Panaskan api dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan
  3. Masukkan udang dan goreng beberapa minit
  4. Selepas itu, masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan cili merah. Gaulkan bersama udang 
  5. Kacau telur dan kiub pati ayam Knorr sehingga sebati.
  6. Kemudian tuangkan telur kedalam tumisan udang tadi.
  7. Goreng sehingga kuning.
  8. Angkat untuk dihidangkan.

Senang sangat. tak payah guna garam pun sebab kiub pati ayam knorr tu dah ganti sebagai perasa. Bukan setakat senang, tapi cepat dan mudah. Dalam 5-10 minit pun boleh siap :) Selamat mencuba!




Photobucket

Friday, November 9, 2012

Resepi #2 : Kek Batik yang sedap sangat!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Bila lepas kahwin ni, nafsu makan saya dan suami memang gila. Makan banyak hari-hari sampaikan lewat malam pun kami sanggup makan. Pastu masing2x takut nak timbang berat badan T_____________T

Bercakap soal makan, sebab setiap kali suami balik kerja, mesti nak makan, so saya buat la benda yang paling senang, tak rumit, sedap, favourite saya dan suami. Stok makan kat rumah je, at least ade something to eat dalam peti yang x perlu goreng, tak perlu menggunakan tenaga. So saya buatlah kek batik.

Selalu je buat kek batik sebab senang and sedap. hehehe. Just nak share resepi kek batik saya. Rasanya sama je kut mana2x resepi yang buat kek batik.

Ni gambar kek batik saya. Abaikan potongan yang buruk dan bentuk yang buruk sebab plan nak makan kt umah je. Buat bagi ada je namanya ni. hehehehe




Bahan-bahan :-

2 cawan milo
200g buttercup
1/2 tin susu pekat manis
1 paket biskut Marie ( potong 4 )
1 biji telur

Cara-cara :-

1. Panaskan kuali/periuk.
2. Masukkan buttercup, milo dan susu pekat manis. Kacau sehingga milo betul2x larut dengan buttercup dan susu.
3. Masukkan telur. Kacau laju2x untuk hilangkan ketulan milo. (setengah orang tak guna telur. Depends.)
4. Lepas mendidih, dan milo sebati dengan buttercup and susu, tutup api. Biarkan seketika
5. Gaulkan biskut marie bersama2x dengan adunan milo tadi.
6. Susun dalam bekas dan tekan bagi padat.

Tips :-

Ada beberapa tips untuk masak kek batik ni. Sebab dah try banyak kali, so dah blh buat penambahbaikan la dalam masakan kan.

1. Kebiasaanya, lagi sedap kalau biskut banyak, adunan sikit. Kenapa? Bila milo terlampau banyak, biskut kurang, nanti bila potong, kek batik tu lembik.
2. Biskut marie ada 2 jenis iaitu yang chocolate and yang asli (vanila kut?) Jangan ambil yang chocolate, sebab nanti dah hilang rasa kek batik itu sendiri. Ambil yang original, biskut kaler cerah tu.
3. Jangan gaulkan biskut time adunan still atas dapur, tengah hangat membara sebab nanti biskut lembik sangat, makan pun boleh lerai. Tapi depends pada citarasa korang la.
4. Saya guna milo instead of chocolate/serbuk koko sebab rasanya berbeza. Bila guna chocolate, nanti kek batik rasa kelat sikit. Kalau nak manis, tukar la guna milo. Nak campur chocolate ngn milo pun boleh tapi as usual, nak manis dan lemak berkrim, lebihkan milo dari chocolate :)

Tu je kut. hehehe.. Glad to share sebab resepi simple and senang sangat. Selamat mencuba!






Photobucket

Monday, July 30, 2012

Resepi #1 : Rainbow cake dari saya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

My weekend pack with tons of work to do. I love baking la sekarang ni. Tak tahu la kenapa. Every time balik rumah mesti nak bake. bake. bake and bake and bake. Last weekend buat rainbow cake. Tapi bawak balik sikit je. Yang lain tinggal kat umah. Dah bawak balik tu, abes la sedekah kat orang. Diri sendiri makan pon 1 2 ketul je. LOL. Last Saturday niat nak buat lagi. Tapi kali ni nk buat layer rainbow cake tu lebih sikit. Minggu lepas buat 3 layer je (hijau, pink and kuning). Tambah lagi 2 pewarna.. Biru and orange. Hasilnyaaaaaaaaaaaaaa



cantik kan bila dah ade kaler biru ngn orange.. Tapi tak sempat nak jamah lagi smlm.. Sibuk sangat dengan nak buat kuih cornflakes lagi. Mr Tunang request buat kuih cornflakes. Separuh bagi adik, separuh bagi tunang. Tak sempat lagi nk merasa rainbow cake air tangan sendiri :(

Masa first trial aritu best (ok. perasan! abaikan). Second time ni diorg cakap best. Malam kang la gamaknya baru boleh rasa. Nak belajar buat? Senang je.. Yang paling penting kena ada oven, mixer! Reason having mixer.. supaya doh jd cantik and nak elak tangan penat. hahehuhiho :p

ok. Ini dia bahan2x yang saya guna:

- 250g butter (saya guna 1 buku buttercup tu)
- 450g gula castor
- 5 biji telur (ambil putih telur sahaja tau. Telur kuning ikut suka korang nk bt ape :p)
- 450g tepung gandum
- 1 sudu kecil esen vanilla-
- 1 tablespoon baking powder (kalau taknak guna baking powder, boleh tkr tepung gandum tu ke tepung naik sendiri. best gak!)
- 1/2 sudu kecil garam
- 350ml susu segar (saya guna susu dutch lady. ni untuk lembutkan doh. bantai. lalala)

Cara-cara pembuatan:

- Mula2x panaskan oven dulu dalam 160c or 170c. Saya guna 170c
- Saya pukul butter dan gula castor guna mixer tu sampai kuning raja tu bertukar ke kuning pucat.
- Lepas dah agak2x pucat tu, saya masukkan telur putih sikit demi sedikit
- Masukkan esen vanilla
- Pukul adunan. Lepas tu masukkan tepung dan susu tadi berselang-seli.
- Masukkan garam dan baking powder. Kacau sampai sebati
- Lepas dah rasa macam kembang cantik tu, saya asingkan 5 bahagian (sebab ada 5 warna kan. kalau awak buat 10 warna, gi la try asing 10 loyang. Jenuh! hehe)
- setiap asingan tu letak dalam 3..4 titik pewarna. Agak2x la macam mana kaler yg awak suka, terang ke. Soft macam yang saya buat ke. depends.. Saya tak guna banyak sebab nak nampak soft je
- Lepas tu bakar la dalam range 20-25 minit

Cara buat icing:

ada setengah orang guna whipped cream beli yang dah siap je. Saya guna 3 barang ni je:
- whipped cream beli dalam kotak (guna dalam 2 kotak)
- icing sugar
- esen vanila 1 tablespoon


Guna mixer, pukul sampai lumat. hehehee. Sampai kembang agk2x kental macam icing, pastu sapu je la kat every lapisan kek and for the topping. Tadaaaaa!~

Senang kan?
Selamat mencuba :)




Photobucket

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP