Tuesday, May 14, 2013

Happy Mothers Day Ibu!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,



Hope it's not too late to wish
Happy Mother's Day to my beloved, cutest mom ever, Noriasah Mahat

"I know that I am kinda dogged. Kadang-kadang saya suka ikut kepala saya sendiri. Saya anak yang paling banyak membantah. Tapi semua untuk kebaikan keluarga. Semua kerana saya sayangkan ibu saya. Saya sayang ibu saya sangat-sangat. Saya bukan sayang dengan cara saya sogok wang ringgit. Saya tak mampu nak bagi ibu RM1,000/month. Dengan gaji yang saya ada, dengan lifestyle and life demand di kota metropolitan KL, saya tidak mampu. Tapi apa yang ibu nak, saya akan cuba tunaikan. Ibu kata orang pakai HP boleh online Facebook, saya bagi ibu Blackberry saya. Ibu tak reti guna sebab Blackberry a bit complicated for new user yang baru nak belajar online. Plus jari ibu gemuk. Blackberry pad kecik. Kesian ibu terpaksa pakai balik HP nokia ibu. Saya nak belikan ibu Galaxy Tab tapi ibu taknak. Ibu cakap ibu nak HP. Saya belikan HP untuk ibu. Tak mahal pun. with the value of RM800 je. Boleh online macam2x. Ibu dah cukup seronok.
Kadang-kadang saya dan adik tengok ibu dah lama tak shopping baju baru. Kami adik beradik kumpul duit utk belikan baju baru untuk ibu. Setiap tahun hadiah yang wajib saya bagi pada hari lahir ibu adalah selipar/sandal crocs. Selesa berjalan. Bila selipar ibu dah uzur, ibu beli selipar brand lain, ibu mengadu kaki ibu tak "rasi" dengan selipar lain selain crocs sebab nanti akan melecet. Saya carikan ibu crocs. Saya tak kisah apa ibu nak. Saya akan cuba tunaikan. Saya tahu, ibu lagi BANYAKKKK duit daripada saya. Saya tak pernah minta duit ibu. Saya tak pernah suruh ibu tanggung perbelanjaan pelajaran saya di UNITEN. Semua saya guna duit yang YTN bagi. 
Ibu always want the best for me. Ibu protects me so much. Bila saya dah besar, saya mula perasan. Tapi tak sepenuhnya. Ada juga lagi sikap memberontak dalam diri. Tapi bila Allah bagi saya naluri keibuan dengan adanya zuriat dalam perut, saya semakin faham perasaan seorang ibu. Pengorbanan seorang ibu takkan sama dengan pengorbanan sorang ayah terhadap anaknya. Saya tengok pada diri saya sekarang, cukup untuk menjawab segala persoalan. Semua dalam kepala asyik fikir pasal anak. Nak beli baju cantik-cantik. Nak hias bilik cantik-cantik. Nak pakaikan tu, Nak pakaikan ni. Nak bawak gi situ, nak bawak gi sini EVENTHOUGH tak lahir pun lagi.

Saya sayang ibu saya. Saya sayang abah saya. Setiap tahun mesti kami akan buat handmade card for mother's day untuk ibu. Tapi untuk tahun ni, saya tak dapat bagi ibu card lagi. Saya akan cuba tunaikan hajat ibu, selagi terdaya. I just want her to be happy. I just want us to be happy. I want a happy and loving family. I love my family so much. Thank you abah, thank you ibu for everything. I love you guys so much.


Sincerely,
Your daughter.

Photobucket

2 comments :

Anonymous

happy mother's day to u too....mom to be... smua org syg ibu.. syurga bwh tapak kaki ibu.. gee u ank yg baik.. beruntung ibu u...apa hajat ibu u yg tak tertunai?? i guess nk timang cucu. ..hihi

Gieya Empire

thnk u for the wish. Happy mothers day for mom to be. I like! :)

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP