Reminiscing my past with the best man I ever had
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
Found these pictures, it makes me realize that I am way too old and I miss every single moments of it. Kenangan, mostly I can say that semuanya kenangan manis bagi saya. Manis sangat. We grow like a bestfriend. And yet sekarang pun kami still bestest friend ever, me with my 2 beloved sisters. Saya rindu kenangan kami membesar bersama-sama. Kami belajar untuk menipu pun sama-sama. Kami belajar untuk kelentong pun sama-sama. Kami buli satu sama lain. Kami gaduh, kami minta maaf at the end of the day. Kami sama-sama kena kurung luar rumah sebab balik selepas pukul 7pm. Semua kami pernah cuba. Kami sembahyang pun baca 1..2..3.. sampai 10.. lepas tu rukuk. Yes, kelakar bila diingatkan balik. Kami nakal bila time budak2x.. Abah suruh sembahyang, kami masuk bilik, bentang sejadah, duduk borak2x.. Lepas 5 minit, keluar bilik, abah tanya dah semayang ke belom, kami jawab "dah". Nakal. Memang nakal. Tapi semuanya hanya kenangan..
My bestfriend, merangkap adik saya, adik saya no. 2. Rahsia saya, rahsia dia. Air mata saya, dialah orang yang banyak memberi semangat. Bosan saya, dialah yang jadi peneman. Marah saya, dialah yang menjadi tempat saya bebel. Suka saya, dia jugalah tempat saya share. Semoga dia menjadi seorang yang solehah dan diberikan kebahagiaan hidup didunia dan akhirat..
Dan semestinya saya merindui kenangan bersama arwah abah, Mohd Hamdan bin Kadir. Al Fatihah.
Dia seorang ayah, dia jugalah kawan baik saya, Frankly speaking, saya tak pernah jumpa manusia sebaik arwah abah. Saya tak nak compare. Saya cuba cari, saya cuba tengok that value pada orang lain. Tapi saya tak jumpa. Mungkin yang mirip2x abah, mungkin tokki...
Apa yang saya kata dia sempurna di mata saya? Kenapa saya tak puji orang lain? Kenapa saya tak puji atuk saya, kenapa saya tak puji mertua saya, kenapa saya tak puji ayah sedara saya, or even my husband? Sebab mereka adalah mereka. Mereka mempunyai kelebihan masing2x. Tapi abah melebihi segalanya.. Kenapa?
Rutin setiap hari, abah akan bangun lebih awal daripada anak2x.. Abah akan masak breakfast, abah akan make sure anak2x semua akan breakfast sebelum pergi ke sekolah. Abah tahu kesukaan kami. Abah akan buatkan saya roti bakar inti gula dan marjerin. Abah buat 2 untuk saya dan adik saya no 2 sebab abah tahu kami berdua suka roti sebegitu. Untuk eg, abah letakkan jem kaya. Abah tahu setiap inci kegemaran kami. Abah akan hantar anak2x dia ke sekolah every morning before dia pergi kerja. Abah balik tengah ari, lunch hour. Saya ingat lagi, abah tukar kain pelikat dengan tshirt pagoda berwarna putih. Abah masuk dapur, masak untuk anak2x makan lunch (sebab ibu kami kerja jauh.. kami memang dibesarkan oleh abah). Lepas je abah masak, abah akan ambil wudhu' untuk solat Zohor. Selang 5-10 minit kami tengok abah keluar dari bilik dengan baju uniform TNB dia. Kami tanya dia, abah tak makan ke.. "abah dah lambat, abah kena masuk kerja".
Abah balik petang, abah rehat tengok tv.. Abah mandi sebelum maghrib, abah solat maghrib dan mengaji. Abah masak untuk makan malam. Abah basuh baju kami, abah ajar kami membaca, mengenal huruf. Abah masak untuk kami. Abah potongkan kuku kami. Abah tak bagi kami potong kuku sendiri. Abah tak bagi orang lain potongkan kuku kami. Abah tolong kami cari kutu.. Ambil kalendar besar, lapik untuk sikat kutu. Abah takkan miss baca doa, tiup ubun2x kami sebelum kami melangkah keluar ke sekolah. Abah tak pernah miss walau sehari untuk mengatakan kepada kami "belajar rajin2x." walaupun pada ketika itu abah suka ataupun marah pada kami. Adakah anda pernah jumpa orang sebegini? Bila abah marah, kami tak pernah tengok abah melenting, abah tak pernah lepas marah abah pada kami, abah tak pernah pukul kami, abah kalau marah mesti dia diam sahaja. Dia akan masuk tidur lebih awal daripada biasa.
Abah sayang kami. Dulu kami selalu kena marah sebab balik rumah lambat, lbih pukul 7pm. Abah akan kunci pintu. Sebab nak ajar kami supaya balik lebih awal. Kami tak suka abah buat macam tu. Bila abah takde kerana tugasan kerja, kami rasa aman, kami rasa bebas. Kami boleh balik rumah dari main lebih dr pukul 7. Kami boleh keluar main awal, seawal 4pm. Kami suka bila abah takde. Tapi ternyata kuasa Allah melebihi kuasa kami.. Allah ambil abah. Allah bagi pengajaran kepada kami untuk menghargai orang yang paling sempurna dalam hidup kami. We really felt his lost. Memang terasa sangat sampai ke sekarang eventho dah 7 nak masuk 8 tahun kami kehilangan abah..
Appreciates people who loves you because you will never know when you will lose her/him. And you will regret it if you didnt have much time to be with her/him, to make him/her happy.. AL FATIHAH..
10 comments :
Alfatihah. tersentuh sgt baca. semoga roh abah gie tenang disana.
Thank you awk.. Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin
g.. nangis baca post ni. teringat arwah ayah sendiri. semoga mereka tenang di sana.insyaAllah. al-Fatihah
Im also crying non.stop while writing this.. Alfatihah utk ayah awak.. Amin..
I was touch reading this gie. Al fatihah. -miss_sha-
Thank you for the al fatihah sha..
SUNGGUH MENYENTUH HATI...
:(
salam, I came across your blog bila cari review pasal weddings galore. alfatihah. kita berdua punya nasib yg sama. semoga roh ayah kita berdua dicucuri rahmat Allah :)
@aryn - aryn nk kawen yer. gud luck dear! inshaAllah, do your best for the wedding. Semoga ayah kita ditempatkan dikalangan orang2x yang beriman dan beramal soleh. Amin :)
Post a Comment