Pengalaman Hari Raya Aidiladha 2012
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
Raya Haji dah lepas dah. Baru nak cerita. Ahaks. Biar lah. Takde masa nak update sebab duk buat nav bar tak abes2x. Ok. Bercakap pasal raya haji, tahun ni husband suruh raya rumah dia. Sebab aritu saya fikir, cuti bertandang pun tak lama, so saya spend little more time dekat kampung husband la tambah pulak nak gi round2x jumpa sedara jauh. Belah saya dah bawak gi jumpa tok, mak sedara, pak sedara belah arwah abah, so it's time for me to spend more time with husband's relatives pula.
Bercerita pasal raya haji, frankly speaking memang tak sama dengan perayaan di Terengganu. Bukan di perak sahaja, malah kampung saya di Melaka (belah ibu) pun tak semeriah raya di Terengganu (belah arwah abah). Pagi raya sedikit hambar. Mungkin sebab hati duk pikir kampung sendiri. Biasa la tu. Mind set.
Pagi2x call ibu, wish raya. Ibu nasihat macam2x. Siap tanya saya sedih tak beraya jauh dgn family.. Lorrr.. Ibu dah tau jwpn, ibu duk tny lagi. Berderai la air mata jawabnya... Sedih sangat. Lepas tu call cik and toki (grandparent dari terengganu). Diorang kinda excited sgt. Boleh dengar riuh rendah di dapur. How I missed every single moment of it. Rasa macam nak ajak je husband pg blk.. Tambah penuh kenduri di kampung. Tapi okla.. Biasa la tu first experience beraya jauh dr family... Seronok juga.
Tahun depan sblh saya pulak. Yahoooo!
0 comments :
Post a Comment