Wednesday, January 2, 2013

My 2013 wishlist

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

It's 2nd day of a new year. Happy New Year!
Bila orang cakap new year, everybody come out with their own wishes. Ada orang kata, "alah, hangat2x tahi ayam je". As for me, kita perlu ada our own wish, so that we will put an effort to achieve the target. Saya tak tahu lah kalau orang letak wishlist yang mengarut2x yang tak logic dek akal nak buat, contoh nak sampai ke bulan ke 2013. Tak logic la kan? Unless kalau betul2x buat preparation bertahun2x nak pergi sana.

So, meh saya ajar sikit macam mana nak buat wishlist. Boleh camtu? Wish ni something yang kita nak ianya happen, kita berharap agar benda ni jadi, dalam masa terdekat. Possible to happen. Impossible if Allah doesnt want it to happen. Got it?

I am not in a deep thought about wishlist sebenarnya. Tak macam tahun2x yang lepas. Sebab I feel really grateful sedar tak sedar, sebenarnya Allah dah makbulkan banyak permintaan saya. Tanpa saya sedar sebenarnya. Sebab tu pentingnya ada wishlist yang BERTULIS so that kita boleh compare dan megajar kita untuk menjadi insan yang bersyukur sebenarnya. Bila sesuatu wish kita dimakbulkan Allah, kita tak sedar sebenarnya where, and when sbb yang kita tahu wish tu kita dah simpan lama dah. Tak sedar bila ianya jadi kenyataan. Contoh macam yang anda lihat previous post saya dibawah la. Alhamdulillah.

So, untuk tahun 2013 ni, saya berharap agar:

My Family:-

  1. Sekarang saya dalam tempoh kehamilan, apa yang saya harap sangat2x untuk tahun ini ialah dapat melahirkan cahaya mata yang sihat. Tak kisah la lelaki atau perempuan. Baby sihat, cukup sifat, yang paling penting, kedua2xnya selamat. 
  2. Kalau ikutkan due date saya dekat/just after raya Aidilfitri, saya hope saya due lepas raya la. Baru best skit nak pantang. Tambah saya pulak hantu makan. Makan mesti la nak best2x time raya kan? (Sebenarnya nak ambil gambar raya perut tengah besar) Ahaks. Berangan!
  3. Semoga Allah murahkan rezeki saya dan suami saya. Sebab kami bukan lagi hidup berdua. Malah bertiga. InshaAllah.
  4. Semoga Allah dekatkan kami ke jalannya, dekatkan hati kami kepadanya. Dekatkan hati keluarga saya, keluarga mertua, ke jalan Allah. InshaAllah.

Myself:-
  1. Dapat belajar untuk lebih bersabar dan kurangkan fikir benda negative.
  2. Menjadi muslimah yang baik dan istiqamah terhadap pencipta. Saya berharap sangat saya dapat belajar untuk menutup aurat sepenuhnya. Amin. Semoga Allah permudahkan.
  3. Tak lagi share masalah kat orang lain except family sendiri. 

Others:-
  1. Untuk tahun 2013, saya rancang nak pergi bercuti. Tak kisah la luar or dalam negara. Tapi preferably luar negara la. InshaAllah.

Sikit je kut wishlist saya. Tapi saya rasa besar juga effort untuk melaksanakannya. InshaAllah, saya akan berusaha. Sekarang fikir nak dekatkan diri padaNya je. Takdelah nak kata alim, lagipun saya ni jahil orangnya walaupun dulu pun sekolah agama. Tapi InshaAllah. Saya akan cuba untuk buat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin.




Photobucket

6 comments :

*wink*

may all your dream come true

nurdani

amin. semoga tercapai. seronoknya ada baby...meriah raya tahun ni

Noor Hazirah

Amin.. thank you dear. sayang awak! :)

Noor Hazirah

@dani - hehe. seronok. hopefully selamat semuanya. doakan untuk gie yep! dari belum kahwin, smpai sekarang kenal dani. cm tak caye. huahuahua

izfanora

amin.. semoga semuanya dipermudahkan.. :)

Noor Hazirah

terima kasih iz. :))

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP