Friday, November 9, 2012

Resepi #2 : Kek Batik yang sedap sangat!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Bila lepas kahwin ni, nafsu makan saya dan suami memang gila. Makan banyak hari-hari sampaikan lewat malam pun kami sanggup makan. Pastu masing2x takut nak timbang berat badan T_____________T

Bercakap soal makan, sebab setiap kali suami balik kerja, mesti nak makan, so saya buat la benda yang paling senang, tak rumit, sedap, favourite saya dan suami. Stok makan kat rumah je, at least ade something to eat dalam peti yang x perlu goreng, tak perlu menggunakan tenaga. So saya buatlah kek batik.

Selalu je buat kek batik sebab senang and sedap. hehehe. Just nak share resepi kek batik saya. Rasanya sama je kut mana2x resepi yang buat kek batik.

Ni gambar kek batik saya. Abaikan potongan yang buruk dan bentuk yang buruk sebab plan nak makan kt umah je. Buat bagi ada je namanya ni. hehehehe




Bahan-bahan :-

2 cawan milo
200g buttercup
1/2 tin susu pekat manis
1 paket biskut Marie ( potong 4 )
1 biji telur

Cara-cara :-

1. Panaskan kuali/periuk.
2. Masukkan buttercup, milo dan susu pekat manis. Kacau sehingga milo betul2x larut dengan buttercup dan susu.
3. Masukkan telur. Kacau laju2x untuk hilangkan ketulan milo. (setengah orang tak guna telur. Depends.)
4. Lepas mendidih, dan milo sebati dengan buttercup and susu, tutup api. Biarkan seketika
5. Gaulkan biskut marie bersama2x dengan adunan milo tadi.
6. Susun dalam bekas dan tekan bagi padat.

Tips :-

Ada beberapa tips untuk masak kek batik ni. Sebab dah try banyak kali, so dah blh buat penambahbaikan la dalam masakan kan.

1. Kebiasaanya, lagi sedap kalau biskut banyak, adunan sikit. Kenapa? Bila milo terlampau banyak, biskut kurang, nanti bila potong, kek batik tu lembik.
2. Biskut marie ada 2 jenis iaitu yang chocolate and yang asli (vanila kut?) Jangan ambil yang chocolate, sebab nanti dah hilang rasa kek batik itu sendiri. Ambil yang original, biskut kaler cerah tu.
3. Jangan gaulkan biskut time adunan still atas dapur, tengah hangat membara sebab nanti biskut lembik sangat, makan pun boleh lerai. Tapi depends pada citarasa korang la.
4. Saya guna milo instead of chocolate/serbuk koko sebab rasanya berbeza. Bila guna chocolate, nanti kek batik rasa kelat sikit. Kalau nak manis, tukar la guna milo. Nak campur chocolate ngn milo pun boleh tapi as usual, nak manis dan lemak berkrim, lebihkan milo dari chocolate :)

Tu je kut. hehehe.. Glad to share sebab resepi simple and senang sangat. Selamat mencuba!






Photobucket

2 comments :

Admin

Suka makan kek batik ! :)

Anonymous

Thanks ilebiu bebe

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP