Thursday, January 2, 2014

Jom tengok wish 2013 tercapai atau tak?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Already second day of new year. Lambat betul update kan. Refer back to my last year post regarding My 2013 wishlist,

My Family:-

  1. Sekarang saya dalam tempoh kehamilan, apa yang saya harap sangat2x untuk tahun ini ialah dapat melahirkan cahaya mata yang sihat. Tak kisah la lelaki atau perempuan. Baby sihat, cukup sifat, yang paling penting, kedua2xnya selamat. (Alhamdulillah, saya selamat melahirkan seorang puteri yang comel bernama Iman Hana Fakhira dengan sempurna. Baby sihat dan alhamdulillah ibu nya pun sihat)
  2. Kalau ikutkan due date saya dekat/just after raya Aidilfitri, saya hope saya due lepas raya la. Baru best skit nak pantang. Tambah saya pulak hantu makan. Makan mesti la nak best2x time raya kan?  (Sebenarnya nak ambil gambar raya perut tengah besar) Ahaks. Berangan! (Berjaya melahirkan bayi pada hari raya ke-6. Meaning sempat makan puas2x sebelum berpantang. Yehaaaa!)
  3. Semoga Allah murahkan rezeki saya dan suami saya. Sebab kami bukan lagi hidup berdua. Malah bertiga. InshaAllah.(Murah rezeki bila2x sahaja. Hopefully lebih murah rezeki di tahun baru. Amin)
  4. Semoga Allah dekatkan kami ke jalannya, dekatkan hati kami kepadanya. Dekatkan hati keluarga saya, keluarga mertua, ke jalan Allah. InshaAllah. (Pelan2x Allah dekatkan hati mereka ke JalanNya.)

Myself:-
  1. Dapat belajar untuk lebih bersabar dan kurangkan fikir benda negative.
  2. Menjadi muslimah yang baik dan istiqamah terhadap pencipta. Saya berharap sangat saya dapat belajar untuk menutup aurat sepenuhnya. Amin. Semoga Allah permudahkan.
  3. Tak lagi share masalah kat orang lain except family sendiri. 
* (Ini masalah sebab saya still tak berubah. Kena improve ni!)

Others:-

  1. Untuk tahun 2013, saya rancang nak pergi bercuti. Tak kisah la luar or dalam negara. Tapi preferably luar negara la. InshaAllah. (Saya dah husband berpeluang untuk bercuti di Padang, Indonesia)


Photobucket

0 comments :

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP