Nasihat orang bila dah jadi ibu ni. Praktikal or tak?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
Masuk hari ketiga bekerja. TNB bagi 2 bulan je matenity leave. Semua kena rush in 2 months. Kena buat stock, kena ajar baby minum susu botol. Semuanya lah. Eh? Ingat senang ke nak bagi baby minum susu botol? Hehehe. Tulis dalam blog senang la, cer try test *ayat orang Malaysia* hehehe.
Hari Kamis aritu merupakan ari pertama saya masuk kerja. Husband decide untuk jaga Fakhira dulu buat sementara waktu. Alhamdulillah. Takla rasa sedih sangat sebab saya tahu, suami saya pun cerewet jugak orangnya. Cuma first day tu sedih sikit la, menitik jugak la air mata bila anak bangun awal, hantar ibu dia pergi kerja, taknak tidur, pagi2x nak ajak borak. Borak la dengan dia sampai tertidur.
First day ditinggalkan tanpa puting original. Progress? Mula2x merengek jugak. Husband bagi perlahan2x, masuk mulut tapi luah balik. Kitorg dah panik tambah husband call pulak saya kat office. Panic la! Bukan tak pernah ajar botol, pernah ajar sebelum ni. Dulu awal2x pun baby penah minum FM sekejap. 2 minggu sebelum masuk kerja pun saya test jugak sekali, dia ok je. So we assume that everything is okay. Pada mulanya dia ok tapi bila dia banyak luah susu dia start untuk nangis. Suami saya as usual, mesti gelabah bila dia nangis tambah saya takde pulak. Last sekali Fakhira tertidur sendiri. Penat agaknya menangis. Kitorang pun pelik kenapa dia menangis teruk sangat, refuse botol pulak kah? Suami saya berdebar sementara menunggu puteri kami tu bangun tidur lagi sekali. Rupanyaaaaaaa dia tak sedap perut. Poo banyak gilaaaaa!
Bila siap tukar2x semua alhamdulillah dia terima puting botol elok macam biasa cuma awal2x dia x reti nak suck lagi. Bila dah dapat grab betul puting tu, amik kau, 4oz skali minum la cite dia.
Sekarang saya tak risau lagi. Kami rasa Fakhira senang untuk dijaga. Alhamdulillah. Taktau samada sebab kami sendiri berdua pun jenis survival or mungkin jugak Allah bagi Fakhira untuk senangkan kami yang takla senang mana. Alhamdulillah rezeki Allah taala kepada kami. Bila korang ada anak, ramai orang pesan. Let me share with you ape orang biasa pesan dekat saya. And ape yang saya praktikkan. Taktau la applicable utk semua mommy atau hanya segelintir je. Check these out:
BUAT STOCK EBM
Ramai orang pesan dekat saya buat stock ebm sebulan sebelum masuk office. Macam mana nak buat stock ebm awal2x kalau susu pun hidup segan mati tak mau je kuar pada awalnya. Ada setengah orang praktikkan buat stock EBM 2 minggu sebelum masuk kerja. Make sure istiqamah la dalam mengepam susu yer.
PUTING BOTOL
Orang pesan, MIL saya pesan, jangan tak bagi anak botol. Rasa sampai bernanah telinga dengar nasihat yang orang duk ulang kali cakap. Yes. Kena ajar anak minum botol untuk mana2x ibu yang bekerja unless korang plan untuk bagi FM dekat anak. Kalau boleh ajar lah dia after a month ke. Macam saya, saya ajar dia minum 2 minggu sebelum masuk kerja which is selepas a month and half dia ngempeng kat puting original je. Alhamdulillah dia boleh terima seadanya. Kebiasaanya saya tengok orang yang cuti sampai 3 bulan biasa mengalami masalah baby xnk puting botol or in another matter, baby hanya nak fresh milk sahaja. Kalau boleh train anak awal skit la. So that baby boleh adapt dengan macam2x perkara baru. 3 bulan tu mungkin baby dh pandai memilih kut?
STROLLER / BABY CARRIER / BABYSLING
Ajar anak untuk guna stroller/baby carrier/baby sling bila jalan2x keluar rumah. Jangan asyik pangku je. Ni orang la nasihat saya. Tapi sebab saya sendiri pun malas nak pangku lama2x. So skng saya lbh byk gunakan baby carrier untuk berjalan. Kalau dia nyenyak sahaja saya akan gunakan stroller. INGAT. Jangan guna baby sling/baby carrier sampai dalam umah bagai. Nanti anak taknak "bersosial" dengan orang. Orang kata istilah "pilih bulu" la. Orang cakap macam tu. Saya just share and just bear in mind je la. Bila dekat rumah, takperlu berbaby wearing. Hanya diluar tu okay.
CAR SEAT
Sesiapa yang tak kuat berjalan mungkin tak memerlukan carseat. Macam saya yang bekerja ni sangat memerlukan car seat. kenapa? Nanti mcm mana kalau saya tak ajar car seat, tengah drive anak nak duk mana? Celah kangkang? BAHAYA! Kakak ipar saya nasihatkan supaya ajar car seat sebabnya dia tak ajar anak dia duk dalam car seat smpai 8 bulan sekarang anak dia refuse car seat. Everytime amik anak nak blk rumah lepas keja, kalau anak tak tidur, dia mesti berhenti tepi jalan, menyusu anak sampai tidur, baru boleh balik. Dugaan tak? TOLONG AJAR CARSEAT dari kecil supaya dia senang belajar.
PKAI TOPI BILA KELUAR MALAM.
Orang tua2x kata takut embun. Layankan je. Tapi istilah takleh kuar malam tu ridiculous sikit la. Amalkan baca ayat kursi, ayat2x al-Quran, inshaAllah semuanya dalam pemeliharaanya.
JANGAN DODOI ANAK SANGAT
Orang cakap kalau boleh jangan guna buai. Sebabkan saya ni jenis sempoi, saya ikut modern style, mana ad buai bagai. Sekarang kan ada buai elektrik. Malas nak beli. Based on pengalaman orang la saya belajar utk tidak buaikan anak.Yang ni paling saya reject cadangan orang tua-tua. Saya tau orang zmn dlu kebanyakannye guna buai, amik kain batik selit celah besi. Macam la saya x pernah rasa duk buai :p
Alhamdulillah kami berjaya mengharungi cabaran menidurkan anak tanpa buai dan sekarang kami berjaya menidurkan anak tanpa dodoi pulak. Alhamdulillah Fakhira pandai tidur sendiri. Kenyang je kami letak dia atas tilam. Biarkan dia sorang2x sambil continue buat kerja lain. Tengok2x dia dah tidur. Alhamdulillah..
PUTING KOSONG
Orang tua2x nasihat saya supaya beli puting kosong untuk dia hisap kalau dia nangis. Concern orang tua2x taknak bagi dia nangis lama2x. Masalah dia, anak saya ni nangis nak susu je, tu pun bukan lama n bukan kuat pun. Hisap puting kosong nanti anak terbiasa sampai sekolah. Hisap puting berlebihan akan mnyebabkan gigi anak menjadi jongang. Tak percaya? Up to you :)
Banyakkan orang nasihat kita? Sebab orang tahu kita ni ibu "baru". Takde pengalaman jaga anak. Bagusla kan. Tapi ada yang saya ambil jadi iktibar. Ada yang saya masuk telinga kanan, kuar telinga kiri. Cubalah wahai bakal2x ibu sekalian. :)
2 comments :
Salam dear.. seronok baca entry u..tahniah sbb bjaya fully bf..kalau awk x keberatan boleh share x pasal stroller, carseat, baby carrier, breast pump, botol susu n pape saje la pasal baby yang awk pakai...skrg tgh srvey2 psal sume ni coz dah xlama lagi nak ikut jejak langkah awk jgk da.. thanks ea... :)
seronok baca. tahniah2 sebab pakai car seat. ramai ibu yg tak kuat nak tgk anak nangis dalam car seat
Post a Comment