Thursday, October 17, 2013

Progress Fakhira dari 0 hingga 2 bulan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Hari ini hari pertama saya masuk office selepas 2 bulan diberi maternity leave oleh TNB. Kalau nak ikutkan memang tak cukup. Tapi nanti orang kata saya tak bersyukur pula. Tapi mana-mana mommy sekalipun akan rasa tak ckup 2 bulan. Kalau lah parent saya boleh jaga anak saya di rumah saya sendiri saya agak confident. Tapi untuk usia 2 bulan nak diberikan kepada babysitter, saya rasa tak cukup lagi masa saya bermanja dengan anak saya.

Fakhira dah masuk 2 bulan 4 hari lepas. Hehehe. Bapak lama nak update. Let me share with you my journey of being a mother for about 2 months.

Progress Fakhira 0 to 1 month old:

  1. Fakhira jaundice on the 3rd day of delivery. 2 days admitted dekat Ampang Puteri. Cost me about RM1k.
  2. Fakhira minum susu FM dan breasfeed at the same time because ada mulut kata tak cukup susu. Sigh! Tapi minum FM pn tak banyak. Ada dalam seminggu je practice rasanya. Minum hanya bila rasa susu tu tak cukup.
  3. Mula2x jarang poo but at the end of that month banyak gila poo. Menyusu je poo. Menyusu je poo
  4. Belum sepenuhnya mengenali dunia sekeliling.
  5. Waktu menyusu setiap 2 jam sekali.
Berat selepas lahir : 3.17kg
Berat selepas 1 bulan : 3.55kg

Panjang selepas lahir : 52 cm
Panjang selepas 1 bulan : 54 cm

Progress Fakhira 1 to 2 month old:
  1. Fakhira dah kenal orang sekeliling especially ibu dan ayah. 
  2. Dah pandai ajak berborak. Dah pandai senyum dekat orang. Sampai nurse klinik pun seronok bila anak ibu senyum kat diorg
  3. Waktu berjaga malam pukul 2 pagi, 4 pagi, 6 pagi, 8 pagi, 9 dan 10 pagi. Camane la kalau lelaki yang kena menyusu anak. Huahua
  4. Pukul 10 adalah waktu paling lambat dia nak mandi. Pandai dah sekarang. Kalau dulu suap susu je tido. Sekarang kalau suap susu pun, kul 10 pagi tetap taknak tidur sebab nak mandi. Adoila anak
  5. Diajar tidur mengiring dan tidur meniarap. Tidur mengiring lagi nyenyak.
  6. Poo dia jadi tak tetap pulak. Tapi perut tak kembung, kencing pun transparent. Tapi bila time kentut, MasyaAllah, lagi kuat dari orang dewasa. Lagi busuk dari orang besar kentut.
  7. Dah pandai marah orang bila kacau dia tengah menyusu.
  8. Tak suka kalau dipeluk time tengah tidur. Unless kalau tidur betul2x nyenyak tak sedar diri.
  9. Dah pandai "bergerak" adjust position tidur ikut posisi yang dia suka n selesa.
  10. Dah pandai tidur sendiri tanpa didodoi, tanpa diulik. Lepas menyusu letak je atas tilam/katil, mata kuyu terus tidur. Alhamdulillah.
Berat 2 bulan : 4.3kg
Panjang 2 bulan : 58 cm


Anak ibu ni cepat sangat panjang. Tapi ibu dengan ayah pendek. Cmane tu? Huh?



Photobucket

0 comments :

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP