Showing posts with label ImanHanaFakhira. Show all posts
Showing posts with label ImanHanaFakhira. Show all posts

Tuesday, August 19, 2014

Fakhira turns 1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,


August 13th, 2013 she was born and I named her Iman Hana Fakhira. Alhamdulillah, 13 August 2014, genap Fakhira berusia satu tahun. She has grown up so fast. She's able to do lots of thing and some of the things is beyond expectation! Alhamdulillah. Masuk je setahun terus tumbuh gigi tiga batang. And Alhamdulillah, takde demam, takde ape cuma she's a bit clingy jela masa time raya haritu. I never thought that she's being clingy to me sebab rasa tak sedap badan nak tumbuh gigi. After dah tumbuh gigi tu everything was fine like before.

Being a mother for a year is not easy. Plus being a working mother some more. Makes me sometimes rasa nak bertukar jadi hulk je. Tapi bila pandang anak bila dia tidur, luluh hati, sejuk hati. Taktau nak cerita macam mana. Perasaan melihat anak tidur hanya dapat dirasai oleh para-para ibu sahaja. Nikmatnya menjadi seorang ibu. Alhamdulillah.

Actually, we (me and my husband) are planning to celebrate her 1st birthday with you all. Sebenarnya plan to make it as simple as possible. Barang2x pn memang dah lama beli skit2x. A small celebration consist of family and friends ke? Saya ingin menjemput, kalau2x ada yang free, jemput datang ke rumah kami. Detail seperti berikut:



Semoga segala urusan kami dipermudah olehNya. Ameen.




Photobucket

Friday, June 13, 2014

Fakhira 10 bulan dah!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,



Happy 10th monthsary to my beloved daughter. You have grown up so fast! Ibu rasa macam baru saja masuk labour room, push and push and push and now, you already 10th! Aiyooo. Hahahaha. 

What I can describe you best is that you are a hyperactive little angel ibu had ever known. Sungguh! Tak tipu! Not only me saying this, but most of them whoever met her pasti akan cakap benda yang sama. Tak tahu la kenapa, ayah cakap mungkin sebab masa awak dalam perut ibu, ibu ni sorg yang hyperactive takleh duk diam, rajin tolong ayah bla2x.. Ibu guess sebab effect ibu makan neurogain tu yang buat awak hyper sangat. Afterall, I am very lucky and grateful for being your mom. I think that you are too cute too handle. Hahaha.. Like I said, every mom think that their son/daughter is the cutest-adorable-cunnest-beautiful-charming-goodloooooooking among all!

Let me share with you her progress so far:

1. Pandai clap hands. Bila orang nyanyi tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu, she will automatically clap her hands. Orang lain tepuk tangan using her palm, tapi dia, tepuk dalam keadaan genggam tangan. Hahaha.

2. Pandai salam orang. Tapi kena cakap "amin..amin".. Dan pandai flying kiss. Hahaha. Notty!

3. Can stand up with her own feet without support for about 5-10 seconds. And I think that awak dah dapat jalan sendiri dah by this Syawal. Mati la ibu. Hahahaha

4. Pandai manjat tangga. Like I said, Everyday ada je kejutan dari awak. Harini awak pandai naik tangga, esok dah belajar nak turun tangga pulak. Banyak akal betul awak ni.

5. Gila main pool kat umah yang ayah beli kt tesco tu je. Pantang!

6. Sekarang dah pandai beza kalau duk atas tempat tinggi, bila dah sampai hujung, tak terus tergolek jatuh kt bawah, die akan rasa dulu, kalau tak boleh pergi dah dia akan stagnant je kat tmpt tu, tapi ibu la takut kut2 awak jatuh katil. Aiyakkk

7. Bila gelak kekek2x sampai kecut perut. Bila kene geletek sekali dah pandai kepik tangan/ketiak taknak bagi orang geletek dia lagi.

Macam2x lagi lah. Tak tersenarai. But you had put so much effort on it, and I am really proud of you my dear daughter. Keep calm, dont push yourself too hard because ibu don't care. Ibu wont compare you with others dear. Because I am so proud to have you as my daughter. Cuma kadang-kadang je ada rasa bebal sikit dengan awak. Hahahahahahahaha. Ibu sayang awak sangat-sangat. If you read this someday, I bet you will cry. c(=



Photobucket

Thursday, June 12, 2014

My 27th birthday

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

I am not in the mood of writing my stories lately. But I would like to share to you what happened to me yesterday. 11 June is actually my birthday, my 27th birthday. Three years left before turning into 3 series. How fast time flies. At this moment, on my 27th birthday, I hold a title of "mother" to a cute little angel, Iman Hana Fakhira. Terasa tua sangat dah!

The night before 12 am, 11 June, I am not in the mood and decided to go to bed early. He noticed me being so weird that night. With a lot of things that had happened before, the so called back-stab friends, deceitful employee and many more stressful thing that bring into that "mood". I left my daughter with him that night cause she doesn't sound and act like she want to sleep. Until I heard "a birthday song" sang by him that night and with the background sounds "aaa....maamammaa....aaa" sang by beloved daughter (Fakhira sang a birthday song, I presumed) hahaha. Suddenly, it brings me into tears. He gave me a birthday present and three of us hugged each other.. It is so wonderful to have a belief that no matter what happen, the best thing in life is when my family is near me on my special day.

My husband and my daughter were with me on my special day, that is the most awesome thing I should preserve.


On my 27th birthday, I wish to have a wonderful day ahead, containing the healthy and the wealthy life all the way through. I really hope that I can be the best wife and mom to my husband and also Fakhira, I can lose some weight, maybe? hehehehe..

To my lovely husband, thank you so much for your effort of making me cried (for good) and thank you for being a wonderful husband. Although we were sometimes like a tom and jerry, but without you, I'm lost. Another half of me is you. May Allah ease our journey and keep this happiness of being husband and wife until Jannah. InshaAllah.

I would also like to thank to all my beloved families and friends who keep on texting, whatsapp"ing" and also pm'ed me on FB wishing me happy birthday, you are among the greatest person I have ever known. Thank you so much. By doing that, it really made my day. May Allah showered you with His love and bless entirely.

I love you all so much!



Photobucket

Wednesday, April 30, 2014

Progress Fakhira 8 bulan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

"Kakak tak penat ke ek? Pagi2x kena buat makanan Kira, kena anta Kira, malam pergi kedai Abg Wan pulak", tanya adik saya no 3 kepada adik saya no.2. Of course penat. Being a mother memang sebenarnya memenatkan. Tapi when we, a mother, saw our daughter/son, rasa penat tu hilang. Seriously. Mungkin sekarang susah sikit nak masak dirumah since Fakhira dah macam2!

Routine work macam kemas rumah (actually just make sure everything is in order je sebab umah takla sepah pun), mop lantai, basuh pinggan n botol, asingkan susu yang lepas pam, buat buah n nasi untuk anak, basuh baju, angkat baju yang dh sidai and lipat, it is all my routine work. Tapi 1 benda yang saya x boleh masuk dalam rutin adalah memasak. Sebab I have 2 kitchen, dry and wet kitchen. Wet kitchen terlindung dari penglihatan Fakhira. Susah skit la sbb dia ni jenis nak kena tengok mak dia depan mata. Lagipun husband pun waktu kerja tak sama dengan saya so saya masak ke tak masak ke sama je

Fakhira dah menjangkau 8 bulan 2 minggu. Cepat kan masa berlalu? Biasa orang akan tanya "Apa yang dia boleh buat?". Fakhira ni die punya progress takde skip mana2x step. Bermula dengan meniarap seawal usia 2 bulan setengah, then mengengsot kebelakang. Bila dah mengengsot ke belakang, she started to mengengsot kedepan pulak, then belajar angkat punggung. After a long period baru die start merangkak. Dalam 7 bulan lebih aritu kut baru boleh merangkak. Sekejap je dalam seminggu merangkak, she wanted to stand up with the help of her surroundings.

Sekarang Fakhira mampu berdiri dan mampu untuk berdiri dengan satu tangan, 2 hari lepas dah pandai bergayut pada menda yang tinggi seperti sofa. Sebelum ni kalau dia nak bangun, dia akan paha ibu, ayah, makngah dia untuk bergantung and tahan tangan. Sekarang dia mampu untuk grab sofa yang tinggi and tahan kaki untuk bangun jugak. Bravo lah anak ibu! Sekarang dia pulak suka buat hal dia sendiri. Main2x, bangun jatuh bangun jatuh, sebut "bababababababa", merangkak sana sini sampai dapur nak main tong sampah dapur, sepahkan mainan yang ibu simpan dalam rocker. Sudahnya sebelum tidur ibu kena simpan balik semua in order.

Tapi as I said, she is my ultimate happiness. Up until now, dah 8 bulan 2 minggu ada Fakhira ni, dan selama 8 bulan 2 minggu jugakla hari2x rindu dia n tak sabar nak fetch her from babysitter. Ya Allah, terima kasih kerana kurniakan rezeki anak kepadaku. InshaAllah akan ku jaga dengan seluruh kudrat yang ada, dengan segala kasih sayang yang diberikan olehMu kepadaku.

Semoga Fakhira menjadi anak yang solehah dan berjaya didunia dan diakhirat.








Besar dah kan?? Alhamdulillah...

P/s: 8 bulan still takde gigi. Takpelah sayang, ibu suka je sebab gerun bila dengar anak ada gigi akan gigit t***k pulak. Aiyakkkk..




Photobucket

Wednesday, April 23, 2014

Working mom should buy this slow cooker. Jimat masa, jimat tenaga. :)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Lama betul tak update. 2 months kut. Hahaha. Sekarang Fakhira dah nak masuk 8 bulan dah! Sekejap je masa berlalu. Actually I would like to share with you pasal slow cooker. Sebab ramai sangat orang tanya pasal slow cooker dan cara penggunaan dia, so saya rasa ini salah satu ilmu yang saya boleh share dengan semua ibu2x..

As our child turn 7 m.o, kita dah boleh start kenalkan diorang dengan bubur nasi. Tapi bubur yang di blend ok! hehe.So for the first time saya try buat bubur nasi. Disebabkan saya ni tak pandai sangat nk buat bubur2x ni, saya try and error jela masak. First time masak atas dapur. Letak banyak air orang kata tapi still kering jgk. Keep on tambah air. Kena kawal api dapur segala bagai, then second time, saya try pulak masak dalam rice cooker. Ok la but I have to wake up early in the morning jugak. Alih2x tak tahan daulat, dengan hasutan ramai blogger2x (padahal diri sendiri pun yang gatal gi baca experience orang), saya pun decide nak beli slow cooker.

Slow cooker ni sangattttttttttttttttttttt membantu saya. Likeeeee a lot! Me as a working mother, memang tak sempat la rasa nak masuk dapur pagi2x.. salute la untuk mommy yg boleh bangun awal n masak n so forth. Let me share with you my slow cooker:


Ini merupakan contoh slow cooker saya. 1.1L je and saya beli dengan harga RM 75. Dia ada button low, high and auto shift. Kalau ikutkan mode yang paling biasa saya guna ialah mode "low". Kenapa?

Low - within 6 hours
High - within 3 hours

So, senang untuk saya masak. Saya akan letak semua2x bahan ni (beras, sayur, ayam/bilis and kurma) dalam pukul 12 tengah malam. Then I just leave it as it is, bangun pagi, sambil2x siapkan diri, saya blendkan bubur tadi dan terus bawak pegi pengasuh. Actually saya guna beras yang takde kanji. Saya guna beras Jasmine Sunwhite. Untuk sape2x yang guna beras ni, setting cun untuk buat bubur adalah 1/2 pot beras + 2 1/2 pot air. Kalau buat 1 pot beras = 3 pot air. Bagi die lebih 2x pot untuk air. Tapi untuk beras sunwhite ni sahaja la sebab penah try guna beras yang berkanji, susah nak setting. Mungkin kena lebihkan air sikit :)

Boleh refer gambar dibawah



Ni bubur yang telah dimasak. 


Ni bubur yang telah diblend. Dan siap sedia di dalam thermos untuk dibawa ke rumah babysitter.

Sebelah kanan tu adalah stok buah. Pengasuh Fakhira akan bagi dia makan buah dulu every morning as a breakfast. Manakala dalam thermos Foogoo tu adalah bubur yang dah diblend untuk makan tengahari dan petang. Actually, doctor suggest dekat saya untuk introduce baby dengan fruit/vege in the morning then for lunch n dinner bagi makan berat. Kenapa? Untuk train sistem digestion die untuk mudah poo. Alhamdulillah, anak saya senang sangat poo and she will poo on time, daily. You can try this method.

Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Wallahualam.





Photobucket

Friday, December 13, 2013

Friday the 13th - Fakhira turns 4 month

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,


Today is Friday the 13th. Meaning that Fakhira has officially turned 4-month-old. Yahuuuu.. Anak ibu dah besar. Hehehehe. Happy Monthsary dear sayangku Fakhira.

My daughter is everything for me. EVERYTHING. Sekarang dia tempat saya bermanja, tempat saya mengadu, tempat saya menangis, tempat saya gembira. Kadang-kadang kalau rasa sedih, main2x dengan dia, geletek dia sampai die gelak, rasa dunia ni indah sangat. Itu kuasa seorang anak. Actually saya bukan motherly dari dulu pun. But Fakhira had turned my world 360 degree.

Progress Fakhira sepanjang 3 ke 4 bulan I can say a lot. Orang kata time ni la nak rasa hari2x ada surprise kan? Yes it is. Fakhira dah boleh turn badan dia sebelah kiri untuk meniarap. Orang kata progress Fakhira agak cepat sebab dia dah boleh meniarap seusia 2 bulan setengah. Tapi dia boleh pusing badan sebelah kanan saja. Naik 3 bulan, dia dah boleh pusing meniarap sebelah kiri.

Selain tu, saya dah start bukak mitten. Memang dah tak pakai mitten since 2month lagi. Saja nak bagi motor dia bergerak. Alert pada pegangan, alert pada ransangan. Sekarang Fakhira dah boleh pegang teether. Dulu dia pegang tapi dia tak mampu angkat. Sekarang dah boleh angkat and gigit2x teether. Menarik kan?

I have recorded and shared all her progress in my Instagram. Nanti boleh kumpul buat video bagi die tengok.

Sekarang Fakhira minum susu banyak pulak. Cuak pulak since lately ni susu agak merundum sikit. Taktau la kenapa. Masa OS di SJ Putrajaya haritu.. sehari boleh dpt around 9-12oz je sedangkan Fakhira minum almost 20oz perday. Tak ke cuak? Saya punya stok sekarang pun hanya tinggal around 50oz. Gila tak?

Nak tak nak, saya buat power pumping everyday. Untuk tingkatkan lagi penghasilan susu. Hopefully ada rezeki Fakhira untuk keep on exclusively breastfeed. Harini dah masuk hari ke3 saya buat power pumping. Peningkatan sikit sebab semalam dah berjaya kumpul 15.5oz. Tengok harini pulak macam mana. Doakan saya yer kawan2x!



Photobucket

Thursday, December 12, 2013

Gelang tangan untuk Fakhira. Baru la nampak gegirl.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Kebetulan dah balik Terengganu, cikmama (my mom) teringin nak belikan Fakhira gelang emas. Saya plan nak belikan dia gelang, ayah dia pulak ingat nak belikan gelang kaki. Dah nenek dia nak belikan, saya layankan jela. Akhirnya Fakhira nampak girl-girl sikit. Biasa orang tertukar boy ke girl. Sekarang dah ade gelang sah2x la girl. Hehehe. Mula2x cikmama dia suruh beli 1 pasang. Kiri dan kanan. Ada je gelang bulat yang plain tu. Tapi saya taknak la beli kiri kanan. Nanti nampak meriah sangat pulak. (Sebenarnya kitorg lagi suka anak tu nampak simple dan tak serabut beruk). Disebabkan cikmama not with us that time, dia suruh kami yang pilihkan gelang Fakhira dekat kedai emas kawan dia. So we (me, my husband and my sister) belek la yang mana yang cantik until we found one which is this oneeeeeeee:


Cantik tak? Lain daripada yang lain kan? The design pn fit2x je dengan tangan dia. I mean corak tu fit2x je dengan tangan dia. Cantik la kalau just pakai 1 je kan... Oh ye, rasa emas sekarang murah pulak. RM134 je 1 gram untuk emas 916. Kalau zaman saya tunang haritu naik sampai RM200+ 1 gram. Adoi. Terasa nak tukar je gelang bg tebal sikit sebab gelang kahwin saya asyik putus je. Ni kalau sambung balik ni ada  dalam 5x dah putus. Aiyakkkkk

Ini Fakhira bile dia pakai gelang.


Nampak macam girl-girl je kan. Harga gelang ni tak silap saya haritu around RM500+.
Saya sempat belikan dia gelang kaki. Tu pun tukar dengan rantai saya yang lama. Gelang kaki tu around RM600+. So now Fakhira dah ada gelang tangan dan gelang kaki. Tunggu ayah pulak kata nak belikan dia rantai. InshaAllah bila dimurahkan rezeki. Amin..




Photobucket

Tokki saya dan anak saya. Moyang dan cicitnya.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Last weekend was awesome! Lama betul tak update our new stories. Kami dah rancang untuk balik kampung saya di Terengganu few months ago. Bayangkan. Few months ago. Masa awal2x orang cakap tak boleh balik, jalan banyak tutup, down jugak la pada mulanya. Sebab niat memang nak balik dan siap ambil cuti dh pun Khamis till Isnin. Alhamdulillah, with Allah's will, kami dapat jugak balik seperti yang dirancang

Actually tujuan sebenar nak balik adalah untuk tunjuk tokki dan cik cicit ke-3 beliau. (Actually ada 4 tapi Fakhira cicit ke-3). Last time balik, Fakhira still dalam perut, usia juga 4 bulan. Sekarang Fakhira dah almost 4 month jejak kaki kedunia belum jumpa lagi moyang dia. Sesampainya kami di Terengganu around 12am cmtu, kami disambut oleh cik dan toki. Rasa terharu sangat. Tak biasa diorang sambut lewat2x malam. Kalau sebelum ni kami balik, kami akan "biar" diorang tidur je dlu and esok bru lah jumpa. Tapi berlainan malam kami balik tempoh hari. Cik n Tokki "stayed up" main dengan cicit for almost 1/2 hours.

Masa agak limited bila dah balik terengganu. Sekarang dah kawen, nak kena jaga hati banyak pihak. Nak kena pecah balik 3 kampung. Bukan lagi 2. So time tu agak limited. Nak balik cuti panjang sikit ada je masa tak kena. Kadang jatuh hari kena balik Perak. Kadang kena balik tengok adik di Melaka. We have to reserve some time untuk balik Terengganu. Kang kalau lebihkan belah saya sangat kang mil merajuk pulak anak bongsu dia tak balik. Hihihi.

Seronok dapat tengok cik n tokki sihat. Seronok tengok diorang pegang Fakhira. Main dengan Fakhira. Tidur dengan Fakhira. Seems like everything in life is perfect. Fakhira ditatang bagai minyak yang penuh. Cik pegang dia, lama! Even adik saya pun akan mengeluh penat. Toki siap tidur dengan cicit dia. Alhamdulillah. They said, saya ni cucu kesayangan toki dan cik. Mungkin kut? Sebab saya je cucu yang diorang bela dari kecil. Mungkin jugak anak saya bakal jadi cicit kesayangan? Hehehe. Mestila moyang dia sayang semua cucu dan cicit2x dia kan..


Semoga moyang Fakhira dipanjangkan umur. Dapat tengok progress Fakhira. One day I will tell her that she has a great moyang and tok abah. 2 most important person in my life selain suami saya sendiri. I will let her know that she comes from a good and great background.

Gambar ni buat saya sebak. Time flies so fast. I hope that one day I am able to meet my grand- grand child. Amin Ya Rabbal Alamin..




Photobucket

Wednesday, November 20, 2013

Ape korang rasa bila anak di compare muka mak atau ayah atau pakcik atau makcik waima nenek atau atuk diorang?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Biasa sangat orang tanya saya, Fakhira okay tak? Banyak ragam tak? Baik tak? Being honest anak saya tak kuat menangis. Dia okay sahaja kecuali bila nak susu. Normal la kut kan? Tapi 2..3 hari ni, boleh saya katakan dalam minggu ni Fakhira datang peel baru. Perangai ni yang buat saya penat sikit la. adakah saya dikira merungut? Saya tak berniat untuk merungut. Anak saya baik, dia cuma sekarang suka berjaga malam. I mean... bila dah ambil dari babysitter around 6pm cmtu, waktu tu la dia akan celik sampai pukul 3..4 pagi. Aiyooo sayang.. Kalau weekend boleh la sayang buat macam tu.. weekdays ni.. boleh kata hari2x ngantuk kat tempat kerja.

Fakhira akan "betul-betul" tidur dalam pukul 4pagi. Pukul 5 lbh dah kne bangun nak masak untuk bekalkan suami dan bekalkan diri sendiri pergi kerja. Mana tak ngantuk kat ofis kan? Tapi itu dugaan. Allah nak bagi pahala dekat saya. InshaAllah..Pernah 1 hari saya terlajak tidur sampai pukul 7.30 pagi. Terus bgtau boss nak mintak time off. Hahaha. Someday I'll get used to it.

Korang pernah rasa tak bila jumpa orang je.. dia cakap.. "ooo.. ikut muka ayah".. " like father like daughter". ape perasaan korang? Ada certain ibu dia terasa. As for me, saya tak terasa la. Dah anak sama2x.. ikut muka ayah ke ibu ke sama je. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Asal cukup sifat, kalau comel lagi advantage besar. Tapi bila dah "selalu" sangat orang cakap macam tu... kinda rimas jugak la kan.. Ok la lagi dari biras saya.. orang cakap anak dia sama macam muka pakcik dia. Yang ni lagi tak boleh blah! Hahaha. Kalau kes macam ni saya mungkin terasa jugak la kan.. dah penat2x melahirkan tiba2x orang kata muka tak sama dgn parent tp sama dengan uncle/aunt. HAHAHA. Tapi ade setengah mommies mmg tak boleh compare langsung. As for me, kalau nk compare dengan mak ayah takpe lagi. Tapi jangan la cakap anak kita mcm muka adik kita ke, macam muka makcik kita ke.. mungkin certain orang x boleh terima.

As for me, physically mungkin nampak ikut ayah. Tapi ada part yang tuhan jadikan benda tu cantik je. Mata bulat ikut ayah. Hidung penyet ikut ibu. Hahaha. Ada lesung pipit macam ayah. Dagu cenoit macam ibu bak kata my husband. Tangan kuku panjang macam ibu. Pipi tembam macam ibu. Mulut ikut ayah. Ada M kat bibir. Hehehe. (cuma mungkin part saya tak berapa nak nampak sangat la kan. Bila anak sepet confirm itu org kata ikut saya. Hahahaha)

So, bear in mind la with the words.. kadang2x kita rasa menda tu kecik tapi sebenarnya give huge impact to people especially yang melahirkan. Hehehe. Just my 2 cent :)

mommy with Fakhira

daddy with Fakhira


daddy's little daughter :)


Photobucket

Tuesday, November 19, 2013

Isu penderaan kanak-kanak di Taska Permata Harapan. Pendapat saya. Bagaimana dengan pengasuh Fakhira?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Nak dijadikan cerita, semalam saya terbaca kisah bekas pengasuh di Taska Permata Harapan, Taman Melati berkenaan dia berhenti kerja after 1 month kerja kat situ. Tu pun saya terbaca sebab ada kawan share dekat FB. Sebelum ni memang tak pernah tengok video budak kena dera dengan pengasuh ni. Memang sengaja taknak tengok sebab tak sampai hati. Plus takut sebenarnya. Takut bagi persepsi macam2x dekat pengasuh.

Bila baca luahan bekas pengasuh dekat situ, saya tergerak hati utk google video penderaan ke atas kanak2x tersebut. Saya difahamkan bahawa video penuh berdurasi dekat setengah jam tapi yang saya tengok dan yang rata-rata disebarkan hanya 6 minit. Ya Allah hu rabbi... memang sedih sangat. Sebak tengok budak2x linkungan 1 tahun orang buat macam ni. Ya Allah.. ape dosa mereka..

Saya tak faham kenapa diorang sanggup perlakukan budak yang "tak cukup akal" lagi macam tu. Disuruh budak amik lampin, bila tak amik, kena pukul! Pukul kepala! Allahurabbi.. Kenapa ada manusia sekejam ni.. Ya Allah..

Ntahla nak cakap macam mana. Kalau nak kata "orang yang ada anak saje tau mcm mana rasanya".. owner taska pun ada anak.. 6 orang. So? Tak semua ibu2x yang boleh ada perasaan "sayang" dekat anak. Saya taktau nak cakap. Bila tengok video ni, tengok pada muka Fakhira tengah tidur, luluh hati saya bila saya imagine orang buat anak saya macam tu. Nauzubillah, mintak simpang malaikat 44.

As parent, saya dan suami rs anak tu satu hiburan. Penghibur bila dia senyum rasa dunia ni seakan takde masalah langsung. Bila dia ajak borak rasa macam rumah tu penuh dengan tetamu. Betapa seronoknya ada anak. Even seekor nyamuk pn kami selagi boleh usaha untuk tidak gigit Fakhira. Inikan pula kena pukul. Nauzubillah. Kenapa ada manusia macam ni dalam dunia.. Ibu bapa diorang bayar untuk bagi korang jaga anak diorang tapi korang blh bt mcm tu? Lepas tu tipu mak bapak ni kata anak nangis sebab bru lepas mandi la. anak abes minum susu la.. Pampers abes, esok bwk lebih la.. Ape semua ni Ya Allah.. Husband saya mulai meragui pengasuh kami semalam. Saya bagitau husband "perkara macam ni saya dah fikir sebelum hantar anak ke pengasuh lagi"

Tapi saya rasa saya percaya pengasuh saya. Dia berasal dari Indonesia tapi dah menetap kat Msia hampir 20thun. Anak ada 2 orang and both lahir di Msia. Anak dia pun baik. Setiap parent mesti akan ada doubt pada pengasuh and it is NORMAL! Being a mother, saya sangat teliti.. sebab saya takut.. Apa yang saya buat...

1. Saya buat kunjungan ke rumah pengasuh dulu sebelum saya hantar Fakhira di sana. Saya tengok cara diorang melayan anak orang lain dan cara reaksi anak2x pada diorang. kanak2x ni diorang tak pandai menipu. TAK PANDAI MENIPU. Kalau diorang suka, diorang akan mengekor je korang gi mana2x.. Kalau diorang tak suka.. diorang akan menangis, diorang akan takut. Tapi dengan pengasuh yang saya hantar Fakhira ni, berlainan. Budak2x memang rapat. Untuk pengetahuan umum, babysitter saya ni menjaga 4 orang budak termasuk Fakhira. Fakhira the only baby there.. and lagi 3 budak parent diorang hantar start tengahari sampai petang. Fakhira sahaja dari pagi sampai petang

2. Setiap kali saya ambil Fakhira, saya tengok reaksi Fakhira pada pengasuh, cara pelepasan Fakhira balik, reaksi anak2x orang lain yang turut berada disitu. Saya yakin mereka jaga anak saya dengan baik. Alhamdulillah, dekat sebulan saya hantar Fakhira, saya TAK PERNAH dengar Fakhira mahupun budak2x lain yang dia jaga tu menangis.

3. Untuk ibu menyusu badan macam saya, memang agk rumit sebab hari2x nk kena bt stok. Saya makin bimbang bila saya dengar macam2x cerita bila pengasuh admit tau handle EBM tapi last sekali ms parent nak ambik anak, buang EBM tu and bgtau parent yang anak abes mnum. Sigh. Takut sangat sebenarnya. Tapi I need to trust my babysitter for that. Saya yakin dengan pengasuh saya pilih kerana setiap kali saya ambil anak, saya akan tanya habis ke tak dia minum. Kdg2x habis, kadang2x tak abes. Bila tak abes mmg saya tengok balance susu saya dalam peti.. saya tengok anak saya poo secara normal atau x.. kembung atau tak. Alhamdulillah... semua ok...

4. Balik akan check ada sebarang marks or anything tak dekat badan Fakhira. Alhamdulillah. Fakhira sihat. setiap kali balik dari rumah babysitter mesti bau wangi gila.Alhamdulillah..

5. Fakhira act like normal babies. Alhamdulillah tak pernah demam. Alhamdulillah pndai senyum, perkembangan yang memberangsangkan dari Fakhira.

6. Saya percaya pampers saya pengasuh tak bagi dekat anak yang lain. Sebab anak saya je yang guna babyborn. Setiap kali balik pn memang akan ada lebih pampers yang saya hantar. Baju pulak setiap kali balik tak comot. tak hancing. dan tak berbau tahi. Alhamdulillah..


Anak itu anugerah Allah kepada setiap ibu bapa. Jagalah mereka dengan penuh kasih sayang, dengan penuh penghormatan, penuh kesabaran. Sayang..ibu terpaksa kerja untuk tolong ayah.. Semoga anak ibu baik2x duduk dengan orang bila ibu tiada...



Photobucket

Friday, November 15, 2013

Fakhira 3 bulan.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

It has been 3 month since my first delivery. Macam tak percaya Fakhira dah 3 bulan. Being honest Fakhira is not like any other girl. Maksud saya, anak saya ni kecil je. Mungkin ikut baka ayah dia. Memang totally her daddy's little girl. Mungkin sebab masa pregnant tu hari-hari tak boleh berpisah dengan ayah dia kut? Ke camane? Ingatkan kalau dah muka ikut ayah, saiz badan ikut la ibu pulak baru la sedap peluk. KAHKAH. Takpela anak, asalkan selamat semuanya.

This is my Fakhira.


Perkembangan Fakhira sepanjang 2 bulan nak masuk 3 bulan ni a lot! I can say that my day full of suprises day by day.

1. Dah pandai gelak "mengekek". Terutama bila kena geletek dekat ketiak dan celah kangkang. Hihihi
2. Dah reti meniarap. Kalau tidur terlentang atas tilam, sedar tak sedar dah tertiarap sendiri. Anak oo anak. Sekarang dah tak boleh biar sorang. Kadang dh letak elok2x atas tilam.. abes masak tgk senget benget tidur.
3. Dah kenal ibu ayah dia. Asyik je nak ajak berborak. Terutama pukul 12 mlm dan keatas. Bila borak dgn dia pandai je nk bls balik. Time orang ckp die diam. Time org abes ckp die bls blk dgn ckp "aghheeeee" dia.
4. Kalau tak dapat susu nanti hisap jari. Dulu hisap genggaman tgn.. skng dh pandai hisap ibu jari.
5. Pandai angkt kepala bila meniarap. Keras dh kepala
6. Suka cakap sorang2x! 

7. Baju yang mana dulu 2 bulan besar dah jadi ketat. Mungkin kena consider beli baju baru? 

Semua perkembangan Fakhira saya abadikan dalam laman Instagram saya gieieya Seronok ada anak ni. Menjadi penghibur setiap hari. Semoga membesar jadi budak yang pandai tau sayang. Membesar dengan sempurna, menjadi anak yang solehah, anak kebanggaan ibu dan ayah seperti mana maksud nama Fakhira itu sendiri iaitu kebanggaanku. Amin Ya Rabbal Alamin..







Photobucket

Thursday, October 17, 2013

Progress Fakhira dari 0 hingga 2 bulan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Hari ini hari pertama saya masuk office selepas 2 bulan diberi maternity leave oleh TNB. Kalau nak ikutkan memang tak cukup. Tapi nanti orang kata saya tak bersyukur pula. Tapi mana-mana mommy sekalipun akan rasa tak ckup 2 bulan. Kalau lah parent saya boleh jaga anak saya di rumah saya sendiri saya agak confident. Tapi untuk usia 2 bulan nak diberikan kepada babysitter, saya rasa tak cukup lagi masa saya bermanja dengan anak saya.

Fakhira dah masuk 2 bulan 4 hari lepas. Hehehe. Bapak lama nak update. Let me share with you my journey of being a mother for about 2 months.

Progress Fakhira 0 to 1 month old:

  1. Fakhira jaundice on the 3rd day of delivery. 2 days admitted dekat Ampang Puteri. Cost me about RM1k.
  2. Fakhira minum susu FM dan breasfeed at the same time because ada mulut kata tak cukup susu. Sigh! Tapi minum FM pn tak banyak. Ada dalam seminggu je practice rasanya. Minum hanya bila rasa susu tu tak cukup.
  3. Mula2x jarang poo but at the end of that month banyak gila poo. Menyusu je poo. Menyusu je poo
  4. Belum sepenuhnya mengenali dunia sekeliling.
  5. Waktu menyusu setiap 2 jam sekali.
Berat selepas lahir : 3.17kg
Berat selepas 1 bulan : 3.55kg

Panjang selepas lahir : 52 cm
Panjang selepas 1 bulan : 54 cm

Progress Fakhira 1 to 2 month old:
  1. Fakhira dah kenal orang sekeliling especially ibu dan ayah. 
  2. Dah pandai ajak berborak. Dah pandai senyum dekat orang. Sampai nurse klinik pun seronok bila anak ibu senyum kat diorg
  3. Waktu berjaga malam pukul 2 pagi, 4 pagi, 6 pagi, 8 pagi, 9 dan 10 pagi. Camane la kalau lelaki yang kena menyusu anak. Huahua
  4. Pukul 10 adalah waktu paling lambat dia nak mandi. Pandai dah sekarang. Kalau dulu suap susu je tido. Sekarang kalau suap susu pun, kul 10 pagi tetap taknak tidur sebab nak mandi. Adoila anak
  5. Diajar tidur mengiring dan tidur meniarap. Tidur mengiring lagi nyenyak.
  6. Poo dia jadi tak tetap pulak. Tapi perut tak kembung, kencing pun transparent. Tapi bila time kentut, MasyaAllah, lagi kuat dari orang dewasa. Lagi busuk dari orang besar kentut.
  7. Dah pandai marah orang bila kacau dia tengah menyusu.
  8. Tak suka kalau dipeluk time tengah tidur. Unless kalau tidur betul2x nyenyak tak sedar diri.
  9. Dah pandai "bergerak" adjust position tidur ikut posisi yang dia suka n selesa.
  10. Dah pandai tidur sendiri tanpa didodoi, tanpa diulik. Lepas menyusu letak je atas tilam/katil, mata kuyu terus tidur. Alhamdulillah.
Berat 2 bulan : 4.3kg
Panjang 2 bulan : 58 cm


Anak ibu ni cepat sangat panjang. Tapi ibu dengan ayah pendek. Cmane tu? Huh?



Photobucket

Monday, September 16, 2013

Iman Hana Fakhira sudah cukup sebulan!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Lama betul tak update blog. Busy. Hahaha. Tapi memang betul busy eventhough I am having a long break!
I am now having my 35-day of confinement. Sekarang berpantang di kampung mertua pula di Semanggol, Perak. Alhamdulillah. Lagi tak sampai 10 ari je nk abes pantang.

Anak pun sekarang dah berusia 35 hari. Alhamdulillah semakin sihat hari ke hari. Macam2x surprise dia bagi kami almost everyday. Seronok ada anak ni sebenarnya. Memang seronok sangat lah. Anak saya pulak kuat mengempeng. Suka tidur celah ketiak saya waktu malam-malam. Seronok pagi2x bangun tido sebelah kiri suami, sebelah kanan anak.

Sekarang masa yang paling kritikal adalah waktu makan dan waktu mandi. Kenapa saya katakan ianya waktu kritikal. Bukan waktu tidur? Yes, bukan waktu tidur! Tapi waktu makan dan waktu mandi. Bila anak dah tidur nyenyak la masa tu nak curi2x makan dan curi2x mandi. Tapi apa yang berlaku pada saya, bilamana anak dah tidur nyenyak.. bila bangun je nak pergi mandi/makan, terus dia start nak nangis. Seriously mmg sangat2x genting betul. Bila dah ada anak ni rasa setiap kali suap makanan tu rasa ketat je kat celah tekak ni.. Setiap kali tu la rushing nak makan. Sebab takut nangis. MIL pulak tak bagi dia nangis lama2x. Mandi pulak kalau ada ayah dia boleh la saya nak tinggal lama skit. Kalau takde ayah dia? Hmmmmm.. *wondering*

Tapi memang betul, life has changed like 360 degree after having baby ni. Masa terluang dengan anak je. Kita dah tak geli dengan tahi. Memang betul orang kata bila ada anak ni dah hilang geli pada tahi malah kalau baby berak excited gila. Meaning kita bagi dia makan cukup. Kita bagi susu tu masuk dalam perut dia. Alhamdulillah.





Iman Hana Fakhira berusia 34 hari

Iman Hana Fakhira berusia 30 hari

Macam muka ayah dia kan?





Photobucket

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP