Ibu yakin itu rezeki Fakhira
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
Ibu yakin itu rezeki Fakhira. Setiap anugerah anak Allah turunkan bukanlah sebagai punca penarikan rezeki, kesempitan hidup dll. Kadang mungkin kita kata, ada anak macam2x lagi cost kena tanggung. Yes. Dari segi babysitter/nursery. Dari segi susu (adv to ibu2x yang exclusive breastfeed), dari segi pampers, barang2x kecik.. minyak, storage bag untuk susu, bedak, etc.. Makan ratus jugak tau kalau korang nak tau.
Tapi I always bear in mind that anak itu punca segala rezeki. Punca segala-galanya bagi saya. Orang pernah cakap kat saya, "anak perempuan ni bawak rezeki, anak lelaki tarik rezeki". Saya taktau la kan sejauh mana kebenaran statement ini sebab datangnya dari orang yang berilmu pengetahuan agama jugaklah. As for me, lelaki atau perempuan, semuanya sama.
Ibu yakin itu rezeki Fakhira. Bila dapat tau KPI and competency rating untuk diri sendiri meningkat berbanding tahun lepas. Competency la pun meningkat mendadak dari tahun lepas. Ye, itu rezeki Fakhira. Alhamdulillah. Orang kata KPI untuk bonus. Competency rating untuk kenaikan pangkat n kenaikan gaji tahunan. Rezeki ALLAH untuk Fakhira. Alhamdulillah
Harini baru dapat slip gaji after balik dari outstation ke SJ Putrajaya. Alhamdulillah. Tengok pada slip gaji, total perlu saya topup bayar untuk delivery Fakhira haritu hanya RM138.35 sahaja. Haritu masa deliver Fakhira, Ampang Puteri charges around RM4000+. Lupa exact amount. But I only have to pay RM138.35 shj dari total cost. Tu pn potong gaji everymonth RM60. Alhamdulillah. Rezeki Fakhira. Allah turunkan untuk ibu merasa.
Yang paling tak berapa nak nampak sekali bila saya sepatutnya kena minor service kereta bulan ni. Ingat nak try anta dekat luar alih2x Suzuki charge saya hanya RM190 untuk minor service yang sebelum ni dalam RM400 jgk la. 10,000km mileage. Alhamdulillah. Rezeki Fakhira lagi. Boleh ibu saving sikit.
Anak itu anugerah dari Allah. Bila kita susah, ingat, BERSABARLAH. Selalu bisik dekat Fakhira, "Fakhira doakan la ayah murah rezeki, ibu murah rezeki, kita sekeluarga murah rezeki".
Tanpa diduga, ibu yakin itu rezeki Fakhira. Alhamdulillah..
2 comments :
Btul..sy pun setuju..setiap anak yg allah anigerahkan ade rezekinya n rezeki untuk ibu n ayahnya...
👍👍👍
Post a Comment