Thursday, October 20, 2011

Syuhhh.. "Saya dah book awak"

Salam!

Lama tak update blog. Sangat banyak benda yang happened last few days. Last weekend, parents wan turun KL. Katanya nak beli barang untuk hantaran. Sekali ibu kata nak jumpa, kenal-kenal family. So saya dengan wan pun merancang la pertemuan antara 2 keluarga. Actually ibu and keluarga ibu tak kisah pun merisik n bertunang sekali. Tapi sebab nak jaga hati semua orang, so kami ikutkan je la since ibu ade terima call from someone 2,3 days before requested them to know wan's family. Kami temukan kedua-dua keluarga.

Yang syoknye, diorang nak datang hari sabtu. Saya and Iqa baru smpai from KL hari jumaat. Planning to kemas rumah skit biar cun ape semua. Makcik amik tender nak masak untuk tetamu. Alih-alih dalam kul 9pm last friday, ade orang ketuk pintu rumah kami. Terkejut bila tengok masing-masing bwk mop, bwk penyapu nak sm2 kemas. Katanya ade orang penting nak datang esok. Terharunyaaaa... Aunts and anak-anak die sebelah ibu turun ramai-ramai termasuk nenek, tolong kami. Ya Allah, tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan terharu. They were all really supportive.. Lepas dah abes kemas, kami lepak borak-borak smpai lewat malam.

and saya message diorg " makcik, mak usu, thanks sgt-sgt tolong ya, nnti ya belanja yer. nak ya belanja apa"

and they replied "takpe, ni turn kakak. Nanti anak makcik kenduri, kakak tolong makcik pulak"

and pagi sabtu masing-masing sibuk masak. Keluarga wan datang a bit late. Janji lepas asar. tp around 6.30pm baru tiba. Jem truk kat PLUS highway due to an accident both sides dekat Pedas Linggi. Perbincangan family antara family bermula. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Nampak gaya mereka "ngam". Alhamdulillah. Termerisik pulak hari tu. Budget nak buat sekali harung. Takpelah.

Beberapa gambar untuk dishare.





Hopefully semuanya berjalan seperti yang dirancang. Amin.



Photobucket

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP