Al-Quran yang cantik dan cute!
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
Dulu pernah terfikir, nak bagi Al-Quran sebagai hantaran perkahwinan. Tapi ada seorang hamba Allah bertanya pada saya, "Ya ada bagi hantaran kasut tak?"
Jawab saya, "Ada"
Dan dia cakap tak elok hantaran Al-Quran sebab kita meletakkan Al-Quran satu paras dengan kasut kita". Tersedar dari lamunan. Betul juga. Tak fikir pulak. Plus ada saya terbaca di artikel forward email yang saya dapat mengatakan tidak digalakkan memberi hantaran Al-Quran kalau ianya sekadar dijadikan hantaran tanpa niat untuk membacanya. Kadang2x orang sekarang main tangkap muat je. Bagi untuk penuhkan dulang hantaran. kan?
Al-Quran adalah ilmu yg tak lupuk dek zaman. Apa yang telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi, semuanya Allah dah tulis dalam Al-Quran cuma kita je yang malas nak explore. Bukan cakap orang, diri sendiri la ni saya maksudkan. Tertarik untuk share satu cerita di zaman Rasulullah s.a.w :
Rasulullah s.a.w bersabda "Bila seorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak dibahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan simati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah. Malaikat Mungkar dan Nakir datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal dunia itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah s.w.t
Tetapi lelaki kacak itu berkata, "dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya seorang diri walau apapun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam syurga"
Selepas itu dia berpaling pada teman yang meninggal dan berkata, "Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring, dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang, selepas soal siasat dengan Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih"
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat daripada syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi dengan bauan kasturi.
Rasulullah s.a.w bersabda, "Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Al-Quran mahupun dari nabi ataupun malaikat.
MasyaAllah. Kagum bila baca sabda Rasulullah ni. Bila saya dapat email, baca, meremang bulu roma. Selama ni tak pernah tahu akan cerita ni. Tahu akan syafaat Al-Quran. Patutlah al-hafiz mayat tak reput. Kagum sungguh dengan keajaiban Al-Quran.
Actually wanna share with you, kinda promote untuk beli Al-Quran. Mungkin certain orang sukakan benda yang colourful. There is one supplier yang jual Al-Quran memang cantik, for eye view pun cantik untuk dibaca sebab colourful. Here are the details :-
RM130.00 (Include Postage)
Limited Edition
Kalau interested, boleh contact dia :-
Email: hawanascarf@gmail.com
SMS: 017-6168903 (Leen)
Semoga kita sama-sama dapat manfaat daripadanya. InshaAllah. :)
2 comments :
I agree with that!
Pemberian Al-Quran sepatutnya untuk dimanfaatkan.
And, dekat Brunei. If hantaran kita ada kasut, hantaran kasut tu tak akan di letakkan di atas gangsa. Sekadar didalam bakul, supaya lebih rendah daripada Al-Quran.
oh. ye ke.bagusnya. new knowledge for me. inshaAllah, sama2x kita amalkan :))
Post a Comment