Friday, October 18, 2013

Pengalaman saya breastfeeding :)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Breastfeeding is not easy! Seriously for certain mommy, it is not as easy as what you think. Ada setengah mommy out there dikurniakan susu yang banyak sejak kelahiran bayi. Tapi tak semua. BUKAN SEMUA. And it happened to me. Kalau ikutkan sejak kandungan berusia 4 bulan lagi nurse dah bagitahu yang saya ada susu dan nurse pun sendiri terkejut sebab awal. And I thought that my journey will be smooth je lepas kelahiran.

Macam biasa, just after deliver, nurse akan bagi anak dekat kita untuk menyusu. Kolustrum merupakan susu yang pertama yang mengandungi banyak nutrien yang diperlukan oleh baby, amat sangat lah berharga kolustrum tu. JANGAN TAK BAGI DEKAT ANAK. Like seriously. Memang pada mulanya korang akan rasa anak seakan2x tak reti nak suck your nipple. AJAR dia. Masukkan aerola ke dalam mulut baby jangan hanya masukkan nipple sahaja sebab aerola tu la tempat untuk rangsangan susu, puting hanya tempat untuk keluarkan susu.

Pengalaman saya bila anak saya seakan "tak cukup susu" mengajar saya macam2x. Sampai ada mulut2x sumbang mengatakan bahawa saya tak ckup susu. Kena tambah susu FM. The worst case bila suami gi beli susu FM. Saya tak salahkan suami saya sebab intention dia taknak bagi anak lapar. Saya redha. Mungkin juga saya memang kurang susu.

Bila anak kami minum susu FM, die poo macam sembelit. Kena teran bila poo. Kesian tengok. Taktau la samada susu tu tak kena ke ngn dia kan. My mom yang suggest guna susu Snow tu. Lepas tu kalau minum FM perut dia senang sangat kembung. Susah sangat rasa. Bila nak poo je rasa macam kesian dekat anak. Dulu saya guna FM bila2x saya rasa anak saya tak cukup susu.

PADAHAL, setiap baby, kuantiti dia minum lain dengan baby lain. JANGAN SAMAKAN BABY KITA DENGAN BABY ORANG.

Saya ambil keputusan untuk exclusive breastfeed after about a week and half selepas bersalin. Macam mana saya buat decision untuk tinggalkan FM atas sokongan dan dorongan dari kawan2x. Pada awalnya saya try untuk pump. Sebenarnya takde la memberangsangkan sangat susunya. Paling banyak saya dapat pn hanya 2oz. Kadang pun dapat 1/2oz je. Terpaksa saya redha lagi sekali. Fikir positif anak saya kenyang. Dia tidur nyenyak tanda dia kenyang. Dia poo and shishi tanda dia dpt susu saya. Tu sahaja la modal untuk buat saya positif.

Suami tempat saya luah segalanya. Saya nasihatkan suami untuk support saya breast feeding. Saya ingat lagi hari ketiga kelahiran Fakhira, Fakhira kena jaundice. Warded 2 days. Best solution for that is breastfeeding la smpai anak poo. Suami saya bagi sokongan tak belah bahagi. Nasihat saya untuk pump susu. Nurse kata baby kena minum at least 2oz persession. Mana saya nak dapat 2oz on the 3rd day of delivery. Masa tu rasa macam mustahil sangat tapi dengan kuasa Allah taala, saya ingat lagi saya pump pukul 2 pagi. Berapa jam lepas tu saya dapat kumpul 2oz 1 botol, saya terus suruh husband saya hantar ke Ampang Puteri. Around 3am+ ok! Kami sangat cekal and kami rs kami takkan putus asa untuk anak.

Saya nasihatkan kepada ibu2x yang berhasrat untuk exclusively breastfeed anak, teruskan breastfeed anak anda. Dulu saya susah sangat nak dapat 2oz sekali pump. Kebiasaanya saya hanya akan dapat 1oz je. LIKE SERIOUSLY! Saya try untuk direct feed (DF) sepanjang berpantang di kampung husband. Berdasarkan pembacaan, DF sekerap yang mungkin untuk rangsangan otot susu. Saya DF je sampai la dekat 2 minggu sblm nak masuk office, saya plan untuk buat stok susu bila saya masuk kerja nanti.

Berdasarkan pengalaman saya, jangan DF anak sahaja. Hari pertama saya start balik pump after kes jaundice tu ialah pada hari ke 50 kelahiran. Masa tu saya boleh dapat 2oz je 1 session. Gila sikit kan? Sebab ape? Sebab saya TAK PUMP! Jangan kata la saya tak makan milkbooster. Hari2x minum milo suam tak sah. Saya amalkan ESP n ALFAFA shaklee, saya makan nasi regularly. Macam2 lagi saya buat. Bila je pump, saya dapat kumpul sampai 3oz 1 session. Makin lama makin meningkaat dan meningkat. Sekarang saya boleh dapat 7oz sekali pump! Berjaya juga. Alhamdulillah.

Apa yang saya amalkan untuk banyakkan susu. Saya try juga minum air rebusan habatus sauda. Minum air banyak. Makan jangan miss. Yang paling penting sekali adalah pump susu anta selang 2-3jam sekali. Penting sangat pump ni and because of pump regularly, susu saya makin meriah. Dulu saya dapat la kumpul 6oz 1 hari, bertambah ke 7 then 8oz. Sekarang saya dah boleh simpan berbelas oz sehari. Dengan hanya pump. Konsep breastfeeding ni adalah konsep DEMAND vs SUPPLY. Makin kerap kita pump plus DF, nipple akan anta signal yang kita perlukan lebih production susu. Sebab tu ahamdulillah rezeki Fakhira makin bertambah.

Pump sekerap yang boleh. Saya akan pump at least 3x sehari. Kalau tak sempat pn tak least 2x sehari. Camane saya pump? Saya amalkan tandem nursing sepanjang saya bersama baby. Bila saya bersama baby, saya akan save sebelah breast untuk baby dan sebelah lagi akan pump buat stock. Orang tanya kenapa tak pump je dua2x. Nanti susu tu stimulate lg. Memang susu akan stimulate tapiiiiiiiiiiii saya nak bagi anak saya puas minum. kalau pump 2 belah nanti flow susu jadi slow sikit and dia akan suck lama baru puas. Tandem nursing ni bermaksud, sebelah menyusu dan sebelah lagi pump. Ada certain time saya akan bagi baby menyusu sebelah dan pump sebelah. Kalau baby tidur, saya tetap akan pump sebelah n biar sblh lagi untuk baby. Contoh sesi pagi, pump sebelah kanan, simpan breast untuk DF sebelah kiri. Nanti bila next pump session korang tukar balik bagi pump sebelah kiri, simpan beast untuk DF pulak sebelah kanan. InshaAllah susu akan sama kuantiti je kedua2x belah breast.

Bila dah masuk kerja ni saya amalkan buat double pumping. Save masa. Save energy. Alhamdulillah, rezeki anak saya Fakhira. Dari awal orang duk kata takde susu. Kuar pun 1/2 oz je. Ape la tu la ni la. Alhamdulillah sekarang saya mampu untuk breastfeed anak saya dan mampu untuk jadi macam ibu2x sempurna yang lain. Breastfeeding adalah merupakan satu kenikmatan yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata.




 Bear in mind cukup je sebenarnya susu anda tu. JANGAN DENGAR CAKAP ORANG. Biar masuk telinga kiri, keluar kut telinga kanan. PM la saya kalau kut2x saya boleh tolong bagi support as what my friend had done to me before. Terima kasih sangat pada individu2x yang banyak bagi sokongan moral la.. Hanya Allah sahaja yang dapat memberikan ganjaran pada korang-korang ye :)




Photobucket

10 comments :

Unknown

tahniah ye sis..for your new born daughter

Alhamdulillah kuat semangat..inspiring story

Gieya Empire

10q dear :)

akinabaloo

Very good advice and info...

akinabaloo

Glad you are sharing this...

akinabaloo

Very good advice and info...

Anonymous

Puan,sy sdg mengalami,masih dlm pantang hari ke 37,sy mmg amalkan pam dr hari ke 3 deliver.mslhnya,sampai skrg sy pam,stil dpt skit,2 oz ja.sy dr mgu ke 2 deliver,pam stiap jam/2jam,n sy buat mcm puan buat,DF sebelah,pam sblh.tp knapq ya stil klo pam,dpt 2 oz ja,knapa x meningkat pun.huuuu

Gieya Empire

memang mcm tu puan.. saya bukan la doktor. tp keep on pumping ok. inshaAllah.. dlu saya consume jgk shaklee.. n try mcm2 milkbooster. selamat mencuba ye :)

Anonymous

Seronoknya baca ur journey....saya sedang brusaha....skrg anak dh 3 bulan,p susu makin kurang xtahu dmana silapnya...adakah stress?nak kata x pump sgt kerap pump...but 1 sesi juz dpt 5oz...1st session. .masuk 2nd dh xdpt byk tu....anak mkin byk nyusu....stock dh bkurangan....sgt2 risau. :(

Zara

Salam, thanks share your journey..tula nk breastfeed ni bkn mudah sbb mcm2 ragam , kita tk boleh nak samakan baby kita dgn org lain..byk juga dgr cerita yg kdg2 pam mmg susah nk keluar susu sbb kurg susu..ada juga org recommend suruh guna Pump It Milkbooster..ingtkan supplement rupenye sapu2 je ..Alhamdulilah, boleh cuba nnti:)

Gieya Empire

goodluck dear!

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP