Tuesday, December 4, 2012

10 Sifat Calon Suami yang Baik

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik: 


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
* Lelaki cenderung untuk memakai seluar pendek bagi sesetengah aktiviti sukan, contoh terdekat iaitu bola sepak, gusti apatah lagi?  Dan isu solat, rata2x pun solat diakhir waktu, tapi apa perasaan anda sebagai seorang suami kalau solat pun nak kena isteri tegur setiap kali?

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia
* Lelaki perlu menjadi seorang yang tegas tapi berjiwa lembut. Bukan tegas, keras kepala dan kasar. Wanita dijadikan Allah berhati lembut, mudah terguris, mudah merajuk, kalau dapat lelaki yang keras hati? Wallahualam.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya
* Cuba bayangkan kalau seorang lelaki berpangkat suami pergi ke kelab, mabuk2x, minum arak, hisap dadah. Anda sendiri dapat membayangkan tahap maruah seorang lelaki tersebut. Maruah dimata kawan-kawan seantero mungkin gah la, tapi maruah pada mata Allah? Tepuk dada tanya selera

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
* Lelaki mempunyai kuasa veto dalam sesebuah rumahtangga tapi bukan bermakna lelaki mempunyai kuasa mengarah itu ini. Lelaki perlu sama meringankan beban isteri, perlu amanah dengan tanggungjawab. Bukan mengikut emosi, bila good mood, semua cantik. Bila badmood, abaikan tanggungjawab terhadap pasangan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
* Isteri adalah menteri kewangan suami. Tapi kalau ikut sekarang, kebanyakan kita dah terbalik, suami menjadi menteri kewangan isteri.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
* Tepuk dada tanya hati masing2x. Sebab lelaki memang BIASA SANGAT tengok perempuan nak2x kalau yang putih gebu, sexy. Isteri kat rumah dibiarkan comot. (Mostly lelaki macam ni kut?)


7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian
*  Macam saya cakap tadi, suami berhak untuk berbuat apa sahaja tapi untuk menjadi seorang suami yang baik, pergaulan haruslah dibataskan. Bukan isteri yang kena tegur pergaulan suami, suami sendiri perlu take note?


8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
* Ayah saya cakap kalau kita berkawan dengan orang baik, akan jadi baik. Kalau kita berkawan dengan orang jahat, akan jadi jahat. Saya tak percaya pada kenyataan "semua bergantung pada diri sendiri". Sebab saya sendiri dah pernah lalui. Memang betul kawan sangat memainkan peranan untuk kita menjadi baik atau jahat. Kalau nak tengok lelaki tu baik atau tak, tengok la dengan siapa dia berkawan?

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
* Lelaki, syurga still bawah tapak kaki ibu. So, tanggungjawab pada ibu bapa perlu diteruskan. Tanggungjawab pada isteri, anak2x, memberikan nafkah wajib dalam Islam. Bukan sunat atau makruh atau harus tau. WAJIB memberikan nafkah kepada isteri dan anak2x. dari segi zahir mahupun batin

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan
* Kalau menjaga solat, inshaAllah wajah akan sentiasa tenang. Tak pernah lagi jumpa orang yang tak solat muka tenang setenang air laut. kan? 



Ada orang bertanyakan saya macam mana nak tahu kita dah ready untuk kahwin ke belum. Saya takde jawapan untuk itu. Kalau anda rasa anda dah bersedia untuk pikul tanggungjawab yang besar dan mampu untuk berusaha menjadi seorang suami yang terbaik seperti diatas, cepat2x lah kahwin. Seorang suami perlulah memimpin tangan isterinya kesyurga, bukan sama-sama mengheret isterinya ke neraka. Wallahualam. Peringatan pada diri sendiri sebab saya pun tidak sempurna.

Kredit to : 10 Sifat Calon Suami yang Baik






Photobucket

4 comments :

*wink*

hi..owg melaka eh..jom laa jmpa..kta study kt utem

Gieya Empire

hehe. boleh je jmpa. saya orang melaka tapi duk kl.. tp blh kata tiap minggu balik. nak jumpa nnti set a date ok dear :))

*wink*

yeay..okay...follow laa twitter kta..kta ad follow awk

Gieya Empire

ok sayang!

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP