Showing posts with label Period Cycle. Show all posts
Showing posts with label Period Cycle. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

It's already two weeks?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,


Dah masuk dua minggu. No sign of menstrual. Nak kata sign pregnant pun saya tak sure ape petanda specificnya sebab lain orang, lain petandanya. Tapi saya agak curious juga. Mungkin delay because of pregnancy. Mungkin juga sebab hormone. Sebelum kahwin, period cycle tetap. Lepas kahwin menjadi2x delay dia. Orang cakap it's normal sebenarnya. And I just take it as "normal" lah kut. After awhile, bila husband sendiri mula berkira2x tarikh period saya, saya rasa tak sampai hati pula. Seronok dia bila tau delay. Hari-hari dia mengira, hari-hari dia berdebar. Masuk hari kesepuluh dia mintak nak cek UPT. Tapi saya kata tunggu dululah sampai 2 minggu. Sebenarnya takut dia kecewa. Saya ada bertanyakan kepada kawan-kawan secret group saya. Ini response mereka:-



First response siap cakap 20 days delay? Lewat sampai 2 bulan!!!??? Gila lah. Hancur terus harapan. Takkan hormon tak menentu sampai delay 2 bulan? setahun? Memang kena gi check ni. Kalau delay sampai berbulan2x.. macam mana nak check time subur?



Lagi satu group kata delay 57 days. Delay 10 days.. banyaknya. semuanya delay! Tapi saya takut yang jenis delay lama2x ni memang sebab sebelum ni pun period tak menentu macam yang saudari Rina Hamid bagitau, delay sebulan tapi memang sebelum ni period tak menentu. So my inner positively said that mungkin sebab diorang ni jenis period tak tetap jugak kut? Takkan la seseorang yang period tetap before kahwin boleh delay sampai berbulan2x kan? Kawan saya yang lain yang period tetap or kdg2 fluctuate 1 or 2 days every mnth pn delay tak sampai bulan2x. Ntah la. Sebenarnya nak sedapkan hati sendiri. Saya dah cuba untuk relax, tak fikir. Sebenarnya tak fikir pun pada mulanya. Sampai suami saya tegur, sampai la saya sendiri bimbang nape la tak period2x lagi ni. Boleh camtu?

Tapi takpelah. Just wanna share with you my feeling right now. Bimbang pun ada. Sebenarnya saya dah tak pkir sangat pun samada ada atau tak sebab taknak mengharap sangat tapi hubby cakap kena jaga semua. Makan, jalan, tak boleh buat kerja berat2x. Sebab banyak je baca pengalaman orang, taktau pregnant, at last miscarriage. Nauzubillah. Tu yang husband takut sangat2x. Takpe. Kali ini, saya fikir dah masuk 2 minggu so saya rancang untuk check UPT la. Kalau ada rezeki, alhamdulillah. Kalau takde rezeki, ingat nak mintak advise dari doctor. Mungkin ada cara untuk kawal hormone ke ape ke kan. Kalau hormone tak tetap, susah la nak budget waktu subur kan.

Whatever it is, kena selalu bear in mind that Allah knows what best for us. Allah lebih tahu bila waktu sesuai, adakah kita sudah bersedia untuk pikul tanggungjawab yang besar and etc. Kalau pada pemikiran kita, pemerhatian kita, tengok ramai orang yang susah2x Allah bagi rezeki pada mereka, tapi yang senang, yang banyak duit, sampai sekarang tiada rezeki, kita akan fikir, "eh, orang tu lagi mampu", "kesian dia, susah, anak ramai". Tapi kena selalu ingat, sebenarnya Pencipta kita sahaja yang tahu what best for us. Wallahualam.




Photobucket

Tuesday, December 18, 2012

Apa akan berlaku selepas sahaja bergelar isteri

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Sesungguhnya penyakit itu didatangkan kepada seseorang sebagai penghapus dosa. Alhamdulillah. I am having fever, flu, cough right now. Mungkin musim kut? Hari ini pun tak larat nak travel pergi kerja ke Seremban and mintak excuse MC dengan my manager. Berehat di rumah pun bosan juga sebenarnya. Sebab saya jenis tak boleh duduk sahaja. Demam2x pun saya mop lantai, saya basuh kain, jemur kain, masak. Lepas habis semua, baru rasa penat then terbongkang tidur.

Lama betul saya tak update blog. Busy terkejar sana-sini. Last weekend pula ingat nak rehat tapi FIL admitted dekat Hospital Taiping. Terus demam. Mungkin sebab tak cukup rehat pun ye kut. Sekarang dah rasa okay sikit.

Okaylah. Nak cerita serba sedikit what happened last few days. Balik kampung my husband, tiba-tiba terjumpa kawan dia yang kahwin sama tarikh dengan kami. And his wife dah pun preggie sekarang. Mula2x tu down juga. Sebab semua orang dah berisi sekarang. Mungkin sebab kami both memang nak kan. Tapi bila dapat heart-to-heart talk dengan my BFF, Rina, saya rasa lega sikit. Ye la, bila mengadu kat orang tu, dia kata "awal lagi", mengadu kat orang ni kata "relax ar". Kadang-kadang sakit hati juga. Salah saya juga sebab saya tanya orang yang "dah berisi" dan orang yang "taknak anak". So mesti la akan down kan. Tapi ada something yang my BFF said yang buat saya rasa, ok, lega.

Actually, saya nak share untuk bakal2x b2b, bukanlah nak share benda yang 18SX ke ape. It's a common things yang kaum hawa akan rasa pelik bila sahnya menjadi seorang isteri. Dulu saya pelik, kenapa bila lepas kahwin, badan akan rasa banyak angin, kadang-kadang sengugut tak kena pada tempat (biasanya sengugut time nak datang bulan je kan). Ni tak, tiba2x nak datang sengugut, terus je sengugut. Lepas tu nafsu makan pun kuat daripada zaman kita bujang dulu. Taktau la kalau saya je yang ade nafsu makan kuat kan. Sampai ramai tegur saya dah berisi!

Dan jangan pelik bila period cycle anda lari! Sangat lari. Masa first month after married, my period cycle saya delay 7 hari. Genap 7 hari. Konon ingat ada isi dah. hehehe. Tapi memang betul orang cakap. Period cycle memang lari habis. Bulan kedua ni pun sekarang saya dah delay 6 hari dari tarikh last month. Which is kalau dulu saya datang bulan 1hb, bulan depan mesti 1hb atau 2hb. Dua bulan sebelum kahwin, datangnya pada 28hb, sebulan sebelum kahwin, 29hb. 1st datang bulan selepas kahwin adalah pada 5hb. Next month naik jadi 12hb. And this month sekarang dah 16hb. So girls, jangan terkejut kalau it happens to you juga! hehehehe.

I want to enjoy myself with my husband! That's one of her advice. Appreciates our time together. I will! Ya bedabeduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~~~~






Photobucket

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP