Ilmu #1 : Rahsia Ayat Pengasih Nabi Yusuf
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
Terbaca berkenaan ayat pengasih Nabi Yusuf kat blog Sarah Hernyzar dan sorang blogger, terdetik hati saya untuk try hafal ayat pengasih ni. Tambah pula sekarang dah kahwin. Selain tambat hati suami dengan masakan, dengan doa, kena usaha juga la untuk amalkan ayat pengasih. Tapi jangan salah faham. Bukan guna2x suami tapi tambat hati suami dengan ayat2x al-Quran. Insha Allah, dengan izin Allah, semuanya akan baik-baik sahaja.
Surah Yusuf Ayat 4:
"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Ya Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"
Maksudnya: "Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan, kelihatan semuanya sujud kepadaku.."
Kemudian sambung Surah Thaaha Ayat 39:
"Wa alqaytu 'Alayka Mahabbatan Minnii Wa Litusna' 'Alaa 'Ainii"
Maksudnya: "Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh dibawah pengawasanku"
Amalkan la baca doa ni ketika berhadapan dengan suami / isteri / anak-anak. InshaAllah. Selain tu boleh juga amalkan baca TIGA kali selepas solat.
Saya dah start hafal. Baca ulang2x kali alhamdulillah dah boleh ingat di mulut. Rupanya banyak manfaat ayat2x al-Quran tanpa kita sedari. Jom sama2x kita try. Mudah-mudahan diri kita sentiasa disayangi oleh suami/isteri/keluarga/masyarakat dan yang paling utama, Allah s.w.t. Wallahualam..
0 comments :
Post a Comment