Good bye Ayah. Al-Fatihah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
Lama betul tak update blog. Been busy with lots of thing. Sebulan tak balik KL. Outstation di Melaka & Johor Bahru. Penat rasa. Dengan keadaan berbadan dua, mulanya saya ingat saya ni gagah. Gagah la sangat kan! Until one day, saya pening kepala time site visit, lemah gila. Balik hotel muntah2x. Terus badan jadi longlai. Doctor suggested that I have to limit myself from outstation jauh2x. In case anything happen.
Berehat di rumah selama 4 hari. Doctor kasi MC 4 hari sebab isnin saya kerja macam biasa. Tiba-tiba hari khamis, 7th March 2013, abg eddy (my BIL) call cakap ayah warded. Disebabkan kereta kami hantar pergi workshop, terpaksa la kami bergegas balik kg just after pick up the car on Fri evening. Sampai pun dah lewat malam. Lawat ayah di Hospital Taiping. Nasib baik la wad tu pukul 1 pagi still boleh melawat macam biasa. Pelik kan? Kami duduk dekat ayah sampai pukul 3 lebih pagi. Ayah nampak lemah.
Keesokan harinya, suami saya decide untuk teman ayah di Hospital. Nak jaga ayah katanya.
Saya : "xpela, abang pergi la. Saya duk rumah je la.". Suami buat muka sedih.
(Actually dia nak teman ayah, dia nak saya teman dia. Yes. Dia sangat manja)
Saya : "Abg nak saya ikut ke?".
Suami : "Kalau boleh abang nak sayang ikut"
Saya : "Boleh ke kalau 2 orang teman? Kang nanti guard tu halau macam mana?"
Suami : "Takpela, nanti abang cakap la kat guard tu bini saya mengandung. Takkan nak biar dia sorang2x kat rumah"
Saya : "Ok. Saya ikut abang"
Suami : "Yeaaa. Kita bawak selimut n bantal sayang"
End up kami berdua teman ayah pada malam Sabtu, 9th March 2013. Eh. SALAH. Kami bertiga teman ayah pada hari berkenaan. Saya, suami dan bakal cucu dia. Ayah tak nak makan. Apa pun taknak. Dia kena makan makanan hospital je. Mak tak dibenarkan bawak makanan dari luar. Ayah nak makan makanan hospital? Anak dia masak pun belum tentu dia nak makan. End up tak makan. Minum air sahaja. Luckily, on Sunday sebelum kami bertolak balik ke KL, ayah nak makan. Suami saya suapkan ayah makan. Alhamdulillah. Kami dah boleh balik dengan tenang since doctor pun cakap takde masalah ape2x cuma nak kena tunggu luka di kaki tu kering sahaja then dah boleh balik rumah. We went back around 8.00pm.
Hari isnin, 11th March 2013, saya kerja macam biasa. Lama outstation, first day masuk office after a month, banyak la kerja nak kena settle. Dengan urus claim ape semua. Balik rumah, just after azan maghrib, suami saya dapat call from my BIL saying that ayah tenat. Balik sekarang. Kami dengan sepantas kilat, mandi, solat maghrib, dh tak fikir ape2 dah, terus start kereta balik kampung. Baju dalam lugage semalam yang tak sempat nak unpack, kami bwk je balik kg. Setibanya di Rawang, suami dapat call from anak buah dia saying that ayah dah takde. Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Belum sempat ape2x, kami tak sempat nak balik tengok ayah. Alhamdulillah. arwah ayah telah selamat dikebumikan pada Selasa, 12th March 2013 jam 11 pagi di Tanah Perkuburan berdekatan dengan rumah. Kami tiba di kampung serentak bersama van jenazah. Ayah tau kami balik nak tengok ayah.
At least kami bertiga sempat jaga ayah. So long for now ayah, May you rest in peace. Semoga Allah tempatkan arwah ayah di kalangan orang2x yang dikasihi olehNya. Al-Fatihah
3 comments :
Takziah saya ucapkan..
takziah awak.. semoga arwah ayah ditempat dikalangan kekasih ALLAH
thnk you semua. Sayang korang.
Post a Comment