Perbezaan antara mahram dan bukan mahram. Pedoman untuk diri sendiri
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
Today is our 2nd monthsary. Baru dua bulan, kecoh. hehehe. abaikan.
Happy monthsary dear husband, Mohd Fakhorazi Samsudin.
Teringat kembali satu cerita. Cerita dia lebih kurang macam ni lah:
A : "Kau ni, macam couple lagi je ngn bini kau, duk nak message2x"
B : "Biasalah...Baru kahwin.. "
A : "Nanti kau cepat bosan nanti, couple boleh la message2x.. Bini, ari2x jumpa"
B : (Blur sambil memikirkan ketepatan terkena pada batang hidung sendiri)
1. Salah ke kalau seorang isteri/suami busy berSMS sesama sendiri? Adakah suami atau isteri bila dah sah ikatannya, SMS atau whatsapp atau video call atau sekutu dengannya tidak lagi diperlukan?
Jawapan:
Mana kita nak pilih? Saya pun banyak kekhilafan, bukanlah seorang yang alim, bukanlah seorang yang cukup tawadduk. Tapi saya rasa tak perlu dipertikaikan apa yang suami isteri buat jika Islam sendiri mengatakan ianya perkara baik yang mendatangkan pahala. Bersms dengan bukan mahram, haram hukumnya, tapi manusia lebih memikirkan bahawa "jadi suami isteri, takperlu komunikasi cyber, cukuplah jumpa dirumah, komunikasi lisan sahaja", "sms ni time couple boleh la, time jd laki bini nanti cepat bosan"
Bila mana Allah kata sesuatu perkara itu mendatangkan pahala, mana mungkin Allah akan wujudkan kebosanan didalam hubungan suami isteri kan?
Sama juga kes bila orang kata, dan pemerhatian saya sendiri bila mana sebelum kahwin, jalan berpegangan tangan, berkepit, duduk pun kalau boleh nak duduk atas riba, (saya sendiri banyak kekhilafan dan pernah buat salah), bila difikirkan balik, bila dah kahwin la pasangan itu mesti, wajib menjadi lebih romantis, pergi ke mana2x berpegangan tangan, jalan seiringan bukan macam kebanyakan suami isteri zaman sekarang, suami jalan di depan, isteri di tinggalkannya di belakang. Mana pergi sifat romantik seorang lelaki yang dulunya masa couple nak sangat pegang tangan perempuan tu kan? Wallahualam..
Pupuklah kasih sayang banyak2x.. Pengajaran dan teladan untuk diri sendiri, teguran untuk diri sendiri juga untuk readers. Sayangi pasangan anda selagi mereka didepan mata anda.
Semoga suami saya, Mohd Fakhorazi menjadi suami yang soleh, yang dapat menjadi imam saya sepanjang umur saya, menjadi suami yang terbaik untuk saya dan semoga kebahagiaan, kesabaran, ketenangan sentiasa bersama kami. Amin Ya Rabbi Alamin...
5 comments :
good info beb.. thanks for sharing. =)
Welcome babe. :))
terbaik.. best to share :)
thanks for sharing...best bila baca...=)
@sarah - thnk you. menda common berlaku untuk psngn suami isteri kn
@gadis - :)
berlaku pada diri sndri. bes la bl org bc hehehe
Post a Comment